Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

06 September 2010

Aku dan iklan raya

Ketiadaan Allahyarham Yasmin Ahmad meninggalkan banyak ruang kosong dalam program pengiklanan di Malaysia. Tanpa kreativiti beliau, iklan2 sambutan Merdeka dan Hari Raya jadi hambar dan kosong. Tiada pengisian, tiada jiwa, tiada bait2 ayat yang boleh sentiasa dikenang, tiada perasaan sebak, tiada perasaan bangga menjadi anak Malaysia dan sebagainya.

Kepada sesiapa yang berkesempatan menonton iklan raya TV3 tahun ini anda pasti terkejut dengan pengisiannya. Demi nak menggambarkan konsep 1Malaysia tajaan Perdana Menteri hal2 ugama cuba dicampuradukkan. Perayaan Aidilfitri boleh disamakan seperti perayaan Krismas dan Deepavali. Nasib baik ada yang perasan dan iklan itu cepat2 ditarik balik.

Seseorang perlu dipertanggungjawabkan. Tak cukup dengan permohonan maaf sahaja. Kena ada yang digantung tugas atau jika perlu letak jawatan. Ini isu sensitif keagamaan. Sebagai golongan majoriti di negara sendiri, aku mendesak supaya seseorang dipertanggungjawabkan atas kejadian ini. Jangan asyik kata takpa sahaja. Jangan biarkan ianya berlalu begitu sahaja.

Iklan raya TV3 ditarik balik


BABAK kanak-kanak menaiki beca terbang turut diselitkan pada iklan Aidilfitri yang ditarik balik TV3 serta-merta berkuat kuasa semalam.

KUALA LUMPUR - Ekoran penyiaran iklan Aidilfitri yang menyentuh sensitiviti penonton beragama Islam di negara ini, TV3 semalam bertindak menarik balik penyiaran iklan tersebut berkuat kuasa serta-merta.

Difahamkan iklan Sinari Lebaran itu mula disiarkan pada 2 September lalu.

Antara babak yang dianggap kontroversi ialah kanak-kanak menaiki beca terbang yang mirip kenderaan digunakan oleh Santa Claus ketika sambutan Hari Natal.

Malah ada juga babak yang menunjukkan kemunculan cahaya pelita di celah-celah kelopak bunga yang berkembang kebiasaannya dikaitkan dengan perayaan Deepavali.

Iklan yang berdurasi kira-kira satu minit itu turut menyelitkan unsur-unsur khayalan menunjukkan kanak-kanak dibawa terbang merentasi beberapa mercu tanda terkenal negara seperti Menara Berkembar Petronas, jambatan mirip Jambatan Pulau Pinang dan Menara Condong Teluk Intan.

Penyiaran iklan TV3 tersebut didakwa menimbulkan impak di luar konteks sebenar sambutan hari lebaran yang bukan dikaitkan dengan hiburan semata-mata.

1 ulasan: