Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

15 September 2010

Aku dan PERMATApintar

KUALA LUMPUR: Jabatan Pelajaran diminta bekerjasama dengan pihak sekolah untuk memastikan murid sekolah berusia sembilan tahun hingga 15 tahun menjalani Ujian Permata Pintar, yang bertujuan mengenal pasti kanak-kanak pintar cerdas bagi mengikuti Program Permata Pintar Negara.

Penaung Program Permata Pintar Negara, Datin Seri Rosmah Mansor, berkata sejak program itu dilancarkan pada 2 Mac lalu, hanya 20,000 pelajar daripada 140,000 pelajar yang dikategorikan sebagai pintar dan cerdas di seluruh negara menjalani ujian berkenaan.

“Mengikut pakar bidang ini, dianggarkan lima peratus daripada kanak-kanak di bawah umur 14 tahun adalah kanak-kanak pintar cerdas. Ini bermakna berdasarkan jumlah penduduk Malaysia dalam lingkungan usia empat tahun hingga 10 tahun, mereka yang masuk dalam kategori itu dianggarkan berjumlah 140,000."

“Tetapi, sebahagian besar yang menjalani ujian ini pula terdiri daripada pelajar berusia 13 tahun hingga 15 tahun. Kita mahu ujian ini dilakukan semua pelajar dan tidak terhad kepada satu kaum saja."

“Justeru, kita mohon kerjasama daripada Pengarah Pelajaran Negeri serta guru di seluruh negara untuk memastikan murid terbabit mengambil Ujian Permata Pintar UKM 1 secara online sama ada di sekolah mahu pun di rumah,” katanya pada sidang media selepas melancarkan pelaksanaan Program Permata Pintar Negara di sini semalam.

Hadir sama, Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Md Dom dan Naib Canselor UKM, Prof Datuk Dr Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin. Rosmah yang juga isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, setakat ini hanya 1,900 pelajar yang berjaya menamatkan ujian saringan, Ujian Permata Pintar UKM 1 dalam tempoh satu jam dengan markah tertinggi adalah 68 daripada markah penuh 140.

Beliau berkata, Ujian Permata Pintar UKM 1 membolehkan pihaknya mengenal pasti murid yang layak untuk mengikuti peringkat ujian saringan seterusnya iaitu Ujian Permata Pintar UKM 2 dan UKM 3. Katanya, semua tiga ujian saringan yang dilaksanakan itu setara dengan ujian IQ yang diguna pakai di negara maju seperti Amerika Syarikat, United Kingdom dan Australia.
Seramai 300 pelajar yang mencapai markah yang ditetapkan dalam semua ujian itu akan dipelawa menyertai program Perkhemahan Cuti Sekolah kendalian Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada Disember depan.

“Ia bakal menjadi perkhemahan kanak-kanak pintar cerdas pertama di negara ini, yang menggunakan kurikulum pendidikan yang disediakan UKM serta Centre for Talented Youth (CTY), Universiti John Hopkins (UJH), Amerika Syarikat,” katanya.
Terdahulu dalam ucapannya, Rosmah berkata, fasilitator yang akan melaksanakan program perkhemahan selama dua minggu itu akan dihantar menyertai Program Summer Camp selama 20 hari anjuran UJH pada Jun depan.
“Seramai enam fasilitator yang terdiri daripada profesor, guru mahir, guru pakar pelajar di peringkat Doktor Falsafah (Phd) dan Sarjana kemudiannya menganjurkan kursus serupa pada Julai dan Ogos ini kepada fasilitator yang dipilih melaksanakan program perkhemahan itu kelak,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Program Perkhemahan masa Cuti Sekolah (PPCS)

(Adaptasi dari Center for Talented Youth (CTY) – John Hopkins University)

Pelajar yang berumur diantara 9 hingga 15 tahun yang dikenal pasti pintar cerdas berbakat akan mengikuti program perkhemahan musim cuti sekolah. Ia mengandungi komponen pengayaan kurikulum seperti yang dilaksanakan di Center for Talented Youth (CTY) – John Hopkins University. Pengayaan Kurikulum memberi ruang kepada pelajar untuk mempelajari aspek-aspek berkaitan dengan sesuatu bidang ilmu secara lebih mendalam dalam konteks yang berbeza dari persekitaran di sekolah.

Perkhemahan ini akan dijalankan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) oleh fasilitator yang dipilih oleh Jawatankuasa Program Pintar Cerdas Berbakat UKM. Mereka boleh terdiri daripada ahli profesional dalam bidang yang ditawarkan, pensyarah, guru, pelajar UKM di peringkat Sarjana atau Doktor Falsafah.

Pelajar diberi peluang untuk memilih dua mata pelajaran dalam mana-mana bidang sama ada matematik, sains atau penulisan kreatif. Pemilihan tersebut bergantung kepada Ujian PERMATApintar UKM1 dan Ujian PERMATApintar UKM2 yang telah diduduki.

Tiga mata pelajaran akan diajar semasa di perkhemahan tersebut iaitu:
a) Sains
b) Matematik
c) Penulisan Kreatif

Perlaksanaan program PPCS dicadangkan untuk dua kategori peringkat umur iaitu:

a) Kategori sekolah rendah dalam peringkat umur 9 hingga 12 tahun -seramai 200 orang (berlandaskan perkadaran 1 dalam 100,000). Pelajar-pelajar ini akan dibahagikan kepada 20 kumpulan ia itu seramai 10 orang bagi setiap kumpulan.

b) Kategori sekolah menengah rendah untuk peringkat umur 13 hingga 15 tahun - seramai 200 orang. Pelajar-pelajar ini akan dibahagikan kepada 20 kumpulan ia itu seramai 10 orang bagi setiap kumpulan.

Sains Matematik Penulisan Kreatif
  • Menjadi Saintis (Be a Scientist)
  • Biotechnology (Bioteknologi)
  • Fast-Pace Biology (Biologi Pecutan)
  • Reka Cipta (Invention)
  • Penaakulan Mantik (Mathematic Reasoning)
  • Pengenalan kepada Robotik (Introduction to Robotic)
  • Kriptologi (Cryptology
  • Penulisan dan Imaginasi (Writing and imagination)
  • Membina Karangan (Crafting the Essay)
Program PERMATApintar ini rasanya dah lama dah. Aku tak kisah sangat bila anak2 aku sibuk menjawab soalan2 melalui internet. Siap bukak kamus lagi. Dah beberapa tahun anak2 mencuba nasib tapi tak pernahnya sangkut. Tapi tahun ini lain pulak ceritanya.

Ainaa awal2 lagi submit jawapan tapi Ameel liat sikit. Bukak internet, ke Facebook dulu. Kesudahannya Ainaa yang tolong buatkan Ameel punya. Kejutan timbul bila Ameel yang terpilih untuk saringan peringkat kedua. Ainaa langsung tak dapat. Semalam ada kawan Ameel suruh dia check nama dia kat internet. Ainaa lagi terkejut bila Ameel telah terpilih untuk menyertai kem musim cuti di UKM hujung tahun ini. Aku dan wife pun terkejut sama. Aku sepatutnya lebih kenal prestasi dan kemampuan anak2 aku. Malangnya, aku silap kali ini.

Sekarang ni wife dah pening. 20 hari kena duduk kat asrama. Kat KL pulak tu. Ameel dah beriya2 sangat nak pergi. Dia bukannya fikir pasal yang lain2. Yang dia ingat cuma tempat baru, suasana baru, kawan baru, ilmu baru. Kita sebagai emak bapak pening fikir pasal kesihatan, keselamatan, urusan peribadi dan sebagainya.

Alahai.

5 ulasan:

  1. budak pintar ni biasanya cepat matang. :)

    BalasPadam
  2. Alhamdulilah Ameel!!! so far abang and kakak sampai UKM2 je, rezeki Syameel Raya2 nie. Whatever tunggu surat naik sekolah nie...Satu lagi perkara yang perlu difikir dan ambil serious....

    BalasPadam
  3. Kat rumah, Ameel dah tunjuk eksen sebab dia rasa dia lebih baik daripada abang dan kakaknya.
    Kita cakap jangan pergi, dia kata nak jumpa isteri Perdana Menteri.
    Kakak dia kata," Sifir pun tak hafal ada hati nak jumpa isteri Perdana Menteri."

    BalasPadam
  4. Ameel tengah bersemangat hafal sifir sekarang.
    Saya panggil dia budakpintar.
    Kakak dia bukan main jealous lagi...

    BalasPadam