Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

29 September 2010

Oh! Kereta kakak iparku




Kakak iparku accident pagi ini. Keretanya dilanggar lori pasir di persimpangan berlampu isyarat sebelah Tesco Kulai. Aku tak nak cerita apa yang berlaku dan siapa yang salah. Yang aku nak cerita ialah rentetan cerita selepas kemalangan.

Kemalangan adalah satu perniagaan. Semuanya melibatkan transaksi ribuan ringgit. Nak tukar bumper pun boleh kena ribu2 kalau claimed insurans. Benda2 yang tak terlibat pun boleh diganti jugak. Kita bukannya tahu pun kalau mereka claimed lebih2. Yang kita tahu kereta siap, nampak cantik dan boleh dipandu semula.

Beberapa minit selepas kemalangan, agen2 tow truck dan bengkel2 kenderaan mesti sampai dulu. Seolah2 mereka ada pasang CCTV kat setiap simpang dan jalan yang selalu berlaku kemalangan. Bila mereka datang, mereka berlagak seolah2 merekalah umat manusia yang paling baik sekali. Semua benda nak ditolongnya. Kalau boleh pintu kereta nak dibukaknya. Padahal mereka nak cucuk jarum dan memujuk supaya hantar baiki kereta kat bengkel mereka. Semua benda jadi boleh. Tak payah bayar sesen pun. Semua kos insurans tanggung. Kalau nak kereta sementara pun mereka boleh beri pinjam. Setakat tukar pintu, seminggu boleh siap katanya. Tapi hakikatnya, aku dah melaluinya. Dekat 2 bulan kereta tersadai kat workshop. Tunggu adjuster, tunggu report, tunggu approval, tunggu barang, tunggu dan tunggu. Padahal cuma nak ganti bumper depan, ketuk sikit2 dan hantar cat. Tengok bil, 6 ribu lebih mereka claimed kat insurans company. Sebab itu aku kata, kemalangan adalah satu perniagaan yang menguntungkan.

Kat pintu masuk ke pejabat Polis Trafik ada notis besar menghalang urusan bersangkutan dengan bengkel2 ini. Tapi aku tengok mereka mudah sangat keluar masuk. Semua polis kat situ ditegur oleh mereka. Nampak memang mereka dah biasa berurusan di situ. Aku pernah sekali nak buat report pasal accident Perdana aku. Belum apa2 sarjan tu dah hulur name card bengkel kereta. Siap buat promosi lagi. Khabarnya ramai agen2 tow truck berkeliaran di mana2 termasuk polis2 itu sendiri. Pemanggil pertama yang menghubungi mereka akan dapat komisen sekitar 100-200 ringgit untuk setiap kemalangan.

Sama seperti kat hospital jugak. Kalau ada bangsa asing meninggal dunia, tauke2 keranda lebih cepat sampai banding doktor. Kalau ada patient collapsed kat wad, nurse sibuk panggil doktor, attendan dan driver sibuk jugak panggil tauke2 keranda. Bila kita nak jumpa relatives, agen2 keranda inilah yang sibuk seolah2 mereka yang jadi relatives. Kadang2 mereka bergaduh sesama mereka sebab berebutkan pesakit. Aku dah tak kuasa nak melayan dah.


Dua company ni sibuk kacau aku sepanjang pagi aku berada di lokasi kemalangan juga di balai polis. Sampai aku nak balik dan hantar kereta ke agen Honda pun mereka masih juga memujuk kami supaya hantar kereta kat mereka.

Macam2 hal. Semuanya duit punya pasal.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan