Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

02 September 2010

Aku dan Kawan Lama: Wak Zul CJK

Ini kisah kawan lama aku masa kat UM dulu. Selain Jemie, dia pun kawan karib aku jugak. Sama2 sekelas masa kat Asasi Sains dulu. Juga kat asrama 8th College. Kat 6th College. Nama pun lebih kurang sama sahaja. Senang cakap kami senasib. Anak lelaki sulung, berasal daripada keluarga miskin, berketurunan jawa dan yang paling penting, aku dan dia punya hobi yang sama.

Sejak dari Asasi Sains, dia memang kamceng dengan aku. Dah jadi kembar tak seiras sebab nama kita sama. Bila aku ada motor kapcai, dia yang selalu aku tumpangkan. Dia yang tolong isi minyak motor bila aku sesak. Alhamdulilah, kami sama2 dapat masuk Medik. Masa kat asrama, aku dengan dia memang kena incharged bahagian buat pamplet, poster dan iklan2 untuk promote akiviti2 asrama. Kalau ada orang cari aku untuk bagi jawatan AJK, aku pasti cari dia begitu juga sebaliknya.

Satu yang paling aku ingat tentang dia ialah dia pandai lukis kartun. Dia pernah menang satu pertandingan melukis kartun anjuran akhbar The Star. Tempat pertama pulak tu. Aku yang tolong hantar dia ambik hadiah pun dia tak beritahu. Dah sampai sana baru dia beritahu. Masa tu aku pakai cikai aje sebab dia kata nak ambik hadiah aje. Dia tak cakap ada press conference dan majlis makan2. Dia dapat hadiah hampir 20 ribu termasuk melancong ke luar negara dan peralatan melukis.

Masa majlis perkahwinan aku, dia sanggup datang daripada jauh untuk jadi cameraman aku. Aku ingat lagi aku accident jatuh motor masa nak hantar dia balik. Nasib baik cuma terseliuh kaki sahaja. Masa dia kahwin, aku pun cuba balas jasa dia dengan pergi ke majlis perkahwinan dia di Sijangkang, Selangor. Tapi apa ntah nasib, aku accident lagi semasa dalam perjalanan ke rumahnya. Habis remuk Perdana aku masa tu. Jadi aku tak sempat sampai ke rumah dia. Mood terus berubah mengenangkan nasib Perdana V6 aku. Sejak dari itu aku memang tak pernah jumpa dia.

Setiap kali hari raya, aku sekadar berbalas kad raya dan SMS tetapi langsung tak pernah jumpa. Minggu lepas dia contact aku melalui Facebook. Dia bekerja di Bintulu Sarawak sekarang. Pada aku dia dah berjaya mengubah nasib dirinya dan keluarganya. Syukur Alhamdulilah. Semoga aku dapat berjumpa kembali dengannya satu hari nanti.


Gambar terbaru diambil pada 1 Okt 2016.

3 ulasan:

  1. salam singgah...
    masa belajar, kawan-kawan adalah peneman. seronok kan kalau dapat sentiasa berjumpa. :)

    BalasPadam
  2. a friend in need is a friend indeed kanns doc doc itteww..

    BalasPadam
  3. Kawan ketawa ramai sekali,
    Kawan menangis susah nak cari...

    FiddeOmar,
    Salam ziarah.
    Kawan2 en_me dan drsinga semua jadi kawan saya sekarang.

    BalasPadam