Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

14 Oktober 2010

Aku dan Kisah Pesakit



Ini pesakit aku. Aku kenal sejak dia baru lahir lagi. Masa itu aku masih kerja di hospital kerajaan. Bapak dia sering bawak dia ke hospital untuk tukar Ryles tube dia. Dia dilahirkan dengan pelbagai kecacatan kongenital. Yang paling jelas sekali ialah dia tiada bola mata. Ini bermakna dia sah tak boleh melihat. Selain itu, beliau mempunyai masalah injap jantung yang pelbagai juga hanya mempunyai satu buah pinggang sahaja.

Setiap kali aku melihat dia, aku merasa bersyukur sangat2 kerana dilahirkan sempurna. Aku respect kat ibubapa dia yang cekal dan tabah membesarkannya. Setiap appointment untuk berjumpa pakar jantung di IJN dan pakar buah pinggang di HSAJB, dia langsung tak pernah missed.

Dia kini dah berusia 9 tahun. Walaupun IQnya agak rendah, dia tetap nakal seperti budak2 lain jugak. Disebabkan dia buta, habis semua benda dirabanya. Segan aku nak cakap tapi aku tak sangka dia masih hidup sampai sekarang. Aku ingatkan umurnya tak panjang. Allahu Akbar.

Famili dia semua menjadi regular patient aku terutama bapaknya. Selang sehari mesti nak jumpa aku untuk check tekanan darah. Bapak dia selalu belanja aku minum teh tarik sebagai upah check tekanan darah dia.

Gambar di atas bukan aku yang ambik. Dia selalu main handphone bapak dia dan selalu terhantar SMS atau MMS kat handphone aku.

1 ulasan:

  1. dia tetap satu anugerah untuk mak ayah dia dan kita semua kan? :)

    BalasPadam