Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

08 Oktober 2010

Aku dan 29 Syawal

Hari ini hari terakhir bulan Syawal. Bermakna raya dah habis dah. Rasanya cuma kat Malaysia sahaja orang Islam beraya sebulan. Kat negara2 lain, raya sehari sahaja. Hari ini, esok malah lusa pun aku masih dapat undangan Open House. Dah masuk Zulkaedah pun, masih nak sambut raya lagi.

Musim2 raya ni memang ramai yang sakit. Kebanyakkannya sakit sebab terlebih makan. Cirit-birit sebab makan berlebihan, sakit gout sebab makan berlebihan, sakit tekak sebab minum ais segera berlebihan, sakit badan sebab sibuk uruskan Open House, sakit badan sebab banyak sangat berjalan masa Marhaban dan kebanyakkan sakit boleh dikaitkan dengan terlebih makan. Ubat2 diet yang semakin mahal pun masih laris jugak.

Budaya Open House adalah budaya yang bagus sebenarnya. Tetapi kalau dulu kita datang ke rumah kawan2 dan sahabat handai sebab nak berjumpa dan beramah mesra kini tidak lagi. Kita ke rumah kawan2 sebab nak makan sedap2, nak cari satay, nak rasa rendang daging special, nak makan Laksa Johor, dan sebagainya. Kita pergi ke rumah kawan2 sebab nak tengok rumah dia besar ke tidak, cantik ke tidak, bersih ke tidak. Kalau bukan hari raya bila lagi kita dapat melawat rumah mereka? Hari2 biasa, semuanya bekerja dan hujung2 minggu, penuh dengan program yang pelbagai.

Nak buat Open House memerlukan perancangan yang teliti. Aku paling pening nak bajet pasal makanan. Katakan aku nak jemput 100 orang, agak2 berapa orang yang datang? Katakan 100 orang, berapa orang yang makan betul2? Kalau pada hari dan waktu yang sama ada 10 lagi tempat yang buat Open House, berapa banyak makanan yang boleh mereka makan bila sampai kat rumah aku? Jadinya kalau jemputan 100 orang, aku tak berani nak order makan untuk 100 orang. Paling banyak pun separuh dan seboleh2nya aku tak nak order makanan yang berat2. Yang pasti habis ialah Satay dan Jus Oren. Kalau Nasi Briyani memang sure banyak lebih punya.

Tahun ini, aku buat Open House 3 kali. Satu untuk famili sebelah wife, satu untuk famili sebelah aku dan akhir sekali untuk kawan2 sekolah wife dan kawan2 rapat aku. Jemputan aku memang terhad sebab tu aku hantar Jemputan Khas. Terhad untuk kira2 20 famili sahaja termasuk staf di klinik aku. Kalau tahun tu aku jemput mereka tak datang tanpa beri apa2 alasan, tahun depan memang aku takkan jemput lagi. Itu prinsip aku. Aku tak suka buat Open Invitation dan harap ramai yang datang. Lepas tu makanan berlebih2an dan membazir begitu sahaja. Setiap sen yang dibelanjakan adalah hasil titik peluh aku dan rugi sesangat jika ianya terus mengalir ke dalam longkang atau tempat pembuangan sampah.

Wife aku dah kembali daripada bercuti semalam. Empat hari aku kuatkan semangat untuk bekerja sambil melayan karenah anak2. Hari2 aku makan painkiller, vitamin double dose dan minum Nescafe pekat untuk kekal cergas. Bangun pukul 5.30 pagi dan tidur sekitar jam 11 malam. Pagi ini aku malas nak masuk klinik. Aku sengaja bangun lambat dan cadang nak bermalas2 sahaja pagi ini. Jemu menghadap patient yang macam2 karenah. Yang tak nak dengar kata, yang sengaja nak MC, yang cakap banyak, yang bertanya banyak, yang 10 kali diberi penerangan masih tak faham2 dan macam2 lagilah.

Pagi ini aku ada jemputan untuk beri ceramah kerjaya kat budak2 darjah 6. Pagi ini nak beri ceramah, pagi semalam baru tanya aku. Katanya semua tempat dah pergi tapi takda doktor yang berkesempatan. Kira suruh aku jadi bidan terjunlah tu. Awal2 lagi aku tolak sebab tak sempat nak buat persediaan. Lagipun budak2 darjah 6 belum tahu apa2. Aku pernah beri ceramah sekali kat mereka. Bila bab tanya soalan, tak seorang pun tanya pasal kerjaya doktor. Semua sibuk tanya pasal penyakit. AIDS tu apa, demam denggi kenapa boleh mati, macamana nak gemukkan badan, macamana nak cepat tinggi, kenapa dia ada misai dan aku belum ada, dan macam2 soalan2 pelik yang aku dapat. Takda yang bertanya, senang ke tidak jadi doktor, berapa gaji doktor, belajar senang ke tidak. Ah! malas aku nak layan. Kalau budak2 tingkatan 3 atau tingkatan 5 lain ceritalah.

Hujung minggu ini ada sahabat aku di Kuala Lumpur nak pindah ke rumah baru. Dia jemput aku untuk 'potong reben dan panaskan rumah' dia. Masalahnya esok anak2 ada kelas. Wife pun ada kelas. Kalau nak balik hari macam tak larat aje rasanya. Tengoklah nanti macamana perkiraannya.

Selamat Berhujung Minggu.

1 ulasan: