Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2010

Aku dan Malam Minggu

Malam minggu. Masih takda mood nak masak.



Lepak2 kat Gazebo House di Taman Gemilang sambil tunggu wife balik daripada Segamat.



Ameel makan Black Pepper Sirloin Steak.



Dan aku makan Tomyam Seafood sahaja. Setiap kali makan tomyam, aku pasti teringat kat sahabat lama aku Tengku Muzaffar. Biasanya kita makan lauk2 berkuah, kita tuang kuah atas nasi kan? Tapi dia lain. Dia masukkan nasi dalam kuah tomyam. Semalam aku try ikut cara dia. OK jugak. Cuma waiter yang lalu tengok aku semacam aje.


Aku dan Hujung Minggu Ini

Tiga hari ini, myEstima susah betul nak dihidupkan. Kalau ikut indikator kat bateri, bateri OK lagi. Kedai yang aku beli bateri dulu pun aku kunjungi untuk check bateri aku. Voltan masih cukup lagi. Awal2 lagi dia kata bukan masalah bateri. Biasalah orang berniaga. Mana nak rugi?

Pagi tadi myEstima langsung tak boleh start. Aku call mekanik aku. Dia suruh cuba tukar bateri. Takda sebab lain katanya. Maka terbang RM174.00 untuk beli bateri baru. Alhamdulilah, myEstima dah boleh start semula.

Esok aku nak bawak bateri yang lama ke kedai. Sebab kalau ikut perjanjian, ianya masih dalam waranti. Tapi genap setahun hari ini. Nak tengok dapat ganti baru ke tidak. Tapi aku tak gerenti dia akan tukar percuma. Mungkin dia ambik balik bateri tu dan beri aku rebat RM15.00 sahaja.


Aku dan Jalan Jalan Cari Makan

Restoran ini terletak betul2 di selekoh sebelah Hospital Sultanah Aminah, JB ( Jalan Mahmodiah). Setiap kali ke bandar JB, aku memang tak pernah missed datang ke restoran ini.
Restorannya sangat simple tetapi bersih. Pilihan lauk-pauk untuk makan tengahari sangat pelbagai dan menyelerakan. Harganya juga sangat berpatutan. .
Lauk favorite aku, Ikan Bakar cecah Sambal Kicap/Asam.

Dan Sayur2 Rebus dengan Kuah kacang aka Pecal.
Dah cukup dah.
Kena datang awal. Kalau lambat banyak lauk yang dah habis...

p.s Gambar kurang memuaskan sebab perut tengah lapar...

Aku Memang Anti Rokok

Ini poster iklan yang aku jumpa kat Mingguan Malaysia hari.
Setiap 50 sen yang dibayar untuk sebatang rokok: 24 sen masuk kat keuntungan kerajaan14 sen untuk pengilang rokok5 sen untuk peruncit1 sen untuk pemborong/pengedar rokok1 sen untuk penanam/pengawit tembakau Harga sebatang rokok hanyalah 5 sen sebatang. Siapa yang untung sebenarnya? Kerajaan ke? Duit keuntungan atau cukai yang dipungut oleh kerajaan itulah yang diguna semula oleh hospital2 kerajaan untuk mengubati penghidap2 kanser, semput, serangan jantung, stroke dan segala macam jenis penyakit yang disebabkan oleh asap rokok. Yang untung besar ialah pengilang2 rokok juga akhirnya. Setiap kali cukai rokok naik, harga rokok naik. Pengilang tetap untung jugak. Perokok juga yang kena bayar lebih.

Hubungi talian 03-88883 4400 untuk infoline berhenti merokok.

Aku dan Hari Ini

Pagi tadi wife dah bertolak ke Segamat untuk menyertai pertandingan Bola jaring antara daerah. Kalau menang, balik hari Ahad. Kalau kalah, esok baru balik. Jadi hari ini aku kena jadi driver, babysitter dan orang gaji kat anak2. Nasib badan...





Ini duri tulang ikan keli yang lekat kat tekak anak sulung aku. Salah aku jugak sebab suruh dia makan cepat2 masa kat Restoran Nanzeela tengahari tadi. Kan zohor awal sekarang. 12.55 dah dengar azan sembahyang Jumaat. Nasib baik aku boleh keluarkan. Kalau tidak kena cari Dr Shamsudin, pakar ENT kat JB.





Ini pula makanan untuk malam ini. Aku takda mood nak masak2 dan malas nak mengemas dapur kalau memasak. Beli aje senang.


Aku sokong Red Warriors

Esok malam, Kelantan akan menang 2-1 ke atas Negeri Sembilan.


Aku dan Wak Marijan

Hasil nukilan A Kadir Jasin dari sini. Bagus untuk peringatan kepada kita yang lalai.

MBAH Marijan sudah mati
Mangsa ledakan Merapi
Serapah jampinya tidak menjadi
Gunung api tidak terkunci
Kerana yang berkuasa hanya Ilahi
Bukan tukang tilik dan bomoh jampi.
Maka matilah Mbah Marijan
(Rasminya Mas Penewu Suraksohargo)
Pemegang kunci gunung berapi
Dalam ledakan dan gegaran
Lemas terbakar debu panas
Bila Merapi mengganas
Tiada guna lagi manteranya
Meminta bantu para dewata
Menjinakkan Merapi panas menyala.
Natijahnya, janganlah percaya
Kepada bomoh entah siapa
Tukang tilik dari India
Atau yang mengaku sami Buddha
Dukun besar dari Surabaya
Bomoh pengasih Padang Jawa
Atau orang tua India
Dengan burung serinditnya.
Matinya Mbah Marijan
Kerana kuncinya hanya penyedap rasa
Serapah jampinya sekadar puji dan puja
Kepada Sang Dewata
Konon menjinakkan Merapi yang garang
Agar tidak selalu meradang
Maka apabila Merapi bangun berang
Memuntahkan api dan belerang
Maka tewaslah Mbah Marijan
Serapah jampi tidak berkesan.
Natijahnya lagi…

Aku dan nasib Rooney

Padanlah kisah Rooney ni pelik semacam aje. Sekejap kata nak pindah, sekejap kata bosan dengan pengurusan, sekejap kata gaji tak cukup. Penghabisannya sain kontrak baru, 250 ribu pound seminggu. Baca seterusnya.

Agents of destruction In over two decades at Manchester United, Alex Ferguson has crossed swords with some of the biggest personalities in the game – Arsene Wenger, Rafa Benitez, Jose Mourinho, Roy Keane and Sepp Blatter, just to name a few. He’s dealt with all of them with that same stoic, authoritative swagger, so it’s kind of sad to see him having to meekly conform to the schemings of a pudgy, greedy vacuum-cleaner salesperson over Wayne Rooney, one of his favourite sons at United. Make no mistake, and ignore everything you read in the tabloids that might suggest otherwise – the whole saga over Rooney wanting to leave United was completely the doings of Paul Stretford, the vacuum cleaner salesperson-turned football agent extraordinaire. Think about it: Rooney hasn’t sa…

Aku Adalah Aku

Hari ini ada orang menemuramah aku lagi. Kali ini oleh jiran lama aku yang tengah buat Master in Bussiness. Dia tengah buat assignment/projek untuk kerja kursus dia. Entah camna aku pulak yang dipilihnya. Satu jam aku kena soal selidik dengan dia. Sampai kering tekak aku kena jawab soalan. Petang ni ada sessi penggambaran. Macam artis pulak dah.

Kali pertama aku kena temuramah ialah kira2 2 bulan yang lepas. Ada student daripada ITM tengah buat kerja kursus jugak. Selain jawab soalan bertulis, aku kena temuramah depan kamera. Nak buat bukti kat lecturer katanya.

Semuanya soalan2 biasa sahaja. Tapi ada juga soalan yang susah aku nak jawab. Terutamanya apa beza klinik aku dengan klinik orang lain? Mengapa dan bagaimana aku boleh mengekalkan patient2 aku supaya tak lari ke klinik lain? Ini rahsia perniagaan aku. Tetapi kalau aku sebagai pesakit, inilah jawapan aku kenapa aku suka datang ke klinik aku sendiri. Layanannya bagus.Ubatnya bermutu.Harganya berpatutan.Doktornya tak tukar2. Seba…

Aku dan Karenah Anakku

Anakku sedang mempraktikkan sembahyang duduk.
Darurat katanya.
Lukanya taklah seberapa tetapi dia kata kakinya tak boleh nak dilipat kalau sembahyang berdiri. Padahal dah seminggu lebih dia jatuh.
Luka pun dah nak baik dah.



Tengok lukanya.
Dah sembuh dah.
Kat sekolah berlari sana-sini boleh.
Tapi sembahyang tak boleh lagi.
Alahai...
Lantaklah.
Yang penting,
dia sembahyang dan belajar praktis apa yang diajar di sekolah.


Aku dan New Movie: Magika

Wayang ni adalah pemenang Filem Terbaik di Festival Filem Malaysia tahun ini. Hujung minggu ini wife aku takda. Dia sibuk nak main bolajaring peringkat daerah di Segamat. Anak2 pun dah habis exam hujung minggu ini. Jadi, kita enjoy sambil menyokong industri filem tempatan.


Reviewed by Nur Safina Othman
www.cinema.com.my

Edry Abdul Halim, the youngest of the KRU brothers, makes his directorial debut in "Magika", delivering a musical adventure - what an uncommon genre for our audiences! You can expect to see top Malaysian personalities singing in this movie!

The story tells of two siblings, Ayu (Diana Danielle) and Malik (Fimie Don) who find themselves lost and trapped in a magical realm called Magika. They go through plenty of obstacles but are lucky to encounter Badang (Mawi) who tries to help them. At the same time, it is also the beginning of a love relationship between Ayu and Badang.

We are familiar with popular Western fairytales like "Cinderella", &q…

Aku dan Pengikutku

"You are somebody when you stop being nobody."Bila aku tengok peluang jana duit melalui internet ni, aku pun bersemangat nak buat blog. Lagipun, aku tengok ada sorang doktor swasta daripada Kulaijaya, Johor, buat blog pasal kehidupan dia dalam internet. Aku baca pun memang syok gak. Maka, bermula la pengembaraan aku..

Ini sebahagian cerita daripada drsatrian.blogspot.com. Seorang Pegawai Perubatan di Hospital Sg Siput.
Tak sangka ada yang follow aku. Baguslah. Daripada duduk melanguk dan tak tahu nak buat apa2. Bosan2 boleh layan tulis blog. Berkongsi ilmu yang ada. Walaupun sedikit jika dikongsi, insyaAllah akan dapat pahala yang berterusan.

Kepada mereka2 diluar sana, teruskan menulis. Kalau ada sesiapa nak jadi kawan siber aku, hantarlah alamat blog masing2 kat aku. Boleh kita berkenal-kenalan.

Aku dan Puteri UMNO

Padaku Puteri UMNO dah tak relevan lagi. Aku sokong kata2 Adnan Mansor yang menyatakan bahawa ahli2 Puteri UMNO terlalu mengejar pangkat daripada berbakti kepada parti. Puteri UMNO juga hanya mengejar nama dan nakkan glamour sahaja. Jiwa dan hatinya kosong. Hal2 material dikejar dulu manakala semangat perjuangan memajukan bangsa tiada langsung dalam jiwa mereka. Nak contoh dan bukti?

Aku malas nak membuka pekung di dada tetapi aku kenal ramai ahli Puteri UMNO. Mereka lebih suka jalan2, mesyuarat2, makan2, kursus2 di sana sini. Semuanya disponsor. Minyak kereta, bilik hotel, jamuan makan, pakaian seragam. Apa yang dapat? Hanya keseronokan berjalan2 ke sana sini. Anak bini ditinggal di rumah berhari2. Makan pakai siapa yang urus? Nasib baik umur dah mencecah 30-an. Kalau budak kecik, memang aku dah tangan2kan. Nak kira ilmu, SPM pun tak lepas. Nak kira banyak harta, kerja setakat kerja kilang aje. Jadi, apa sumbangan yang boleh diberikan kepada parti? Kalau setakat nak cukupkan korum m…

Aku dan Ucapan Presiden UMNO

"Seandainya mempunyai majoriti dua pertiga dalam Parlimen pun, tidak akan mampu mengubah setitik apa jua, tanpa kebenaran Majlis Raja-Raja Melayu" - Datuk Seri Najib Razak, Presiden UMNO.

Sebahagian ayat2 ucapan beliau yang sungguh puitis:

Melayu itu, kaya falsafahnya,
Melayu itu, orang yang bijaksana,
Akal budi bersulamkan daya.

Watak Melayu menolak permusuhan,
Setia dan sabar tiada sempadan,
Maruah dan ugamanya dihina jangan,
Hebat amuknya tak kenal lawan.

Menjadi pemimpin sifatnya agung,
Syarak dipakai adat dijunjung,
Hidupnya induk kuat berdiri,
Umatnya sentosa bertuahlah negeri.

Adat memegang kepercayaan orang,
jangan sekali-kali menikam belakang.
Adat memegang kekuasaan,
jangan sekali-kali merosak binasakan.
Adat memegang kebebasan,
jangan sekali-kali lupa batasan.

Awaslah.
Terhadap saudagar mimpi
yang membuai dengan dongengan,
menjadi petualang memintal kepalsuan,
menenun kebencian memperdagang fitnah,
mengadun madu dengan tuba,
meleceh pengorbanan dan tanpa segan silu,
mengajak kita menikm…

Aku tak Baby Friendly

Baby-friendly hospital atau Hospital Rakan Bayi bermaksud seluruh hospital dan stafnya menyokong penyusuan susu ibu. Baby-friendly hospital bermakna hospital hanya membenarkan penyusuan susu ibu di dalam kawasan hospital. Terutamanya di bilik bersalin dan wad bersalin, alat2 yang berkait dengan susu bukan ibu seperti botol susu, susu formula dan puting kopek diharamkan sama sekali. Menjadi satu kesalahan jika ibu2 membawa atau cuba menyeludup masuk barang2 tersebut ke hospital. Walaupun tak kena saman atau kena masuk lokap, tapi merah telinga karang kena bebel dengan nurse dan sister kat wad. Setiap ibu mengandung yang masuk wad akan melalui mesin pengimbas sebelum dibenarkan masuk. Barang2 larangan seperti pistol dan ganja akan dirampas. Begitu juga dengan susu2 formula dan botol2 susu. Spot check akan dilakukan setiap pagi dimana nurse akan memeriksa laci2 dan bakul untuk mencari barang larangan.

Masa aku kerja kerajaan dulu, setiap tahun aku mesti kena hadir kursus Baby-friendly in…

Aku dan Jerebu Datang Lagi

Jerebu merupakan fenomena atmosfera yang berlaku apabila debu, asap dan zarah pencemaran lain mengaburi kejelasan langit. Fenomena ini biasanya terjadi jika zarah, debu dan asap berkumpul pada hari yang kering. Zarah-zarah kecil ini berkumpul di paras rendah atmosfera dan akan mengaburi pandangan dan mungkin menyebabkan masalah pernafasan. Jerebu tebal juga dikenali sebagai asbut.
Antara sumber utama jerebu ialah kebakaran hutan, kebakaran gambut, pembakaran terbuka serta asap perindustrian dan kenderaan. Dilihat dari jauh (seperi dari kapal terbang), jerebu biasanya kelihatan sedikit keperangan. Namun dari dekat, ia berwarna putih seperti asap.

Indeks Pencemaran Udara (IPU) merupakan salah satu cara untuk mengetahui tahap teruknya jerebu. Ia melibatkan pengukuran kuantiti zarah halus merbahaya seperti karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan ozon. Pengelasan tahap kualiti udara mengikut IPU adalah seperti berikut:
Nilai IPUKualiti udara0 - 50Baik51 - 100Sederhana1…

Aku dan Menara Warisan Merdeka

Renung2kanlah... Ini negara kita. Ini duit kita. Ini duit anak cucu kita. Bukan duit Najib. Bukan duit UMNO. Bukan duit BN.
Why do we need another tower?I AM excited every time the Budget is presented each year. While this year’s Budget contains many positive highlights, one allocation has taken me aback: the plan to build Warisan Merdeka Tower that will cost RM5bil. Due for completion in 2015, the tower basically will cost RM1.25bil a year, which is a lot of money. The Government seems to be keen to wean off subsidies, a move I am in agreement with, but wasting RM1.25bil to build a useless tower is something I totally disagree with. When I heard about the plan to build this tower, several questions sprang to mind: What is the purpose of building this tower? Why do we need another landmark near the Petronas Twin Tower? How many landmarks do we need? I am confused at how the Govern­ment spends the country’s income. Just because the money is there doesn’t mean that it has to be s…

Aku dan Kuota Haji 2010

Selain Anifah Aman,
ini seorang lagi ahli parlimen Malaysia yang aku suka.
Yang pandai bercakap.
Yang cakap menggunakan akal dan bukannya mulut semata2. Haji: Mengapa masuk syurgapun kena ada kuota, soal MP BN KUALA LUMPUR, 19 Okt – Seorang Ahli Parlimen dari Barisan Nasional (BN) mendesak pengurusan Lembaga Tabung Haji mengubah sistem pemilihan bakal haji berasaskan kuota kerana ia menimbulkan banyak masalah, selain terlalu berorientasikan perniagaan.
Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh (BN-Kalabakan) yang membangkitkan isu itu berkata, sistem kuota berkenaan telah menyebabkan ketidakadilan berlaku apabila ada pencarum mendakwa tidak diberi peluang sama rata untuk mengerjakan rukun Islam kelima itu.
"Jadi orang Sabah kata, ini BN mahu masuk syurgapun ada kuota... dalam Islam kita tahu antara syaratnya (masuk syurga) ialah naik haji... jadi bila mereka tidak boleh naik haji kerana dikawal oleh kerajaan, siapa yang mahu tanggung dosa?
"Dalam televisyen kita nampak ramai ra…

Aku dan Assignment Wife

Aku dah cakap tapi nak try jugak.
Susahnya buat Master di UTM.
Assignment dan tutorial berlambak2.
Tak macam masa kat OUM dulu.
Akhirnya aku jugak yang kena tolong buatkan.
Buat karangan untuk subjek Matematik.
Dalam bahasa Inggeris pulak tu.
Sakit kepala aku.

605C0038-80E7-A57C-1FA6-9CAF2922F82C 1.03.01

Aku dan Kisah Semalam

Semalam aku mendapat perkhabaran salah seorang kawanku masa kat U dulu telah meninggal dunia. Beliau sebaya denganku. Sama2 study di Asasi Sains tapi dia sambung buat Medic kat Ireland. Dia kena kanser thyroid. Walaupun seorang doktor juga ENT Surgeon, dia tak mampu melawan takdir. Pemergian kawan2 sebaya meninggalkan dunia fana' ini menyedarkanku bahawa kehidupan dunia ini sangat singkat. Bila2 Allah Maha Pencipta akan memanggil kita pulang kepadaNya. Jadi aku kena sentiasa beringat dan bersiap sedia.

Ada beberapa orang kawan sebayaku yang pergi menunaikan Haji tahun ini. Tahun2 lepas pun ramai jugak. Kadang2 aku merasa cemburu jugak kerana mereka dapat mencari masa untuk mendekatkan diri dengan PenciptaNya sedangkan aku masih terburu2 dan terkejar ke sana sini menguruskan hal2 dunia yang tak pernah kehabisan.

Petang semalam abah datang ke klinik. Abah adalah seorang yang suka sangat makan ubat. Abah juga seorang yang tak tahan menanggung sakit. Pantang sakit atau demam sedikit,…

Aku dan Nasib Sg Rajang

Satu lagi enviromental disaster akan berlaku.
Rajang River is drying upBy PHILIP HII
philiphii@thestar.com.my SIBU: Less than two weeks after the logjam disaster in Rajang River, the country’s longest river is again a cause for concern for people living along its banks. Express boats have not been able to ply the Sibu-Belaga-Sibu routes since Friday as the river is drying up due to the current dry spell. The only option left for travellers is the gruelling journey on the 190km Bintulu-Bakun road. Floating pontoons at the Kapit Express Boat Wharf along Khoo Peng Loong Road here are now resting on a muddy river bed.
“This time the water level went down really fast. Just 10 days ago, it almost reached the road level, a drop of more than 2m,” boat skipper Lau Ah Kuok said.
Lau said he believed the drastic change in the water level was partly due to the impoundment of the 205m-high Bakun Dam which began last Wednesday. The flooding of the dam, which is South-East Asia’s largest, …

Apa dan Nasib Liverpool

Walaupun team Johor FC dapat masuk peringkat separuh akhir Piala Malaysia, itu bukan pasukan pilihanku. Yang aku nak cerita ialah pasukan EPL favoriteku iaitu Liverpool. Menang hanya sekali dan kalah 4 kali seterusnya menduduki tangga ke 2 tercorot liga. Malunya nak mengaku penyokong Liverpool. Namun perjalanan liga masih jauh. Liverpool hanya dibezakan 8 mata untuk menduduki tangga ke 4 liga. Itu target pengurusnya Roy Hodgson yang masih bermimpi disiang hari.

Liga EPL bukan setakat menyajikan perlawanan2 bola sepak setiap hujung minggu. Ianya menjadi contoh teladan tak baik untuk anak2 muda dan remaja. Bola sepak Inggeris tidak dapat dibezakan dengan gejala2 negatif seperti rokok, arak, perempuan dan kehidupan mewah yang terlampau. Bayangkan anak2 muda berusia awal 20-an dapat duit gaji berpuluh ribu paun seminggu. Bagaimana mereka membelanjakannya? Kehidupan mewah tanpa batasan, barang2 mewah yang tak tercapai dek akal dan disiplin diri yang semakin longgar menyebabkan ramai yang …

Aku Dah Takda Idea Nak Tulis Apa

What is true kindness? SOME years back, a parking ticket in the local municipality did not require one to key in the car registration number. So if you still had some time left on your ticket, you could easily pass it on to the person waiting to take your parking spot. In a busy neighbourhood, where we often need to park to pay a bill or pick up an item from the grocery store, an hour of parking time is often 30 minutes too long.

Obviously the operators spotted the problem of how the sharing of tickets impacted their revenue. So now you understand why your car number is stated on the ticket and unless another car with a similar number shows up, you can forget about outwitting the operators with such a random act of kindness.

I doubt if any of us were trying to cheat the operators. It was just a nice way to see a smile light up on a stranger’s face when he realised that you were not only giving him the space, but also the balance on your ticket.

And have you noticed also the diminishi…