Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

21 September 2010

Aku dan pemeriksaan CKAPS

Tengah depressed ni. Sedang aku rehat2 sambil fikir2 pasal Majlis Jamuan Hari Raya hujung minggu ini, ada pulak yang berani kacau mood aku. Ada staf daripada pejabat kesihatan negeri telefon pagi tadi. Dia kata geng penguatkuasaan daripada Jabatan Kesihatan Negeri nak buat lawatan pasca-pendaftaran kat klinik aku hujung bulan ini. Habis spoilt mood raya aku. Nak buat jamuan hari raya pun dah takda selera dah. Aku baru aje hantar jemputan kat kawan2. Takkan nak kansel kot?

Aku memang dah agak mereka akan datang ke klinik aku. Tapi kalau ye pun, tunggulah raya habis dulu. Klinik2 sekitar memang dah lama didatangi oleh mereka. Walaupun mereka tak akan kenakan denda atau tarikbalik lesen, tapi sekurang2nya aku kena gak bersedia apa yang patut. Kalau tidak panas telinga nanti dengar bebelan mereka. Tahu2 ajelah makcik2 kerja kerajaan ni. Kalau bab cari kesalahan memang cekap punya. Aku benci betul nak buat dan siapkan paperwork yang patut. Standard Operating Procedure, Organization Chart, Fail Meja. Lepas tu nak kena update ubat2an, buku2 rekod, kemas stor, dan sebagainya. Walaupun semuanya dah siap sedia dari dulu, tapi kena gak tengok2 apa yang kurang.

Ada 32 perkara asas yang aku perlu ada. Aku kena score lebih 75% untuk berada dalam zon selamat. Kalau score aku antara 50-75%, mereka akan datang balik selepas 3 bulan. Dan kalau markah aku kurang 50%, aku akan kena tindakan undang2. Rasanya setakat 75% aku boleh capai. Cuma aku malas nak menghadap mereka sebenarnya. Kalau boleh MC, nak aje aku MC hari itu dan letak doktor locum. Tapi ini periuk nasi aku. Nak lari kemana? Akhirnya, aku jugak yang kena menghadap mereka.

Takpa. Ezanee dah janji nak tolong aku. Nanti aku nak pinjam apa2 yang patut daripada klinik dia juga klinik abang ipar aku. Klinik abang ipar aku rasanya dapat 100%. Klinik dia serba lengkap terutamanya alat2 untuk kes2 emergency. Bolehlah aku pinjam sekejap spinal board dan urine catheter dia. Nak angkat emergency trolley dia berat sangat.

Dalam seminggu ini, aku nak cuti tulis blog rasanya. Nak pergi mendamaikan jiwa dan buat perkara2 yang wajib. Jumpa lagi bulan depan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan