Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

17 September 2010

Rayaku Kali Ini

Tiada Yang Baru Semuanya Lama,
Recycle Sahaja Apa Yang Ada,
Berkain Pelikat Di Pagi Raya,
Berjersi Bola Dan Jeans Yang Sama.

Kulihat Abah Menitiskan Air Mata,
Terasa Sebak Entah Kenapa,
Bapak Mertuaku Pun Sama,
Melawat Pusara Untuk Kali Pertama.

Rumahku Gah Ceria Sentiasa,
Asyik Dikemas Bagai Nak Gila,
Menanti Tetamu Dilayan Mesra,
Laman Impiana Pembuka Bicara,

Kematian Soosilawati Amat Dirasa,
Dibunuh Kejam Mayatnya Tiada,
Ramai Mula Merasa Curiga,
Kepada Bangsa Lain Pembuat Durjana.

Seronok Berjumpa Kawan-Kawan Lama,
20 Tahun Lama Tak Terasa,
Masih Mesra Dan Tak Jemu Berbicara,
Tahun Depan Pasti Nak Jumpa.

Open House Kawan-Kawan Bertanya,
Bila Dah Kerja Sibuk Sentiasa,
Nak Pilih Masa Juga Ketika,
Menu Dan Bajet Kena Dikira.

Hari Ini Mula Bekerja,
Poket Kosong Diisi Semula,
Hutang2 Perlu Dikira,
Biar Hilang Semangat Nak Raya.

2 ulasan:

  1. orang kata biar papa asal bergaya
    tak kisah aje poket nipis di hujung bulan
    boleh ape nak keje dgn mood raya
    bawak la biskut raya dan serunding buat bekalan

    (skill berpantun kene polish balik. ampunnn)

    BalasPadam
  2. Hentam sajalah.

    Janji hujung2 sama bunyinya.

    BalasPadam