Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

31 Oktober 2010

Aku dan Hujung Minggu Ini



Tiga hari ini, myEstima susah betul nak dihidupkan. Kalau ikut indikator kat bateri, bateri OK lagi. Kedai yang aku beli bateri dulu pun aku kunjungi untuk check bateri aku. Voltan masih cukup lagi. Awal2 lagi dia kata bukan masalah bateri. Biasalah orang berniaga. Mana nak rugi?

Pagi tadi myEstima langsung tak boleh start. Aku call mekanik aku. Dia suruh cuba tukar bateri. Takda sebab lain katanya. Maka terbang RM174.00 untuk beli bateri baru. Alhamdulilah, myEstima dah boleh start semula.

Esok aku nak bawak bateri yang lama ke kedai. Sebab kalau ikut perjanjian, ianya masih dalam waranti. Tapi genap setahun hari ini. Nak tengok dapat ganti baru ke tidak. Tapi aku tak gerenti dia akan tukar percuma. Mungkin dia ambik balik bateri tu dan beri aku rebat RM15.00 sahaja.


1 ulasan:

  1. Bateri kering ni tu lah masalahnya..I dah terkena, pakai 14 months aja...my dad's car lagi parah, 10 bulan dah kong..indicator tu tak boleh pakai/percaya 100%. Now I revert to sel air, leceh, kena maintain..tapi tahan..

    BalasPadam