Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

12 Oktober 2010

Aku dan House Renovation


Why renovate? Just buy a bungalow

I SYMPATHISE with residents affected by extensive renovations done by their neighbours. I am one of the victims. As residents of terrace/link houses, we should be sensitive to a neighbour’s privacy and develop friendliness and respect towards each another. If not, how are we going to justify 1Malaysia?
Recently, my neighbour did extensive renovations to his house, causing headaches and heartaches to others. After more than three months, the renovations are still going on. No doubt, he has got approval from the local town council but isn’t there a bylaw on the type of extensions allowed for terrace houses? He could have bought a bungalow house and carry out whatever extensions instead of being selfish and inconsiderate to the neighbourhood.

What really upsets me is the attitude of our fellow Malaysians. Conveniently, my neighbour and his family have shifted out of the house for a few months while his neighbours suffer in the meantime. The neighbours have babies, small children and retirees longing to live in a quiet and peaceful environment. Imagine the deafening drilling which lasted for two weeks and occasional knocking of concrete from 8am till 5pm, including Saturday?

We are forced to wake up everyday before 8am and at times, we had to “shout” even during normal conversation. On certain days when we cannot tolerate the noise, we are forced to leave our own house. Apart from the noise pollution, we also have to wipe dirt caused by the partial damage done to adjacent walls. The local council should scrutinise all applications for renovations before approval. Extensive renovations (costing more than RM100,000) should not be allowed for terrace houses.

None of the neighbours will ever agree to such renovations. If we allow such things to go on, friends will become foes and unpleasant incidents might happen in the neighbourhood.

1MALAYSIA NEIGHBOUR,
Kajang. 

Setiap orang menginginkan rumah yang besar, cantik dan selesa. Setiap yang dah bekerja dan berkeluarga sememangnya ingin hidup sendiri dan lari daripada kongkongan ibubapa. Memiliki rumah sendiri adalah idaman semua orang cuma mampu atau tidak itu lain cerita.

Keseronokan membeli rumah tidak berakhir apabila kunci rumah berada di tangan. Aku tak nak cerita pasal kisah susah payah nak beli rumah tapi aku nak cerita kisah2 bila kita dah ada rumah sendiri.
Kemampuan memiliki rumah sendiri bergantung kepada bajet masing2. Semakin tebal poket semakin besar dan selesalah rumah yang dimiliki. Bila dah dapat kunci rumah, banyak perkara yang perlu dilengkapkan sebelum kita boleh mendiaminya. Beli rumah beratus ribu pun, kita cuma dapat dinding dan bumbung sahaja. Kita perlu keluar duit lagi untuk bayar deposit api dan air, kena beli kipas, aircond dan mentol sendiri. Kita juga perlu pasang grill dan alarm system sendiri kerana semuanya tak termasuk dalam harga yang dibayar. Kalau nak tukar warna, kena beli cat dan cat semula. Kita juga perlu keluar duit lagi untuk beli perabot dan hiasan2 lain. Kalau tak mampu, kat Court semuanya ada. Pakai dulu bayar kemudian.

Bagi golongan yang ada2, mereka sudah pasti nak ubahsuai rumah yang sedia ada mengikut citarasa dan keperluan masing2. Selagi ada tanah, mereka nak tambah bilik, besarkan bilik ataupun buat tembok batu seperti dalam cerita dahulu kala. Takut binatang buas atau naga datang menyerang. Kadang2 kos ubahsuai jauh lebih mahal daripada harga rumah yang ada.

Memanglah itu duit awak dan hak awak tetapi masyarakat sekeliling pun kena ambik kira jugak. Ini tidak. Beli rumah kos rendah aje. Guna kuota UMNO pulak tu. Lepas dapat rumah terus robohkan dan jadikan sebesar2 rumah di kawasan itu. Ibarat istana raja jadinya. Kan duit banyak. Kenapa tak beli aje rumah banglo atau lot banglo sahaja? Kalau ikut kelayakan awak memang tak layak dapat rumah kos rendah tetapi atas sebab2 tertentu awak layak. Awak tak malu ke dengan Tuhan kerana mengambil hak orang lain?

Di kawasan perumahan yang sederhana harga rumahnya, kita dapat lihat bagaimana tuanpunya rumah berlumba2 nak mencantikkan rumah mereka. Aku tak kisah kalau mereka tak mengganggu jiran2 sekeliling. Awak nak pasang tembok batu setinggi 10 kaki pun lantak awaklah. Awak nak besarkan rumah sampai habis kawasan pun lantak awaklah tapi sebelum berangan nak buat yang grand dan tiang roman umpama istana Takeshi, tengoklah bajet dulu. Ini tidak, projek sepatutnya 2 bulan siap boleh tertangguh sampai setahun. Terbengkalai sebab duit tak cukup dan kontraktor sudah lari. Kawasan projek ditinggalkan semak samun dan menjadi zoo. Nyamuk dapat duduk rumah free. Bahan2 asas seperti batu dan pasir ditinggalkan bersepah. Jiran2 yang jadi mangsa keadaan.

Masalah juga timbul bila kontraktor yang buat rumah tu buat kerja ikut suka. Hari minggu pun nak bertukang. Lepas pukul 5 petang pun masih nak drill sana dan sini. Habuk jangan cakaplah. Kita sepatutnya bertimbang rasa dengan jiran tetangga. Jangan main ikut suka sendiri aje. Kena juga consider jiran2 yang ada anak2 kecil. Jiran2 yang kerja malam dan tidur siang.

Satu lagi, awak dah beli rumah cantik2, mahal2 dan ada nilai2 senibina. Tapi kenapalah awak renovate semula dan jadikan ianya tak cantik dan kelihatan sangat buruk? Hilang nilai2 senibina bila unsur2 moden cuba dikaitkan dengan unsur2 tradisional. Tak salah cuba mensuaipadan tetapi patut2lah. 

Kalau duit dah banyak tu, tak perlulah beli rumah teres dan lepas tu robohkan. Beli aje rumah banglo. Lepas tu awak nak renovate macamanapun sukahati awaklah sebab awak tak berkongsi dinding dengan jiran sebelah menyebelah. Tak payahlah nak tunjuk2 awak banyak duit dan renovate rumah macam tak cukup tanah.

p.s gambar hiasan dicilok daripada google manakala idea dikembangkan daripada suratkhabar thestar.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan