Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

29 Oktober 2010

Aku Adalah Aku

Hari ini ada orang menemuramah aku lagi. Kali ini oleh jiran lama aku yang tengah buat Master in Bussiness. Dia tengah buat assignment/projek untuk kerja kursus dia. Entah camna aku pulak yang dipilihnya. Satu jam aku kena soal selidik dengan dia. Sampai kering tekak aku kena jawab soalan. Petang ni ada sessi penggambaran. Macam artis pulak dah.

Kali pertama aku kena temuramah ialah kira2 2 bulan yang lepas. Ada student daripada ITM tengah buat kerja kursus jugak. Selain jawab soalan bertulis, aku kena temuramah depan kamera. Nak buat bukti kat lecturer katanya.

Semuanya soalan2 biasa sahaja. Tapi ada juga soalan yang susah aku nak jawab. Terutamanya apa beza klinik aku dengan klinik orang lain? Mengapa dan bagaimana aku boleh mengekalkan patient2 aku supaya tak lari ke klinik lain? Ini rahsia perniagaan aku. Tetapi kalau aku sebagai pesakit, inilah jawapan aku kenapa aku suka datang ke klinik aku sendiri.
  1. Layanannya bagus.
  2. Ubatnya bermutu.
  3. Harganya berpatutan.
  4. Doktornya tak tukar2.
Sebagai doktor, aku menjual diriku sebagai satu produk. Walaupun nama klinik aku sudah established, aku masih menjual diriku supaya pesakit2 sentiasa mengingatiku bila mereka sakit. Macam korang guna ubat gigi Colgate, walaupun ada banyak lagi brand lain yang lebih murah tetapi korang masih juga nak guna Colgate. Kenapa ye? Begitu juga dengan pesakit. Setiap kali sakit, korang mesti nak jumpa doktor yang sama jugak. Kalau klinik tu tutup atau doktornya bercuti korang masih juga tunggu nak jumpa doktor yang tu jugak. Walaupun ubat yang korang dapat dari klinik lain atau cawangan lain tu sama sahaja tapi selagi korang tak jumpa doktor yang satu itu, korang rasa macam tak sihat sahaja. Kenapa ye? Itulah rahsia dan prinsip perniagaan aku. Aku tak main bomoh2 atau baca ayat apa2. Tangkal pun aku tak pakai.

Dah 14 tahun aku jadi doktor. Di klinik sendiri dah hampir 8 tahun. Dah beribu2 orang sakit aku tengok. Yang follow aku sejak aku buka klinik pun ramai. Kalau dulu, dia datang seorang sekarang dah beranak-pinak. Kalau dulu anak masih didokong, sekarang dah masuk darjah 2 dah. Kalau dulu, bini baru satu sekarang dah 3 pun ada. Sebagai doktor, aku ada photographic memory. Aku sukar nak ingat pesakit dengan tengok muka sahaja tetapi kalau ada kad di depan mata, 3 patah perkataan pun aku boleh kembangkan jadi satu cerpen. Kisah hidup dia dah macam buku sejarah. Ubat yang dia boleh makan, ubat yang dia allergic, ubat yang bagus untuk dia, ubat yang sebabkan dia cirit-birit. Malah hal2 anak bini dia pun aku boleh recall hanya dengan melihat kad dia.

Doktor yang bagus ialah yang memberi layanan ekstra kepada pesakit. Doktor yang bagus ialah yang mendengar cerita2 pesakit, yang cuba memahami masalah pesakit, yang rajin memberi penerangan kepada pesakit dan yang melibatkan pesakit dalam hal2 rawatan.

Contohnya anda sakit perut. Doktor yang biasa akan beri ubat sakit perut dan ubat gastrik. Kadang2 ubat2 vitamin segala macam diberinya untuk buatkan anda sihat. Kadang2 langsung tak pegang pun perut pesakit. Dia cuma cakap " Ala ini sakit biasa aje. Makan ubat ini mesti baik punya."

Doktor yang bagus sikit akan tanya sakit di mana dan dah berapa lama. Doktor yang bagus juga akan suruh pesakit baring dan memeriksa perutnya. Lepas tu barulah dia cakap " Ala ini sakit biasa aje. Jaga makan dan makan ubat ini mesti baik punya."

Kalau doktor yang beri layanan ekstra, dia akan tanya pasal bila last period, macamana corak pemakanan, urine ada masalah tak? Biasa makan kat mana? Ada allergik ke tidak? Dia juga akan buat scan perut dan check urine jika perlu. Kalau semuanya normal barulah dia cakap "Ala ini sakit biasa aje. Jaga pemakanan dan makan ubat ini mesti baik punya." Ini sekadar contohlah. Tiada kaitan antara yang hidup dan yang mati.

Sebagai doktor di klinik swasta, aku bukan setakat merawat pesakit sahaja. Aku juga bukan ingat bisnes sahaja. Beri ubat banyak2 dan charged banyak2. Lepas tu pesakit takkan datang lagi. Bukan sahaja tak datang lagi, dia akan cakap kat kawan2 dan jiran2 dia supaya jangan datang ke klinik aku. Ubat mahal. Pada aku, duit kira kemudian. Kalau pertama kali datang aku dah beri ubat macam2 lepas tu charge lebih2, memang setakat itu ajelah rezeki aku. Biasanya pertama kali datang, aku charge berpatutan. Kali kedua dan seterusnya pun sama. Biar dapat untung sedikit tapi berpanjangan. First impression itu penting kerana jika pesakit selesa dengan aku, dia bukan sahaja akan datang lagi tapi dia akan promote kat sedara-mara dan jiran2 dia.

Sebagai doktor aku tak pernah mempertikaikan rawatan doktor2 lain. Aku tak pernah memburuk2kan doktor lain di depan pesakit. Kalau pesakit datang ke klinik aku dan bawa ubat yang pelbagai, biasanya aku jarang komen macam2. Biasanya aku tanya pesakit apa yang dia hendak? Kalau dia nak tukar ubat, aku tukar ikut keperluan. Kalau tidak, aku suruh dia habiskan ubat dan kalau tak sembuh baru aku suruh dia datang jumpa aku semula.

Aku sentiasa ingat bahawa hidup ini ibarat roda. Kalau hari ini aku buat kat orang, satu hari orang akan buat benda yang sama kat kita. Kalau hari ini aku berkira dengan orang, satu hari orang akan berkira dengan kita. Kalau hari ini kita buat baik dengan orang, insyaAllah Tuhan akan balas 10 kali ganda kebaikan kita. Walaupun kat dunia tak dapat, kat akhirat nanti ada balasannya. Kalau Tuhan tak balas kat kita, mungkin Tuhan akan balas kat anak2 dan sedara-mara kita.

Setiap orang ada tanggapan masing2. Pada aku, doktor tak perlu dilabel dengan berkemeja lengan panjang, berseluar gelap dan berkasut kulit sahaja. Doktor juga tak perlu serius memanjang dan sentiasa bersikap formal. Sebab itu aku pergi kerja macam pergi tengok wayang atau keluar makan. Tak pernahnya formal. Bila kita bersikap tak formal tak semestinya kita tak professional kan?

1 ulasan:

  1. salam, i'm ur silent reader..
    perkara yg menjd keutamaan i bl pilih klinik ye la doctor yg sama,tak tukar2.. and of course ubat yg bermutu tinggi esp for child.. harga tak berapa kisah, janji cepat baik..

    BalasPadam