Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

17 September 2010

Aku dan Madrasah di Pinggir Syurga

Petang semalam aku sempat menonton satu program raya di TV3. Aku memang jarang menonton tv di musim2 raya begini kerana balik2 program hiburan dan ulangtayang filem2 lama. Nasib baik la ni dah tak tayang lagi aksi2 sarkas kat tv. Kalau tidak, setiap kali raya mesti aku dapat tengok aksi2 lucah dan akrobatik ahli2 sarkas orang putih di tv. Dahlah pakaiannya menjolok mata, lepas tu terkangkang sana, terkangkang sini. Kalau makan dodol masa tu, boleh tercekik jadinya.

Madrasah di Pinggir Syurga begitulah tajuknya. Mungkin ianya siaran ulangan tapi rasanya ia patut diulang2 selalu untuk menyedarkan manusia seperti aku yang asyik terleka dengan kenikmatan dunia. Program yang diterbitkan oleh Ahmad Fedtri Yahya ini begitu menyentuh perasaan. Tahun ini aku tak mengalirkan air mata masa bermaaf2an dengan emak abah tapi hatiku jadi sebak bila menonton rancangan ini. Nasib baik aku tengok sorang2. Kalau tidak sure kena gelak punya.

Kisah kehidupan Ustazah Azizah Khatib Mat yang cekal membuka Maahad Tahfiz Darul Hijrah dan Rumah Anak2 Yatim di Chenor, Pahang ini rasanya lebih wajar diwar-warkan berbanding kisah kematian tragis Datuk Soosilawati dan 3 sahabatnya.

Begitu juga kisah kehidupan 4 beradik yang kematian bapa lalu ditinggalkan oleh ibu kandungnya atas faktor kemiskinan. Nasib baik Ustazah Azizah sanggup membela dan membesarkan mereka. Daripada kanak2 yang berjiwa kosong dan langsung tak tahu hal2 agama, Ustazah Azizah berjaya mendidik dan membimbing mereka menjadi anak2 yang soleh dan solehah. Aku tak tahan tengok anak2 ini menghafal Quran, melaungkan azan, membaca doa dan yang penting walaupun ditinggalkan ibu, mereka masih menyayangi dan mendoakan kesejahteraan ibu kandung mereka.

Di akhir program, aku dapat melihat bagaimana mereka dipertemukan semula dengan ibu kandung dan adik bungsu mereka. Kemiskinan memisahkan mereka. Kejahilan ilmu agama juga hampir memisahkan mereka. Tapi dengan adanya insan2 prihatin seperti Ustazah Azizah dapatlah mereka mendapatkan penghidupan dan mencari masa depan yang lebih terjamin.

Satu hari nanti, aku ingin melawat Tahfiz Darul Hijrah ini. Aku ingin bercakap2 sendiri dengan Ustazah Azizah juga anak2 muridnya. InsyaAllah.

Sesiapa yg berhajat untuk mengadakan tahlil buat keluarga, bolehlah hubungi Ustazah Hjh Azizah Khatib Mat (ex-Ketua DMPP) yg juga membuka Maahad Tahfiz Darul Hijrah & Rumah Anak2 Yatim di Chenor, Pahang.

Sekiranya ingin memberi sumbangan kewangan untuk anak2 yatim & pelajar2 tahfiz ini, boleh juga berbuat demikian di :

CIMB: 0607-0000097107
Bank Simpanan Nasional: 0610729863834007

Tiada ulasan:

Catat Ulasan