Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

07 September 2010

Aku dan Syawal 2010


Satu Syawal akan menjelma 2 hari lagi. Walaupun ada khabar2 angin menyatakan kita akan beraya hari Khamis ini, aku tak percaya. Habis lari tunggang-langgang program kalau raya dipercepatkan sehari. Rasanya yang buat khabar2 angin itu adalah mereka2 yang tak suka berpuasa ataupun kaki2 rokok yang dah tak tahan nak merokok di siang hari. Sebut pasal rokok, arwah pakcik aku pernah berkata asap rokok tu tak membatalkan puasa. Alasannya ialah ia tak mengenyangkan. Jadi siang hari aku tengok dia merokok macam biasa. Ada juga yang kata sedut asap inhaler orang2 semput tu pun tak batal puasa. Aku malas nak bertekak keluar hadis ke apa, yang aku pasti ikut tarekat aku benda2 tu sememangnya membatalkan puasa.

Berbalik ke tajuk asal karangan aku, raya tahun ini agak sederhana bagiku. Tahun ini aku pakai baju recycle sahaja. Wife tengah pening nak pakai baju seragam yang mana di pagi raya. Warna purple ada, warna oren ada, warna hijau pucuk pisang ada, warna beige tahun lepas pun ada. Aku tak kisah pasal warna sebab baju2 melayuku aku hanya pakai setahun 2 kali sahaja.

Walaubagaimanapun, wife nak jugak pakai warna sedondon di pagi raya. Anak2 lelaki aku memang tengah membesar. Jadi baju2 melayu tahun2 lepas memang tak boleh pakai. Tapi boleh recycle juga. Ameel boleh pakai Kierin punya dan Kierin pakai pakcik/sepupu dia punya. Wife dan Husna tak payah ceritalah. Almari dia penuh dengan baju warna-warni yang boleh dipadankan dengan baju2 melayu orang lelaki.

Walaupun raya tinggal 2 hari, aku masih belum buat keputusan nak beraya di rumah mana dulu. Rumah emak aku atau rumah emak mertua aku? Kalau ikut giliran memang rumah emak aku tetapi ada sedikit masalah. Rumah emak dah tak cukup besar untuk tampung ahli keluarga yang semakin besar dan berkembang. Bukan sahaja dari segi bilangan malah saiz badan jugak. Begitu juga rumah emak mertua aku. Tahun ini famili Abang Ngah termasuk 7 orang anak2nya akan beraya sama di situ. Aku tak kisah pasal tidur sebenarnya. Yang penting keseronokan berkumpul beramai2 dan bersalam2an di pagi raya.

Hari raya kedua, ada kawan sekolah masa Tingkatan 4 dulu dah offer rumah emak dia untuk buat reunion bekas2 pelajar Sek Sultan Allauddin. Sekolah di mana aku dan wife aku mula berkenalan. Khabarnya ada dalam 10 orang confirmed nak datang. Bolehlah aku mengenang kembali zaman sekolah menengah dulu dan flashback apa2 yang patut.

Selain itu, rasanya hari raya tahun ini mungkin sama sahaja. Satu hari raya dah cukup untuk menziarah sedar-mara aku yang cuma beberapa kerat. Semuanya berlonggok disekitar Bandar Tenggara. Masuk raya kedua, dah tak tahu mana nak pergi. Kalau tahun2 lepas, boleh gak berkonvoi balik Muar untuk menziarah nenek. Awal tahun ni nenek dah arwah. Jadi, tinggal sedara-mara yang lebih muda daripada abah yang sepatutnya menziarah abah di rumahnya. Kalau ikut wife, dia cadangkan aku melawat emak tiri dan adik-beradik tiri aku di kampung. Kan Hari Raya, takkanlah mereka nak halau dan tak kasi kita masuk?

Tahun ni aku kemas rumah lebih sikit. Sejak ramai yang tahu laman rumah aku masuk majalah, ramailah yang bertanya bila boleh datang ke rumah? Nasib baik anak dah besar2. Jadi bolehlah dikerah mengemas apa2 yang patut. Tahun ni aku tempah langsir baru dan beli set sofa baru untuk hari raya. Ruang tamu aku dah cat beberapa bulan lepas. Cadang nak beli tv LED 50 " tapi hajat tak kesampaian nampaknya. Tulis blog macam nak rak, tapi nak dapat 50 ringgit daripada Nuffnang bukan main susah.

Hari ini aku berbuka puasa sendirian. Wife dan anak2 dah bertolak balik ke kampung dulu. Nak makan kat kedai, takda kawan. Nak pergi bazar, pun takda kawan. Jadi, masak ajelah apa yang ada kat peti sejuk tu.

Kepada pengunjung2 setia blog ini, aku ucapkan Selamat Menyambut Syawal yang bakal menjelang. Berhati2 semasa di jalan raya terutama semasa melalui jalan2 berhantu. Maaf atas segala salah silap dan insyaAllah satu hari kita boleh berjumpa. Ada sesiapa yang nak datang ke rumah? Dipersilakan.

3 ulasan:

  1. Selamat Hari raya..maaf zahir dan batin..lama tak jeguk...blog aku pun dah aku katup..nak bukak baru sempena kedai baru...

    BalasPadam
  2. Salam..

    Selamat Hari Raya..maaflah ye kalau ada terkutuk, terumpat dan ter'apa-apa' lagi....;D

    BalasPadam
  3. ittewwlar doc.. teringat me ader blogger bilang leh dapat RM40 hibu hinggit dalamasa sebulan.. aper kess kanns..

    terimakasih doc zoul yg sudi komen blog me itteww.. ja’alanallahu minal ‘aidin wal faizin, maaf zahir batin dr me yg jauh dimata..

    BalasPadam