Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

17 Oktober 2010

Aku dan Penyakit Hypochondriac



Hypochondriasis, hypochondria (sometimes referred to as health phobia or health anxiety) refers to excessive preoccupation or worry about having a serious illness. An individual suffering from hypochondriasis is known as a hypochondriac. Often, hypochondria persists even after a physician has evaluated a person and reassured them that their concerns about symptoms do not have an underlying medical basis or, if there is a medical illness, the concerns are far in excess of what is appropriate for the level of disease. Many hypochondriacs focus on a particular symptom as the catalyst of their worrying, such as gastro-intestinal problems, palpitations, or muscle fatigue.

Hypochondria is often characterized by fears that minor bodily symptoms may indicate a serious illness, constant self-examination and self-diagnosis, and a preoccupation with one's body. Many individuals with hypochondriasis express doubt and disbelief in the doctors' diagnosis, and report that doctors’ reassurance about an absence of a serious medical condition is unconvincing, or un-lasting. Many hypochondriacs require constant reassurance, either from doctors, family, or friends, and the disorder can become a disabling torment for the individual with hypochondriasis, as well as his or her family and friends. Some hypochondriacal individuals completely avoid any reminder of illness, whereas others frequently visit doctors’ offices. Other hypochondriacs will never speak about their terror, convinced that their fear of having a serious illness will not be taken seriously by those in whom they confide.

Salah seorang jenis manusia yang selalu memeningkan kepala doktor ialah golongan hipokondriak. Ianya ibarat penyakit mental yang sangat susah nak diubat. Semakin banyak dia tahu pasal sesuatu penyakit, semakin teruklah perasaan negatif yang bermain2 di kepala hotaknya. Orang2 seperti ini banyak sangat bertanya dan selalu bukan dengan satu doktor sahaja. Kalau kat Kulai ada 10 doktor, kesemua sepuluh doktor akan ditemuinya. Walau apa pun penerangan yang diberikan, mereka tetap menyatakan yang semua doktor itu salah dan dia sahaja yang betul.

Ada seorang kenalan aku. Dah lama aku tahu bahawa dia seorang hypochondriac. Katakan dia ada sakit di perut, semua doktor yang dikenalinya akan dihubungi dan ditanya pasal penyakitnya. Bukan sehari malah berhari2 dia akan bertanya soalan yang sama sehinggalah sakitnya hilang. Aku dah kenal dia cukup lama. Jadi aku jarang memberi dia differential diagnosis untuk sakitnya itu. Kalau 10 jenis penyakit yang aku beritahu dia, bermakna 10 kali dia akan datang dan kacau aku dan bertanya pasal penyakit2 tersebut.

Dah seminggu dia berkelakuan abnormal. Resah dan gelisah. Langsung tak boleh nak kerja kerana adik bungsunya sakit. 2 bulan yang lepas, dia bawa adik dia datang jumpa aku kerana ada ketumbuhan di leher kirinya. Itupun selepas dia pergi ke sana sini untuk rawatan. Ujian darahnya tidak menunjukkan tanda2 jangkitan atau kanser. Jadi aku jangkakan ketumbuhan itu mungkin kongenital dan tidak berbahaya. Aku malas nak cakap banyak2 kat dia kerana aku tak nak buatkan dia risau. Aku siap tunjuk bukti dengan menunjukkan artikel dalam jurnal perubatan yang aku telah baca. Tapi dia tak puashati jugak. Doktor2 lain yang menjadi kenalannya semua dihubunginya.

Minggu lepas dia tergerak untuk bawa adik dia ke klinik lain untuk x-ray paru2. Macam2 cerita yang dia dengar dan adiknya telah dirujuk ke hospital kerajaan. Selang sehari doktor di hospital kerajaan telah melakukan pembedahan kecil dan membuang ketumbuhan tersebut. Selepas dua minggu barulah report HPE mengenai ketumbuhan itu diketahui.

Maka dalam 2 minggu ini, jiwanya tak keruan. Hampir setiap hari dia call aku dan tanya pasal adiknya. Dia risaukan pasal kanser, pasal batuk kering dan sebagainya. Dia juga risau sebab dua orang adik beradiknya telah meninggal dunia kerana kanser hati dan kanser darah. Sukar untuk aku nak menerangkan kepadanya tentang apa akan jadi selepas ini. Kang aku cakap lebih2, dia makin susah hati. Aku cakap sikit2 dia kata aku tak prihatin.

Susah nak melayan hypochondriac ni...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan