Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

18 September 2010

Aku dan Pesakit Hari Ini

Seorang wanita berumur 20 tahun datang ke klinik 2 minggu lepas kerana sesak nafas. Pemeriksaan fizikal tidak mendapati sebarang masalah tetapi daripada riak mukanya aku tahu dia ada masalah lain yang dipendamkan. Aku cuba cungkil rahsianya tetapi dia tak memberi respons masa tu.

Hari ini dia datang lagi. Dia mengadu susah tidur, sakit2 badan dan rasa tak tenteram. Kali ini aku nekad untuk mencungkil rahsia kehidupannya. Selagi tak berjaya, aku tak nak kasi dia balik.

Wanita ini adalah anak bungsu daripada 7 adik-beradik. Ibunya meninggal dunia kerana kemalangan ketika beliau berusia 1 tahun. Beliau langsung tidak mengenali ibunya dan ini menjadikannya rapat dengan ayahnya. Malangnya ketika beliau berusia 5 tahun, ayahnya berkahwin lain. Selepas tingkatan satu, beliau tinggal dengan kakaknya sehinggalah sekarang.

Menurut beliau, beliau mula menghidap pelbagai jenis penyakit sejak beliau di Tingkatan 5. Bermacam2 doktor dan bomoh beliau jumpa tetapi setakat ini penyakitnya tidak juga sembuh. Beliau pernah diserang histeria selama 3 bulan semasa bekerja di Pasir Gudang.

Aku sempat berbual2 dengan teman lelakinya. Menurutnya, mood beliau terlalu cepat berubah. Kadang2 kelihatan sedih sangat dan tidak semena2 menjadi agresif dan mudah marah. Mereka sering bergaduh tanpa sebab.

Aku tak kata beliau gila atau sewel tetapi rasanya dia mengalami tekanan perasaan. Menurut beliau ini kali kedua, ada doktor memberitahunya dia ada masalah jiwa. Selebihnya sekadar beri ubat demam, ubat sakit2 badan dan kalau perlu, mengambil ujian darah. Susah nak beri dia faham pasal penyakitnya. Semua bomoh yang dia jumpa kata ada benda hinggap dan menumpang kat badannya. Minum air jampi sampai kembung perut pun tak sembuh2 jugak. Jadi aku pesan kat teman lelakinya supaya bawa dia jumpa pakar sakit jiwa.

Aku sekadar boleh beri Xanax sahaja untuk sementara. Selebihnya dia kena usaha sendiri. Selagi dia tidak boleh menerima hakikat bahawa dia ada masalah mental, selagi itulah penyakitnya tidak akan sembuh.

1 ulasan: