Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

20 September 2010

Aku dan Antivirus





Dah lama wife aku komplen pasal Netbook dia yang semakin hari semakin lambat. Aku tahu sebabnya. Netbook tu cuma ada antivirus AVG yang aku download percuma dan jarang diupdate. Jadi, bila anak2 yang pakai dan berjalan2 dalam laman sesawang sana sini, maka banyaklah virus2 jahat yang mengikut mereka balik.

Entah kenapa tergerak pulak hari ini nak cuci2 dan tolong bersihkan apa2 yang patut. Ia bermula bila aku terjumpa antivirus Kaspersky yang aku beli tahun lepas dalam laci aku. Tahun 2010 dah tinggal 100 hari lagi baru aku sibuk nak guna? Bukan sengaja tapi kesibukan menyebabkan aku lupa kepada perkara2 yang sebegini. Dan seperti dijangka, ada beberapa trojan dah melekat dalam netbook wife aku.

Petang ni aku diberitahu blog yunusbadawi dah kena serang dengan virus malware. Aku dihalang daripada pergi ke blog dia. Bagaimana dan kenapa jangan tanya aku. Aku bukan pakar komputer. Tapi rasanya ada makhluk2 yang tak kelihatan tapi berkepentingan nak menyebarkan virus2 baru untuk keuntungan diri sendiri. Semoga yunusbadawi tabah menghadapi dugaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan