Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

08 Oktober 2010

Aku dan Pesakit Hari Ini

Seorang kakak berusia dalam awal 40-an. Kerja kilang. Ada anak angkat seorang. Suaminya bekerja sebagai buruh di padang golf. Jadi aku dah boleh agak berapa pendapatan mereka sebulan. Suaminya selalu gak datang klinik aku untuk rawatan. Ada beberapa kali dia berhutang dengan klinik sebab tak bawak cukup duit. Pernah juga dia cakap direct dengan aku. Ambik ubat dulu dan bayar masa gaji nanti. Aku tak berkira sangat pasal bayaran tetapi setiap hutangnya pasti dia bayar bila cukup masanya.

Kakak ni ada sakit Asthma dan tekanan darah juga paras gulanya mula naik sejak beberapa bulan yang lepas. Company dia panel di klinik aku jadi setiap ubat yang aku beri, aku boleh claimed kat company dia. Dah banyak kali aku suruh dia mula makan ubat darah tinggi tetapi dia tak nak. Tak suka makan ubat hari2lah, nanti kena bergantung dengan ubatlah, nanti buah pinggang rosaklah, dan sebagainya. Dah puas aku pujuk dia tetapi dia degil jugak. Dia lebih percaya dengan cakap2 kawan2 dia berbanding doktor cabuk seperti aku.

Semalam dia datang lagi. Dia kata nak check tekanan darah dan paras gula. Selidik punya selidik rupa2nya dia ada makan ubat baru. Ubat tradisional. Kawan yang rekomen. Katanya makan ubat ini selama beberapa bulan, darah tinggi dan kencing manis langsung hilang. Mulut aku memang gatal sikit. Nak jugak tahu ubat apa yang bagus sangat tu. Aku tanyalah berapa harga ubat tu? Kalau jadi ahli, 4 botol RM 599. Kalau beli 8 botol harganya RM 899. Dia kata dia kongsi makan dengan suaminya. Aku malas nak cakap banyak dah. Kenapalah mudah sangat dia percaya dengan benda2 sebegini. Aku cakap kos ubat darah tinggi sebulan ada yang tak sampai RM15. Paling mahal pun baru RM45 sebulan. Boleh dapat free lagi. Tapi takpa kakak. Kalau buah pinggang kakak rosak nanti, kos cuci darah baru RM300 sekali cuci. Sebulan anggaran seribu setengah. Murah aje tu.

Apa2pun tekanan darah kakak tu malam tadi 150/90 mmHg dan paras gulanya 11.9 mmol/L.

"Sukahati kakaklah. Saya cuma doktor cabuk aje."
"Ubat saya pun tak bagus sebab semuanya murah2."

Frust aku. Menyesal jugak aku selalu beri diskaun kat suami dia. Harap2 boleh simpan duit atau guna untuk beli barang2 keperluan. Rupa2nya dia beli ubat2 lain yang diragui kesahihan keberkesanannya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan