Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

05 September 2010

Aku dan Toolbox




Kepada sesiapa yang mengenali aku rasanya telah tahu bahawa aku tak pandai bertukang dan membaiki peralatan. Aku lebih pandai tanam pokok, mengemas rumah dan memasak di dapur berbanding dengan membuat kerja2 pertukangan.

Tengahari tadi aku kemas bilik stor kat bawah tangga. Aku jumpa toolbox aku semula. Aku kumpul semua peralatan2ku yang entah bila aku beli, aku pun tak ingat. Rupa2nya aku ada semuanya. Playar, screwdriver, spanar, kertas pasir, paku, skru, dan sebagainya. Selama ini kalau nak pakai pasti mencari ke sana sini. Itupun tak semestinya jumpa.

Hal2 house maintenance aku memang banyak yang tak reti. Kalau ada hal2 major, aku panggil orang lain mintak tolong betulkan. Itupun selepas beberapa lama kena bebel dengan wife. Pernah sekali aku nak perbetul sinki air yang bocor. Nak tukar hos bawah sinki tu, 4 kali aku kena pergi kedai hardware. Asyik tersalah beli sahaja. Jadinya, daripada aku pening kepala baik aku serahkan kat yang pakar.

Hari ini abang ipar aku datang ke rumah. Dia ni memang terbalik daripada aku. Kalau ke dapur, memang zero knowledge. Tapi bab2 jadi McGyver memang pandai. Barang2 lama yang rosak semua boleh dibaiki. Beri dia satu test pen dan satu screwdriver, kipas2 yang rosak boleh pusing semula. Pintu2 bilik air yang kopak boleh digantikannya. Mesin jahit yang tak boleh pakai, boleh diguna semula dengan sentuhannya.

Inilah sifat manusia. Setiap seorang daripadanya ada kelebihan dan kekurangan masing2.

2 ulasan:

  1. salam,
    dulu masa study toolbox ni kite guna taruk stationeries, marker, technical pen, set square dan berbagai2 lagi. penuh sekotak! :)

    BalasPadam