Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

29 Oktober 2010

Aku dan Hari Ini

Pagi tadi wife dah bertolak ke Segamat untuk menyertai pertandingan Bola jaring antara daerah. Kalau menang, balik hari Ahad. Kalau kalah, esok baru balik. Jadi hari ini aku kena jadi driver, babysitter dan orang gaji kat anak2. Nasib badan...





Ini duri tulang ikan keli yang lekat kat tekak anak sulung aku. Salah aku jugak sebab suruh dia makan cepat2 masa kat Restoran Nanzeela tengahari tadi. Kan zohor awal sekarang. 12.55 dah dengar azan sembahyang Jumaat. Nasib baik aku boleh keluarkan. Kalau tidak kena cari Dr Shamsudin, pakar ENT kat JB.





Ini pula makanan untuk malam ini. Aku takda mood nak masak2 dan malas nak mengemas dapur kalau memasak. Beli aje senang.


1 ulasan: