Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

30 September 2010

Aku dan pemeriksaan CKAPS(3)




Persiapan seminggu berakhir tak sampai pun 5 minit.

Kira2 jam 10 pagi, sepasukan staf daripada KKM yang diketuai oleh seorang doktor dan 3 orang yang lain datang menyerbu klinik aku. Rasanya mereka tersangat kagum dengan keadaan dan suasana diklinikku menyebabkan mereka beredar tak sampai pun 5 minit. Semuanya berada dalam keadaan sempurna terutama kebersihan, ruang farmasi, bilik rawatan, peti sejuk menyimpan vaksin, rak2 dan perlabelan ubat2an. Selain melihat APC terbaru aku, mereka langsung tak tengok paperwork2 yang bagai nak mati aku dan staf aku sediakan.

Sebelum balik aku bertanya mereka,
" Ada apa2 yang boleh saya perbaiki?"
" Rasanya takda cuma awak perlu buat daftar pesakit yang awak rujuk ke hospital."
" Rasa2nya, bila lagi nak buat lawatan?"
" Kalau datang pun, mungkin atas tujuan yang lain."

Ini bermakna aku dah lulus. Barulah boleh berfikir untuk buat benda2 lain. Hari ini merupakan hari terakhir salah seorang stafku. Esok dia akan bekerja kat tempat lain. Esok juga ada staf baru akan masuk. Banyak kali mereka bertanya pasal jamuan perpisahan tapi aku buat tak tahu aje. Kepala aku tengah berserabut.

5 ulasan:

  1. gambo no 2 tu mcm rak kat kedai bahan2 kek dan biskut lah. huhuhu

    BalasPadam
  2. Ye ke?
    Itu vaksin dalam peti ais.
    Susun cantik2.
    Ada label expiry date sekali.
    Markah penuh tu...

    BalasPadam
  3. wahhhhhhh..........
    impress aku!!!
    *sambil jeling2 esboks sendiri*

    BalasPadam
  4. wahhhhhhhhh..... impress giler.... macam konsep 5S jer... semua ada tagging... caya lah!

    BalasPadam
  5. Ayin Masliza,
    Salam ziarah.
    Staf2 saya yang buat.
    Saya ikut aje.
    Boleh dapat akreditasi tak agak2nya?

    BalasPadam