Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

07 Oktober 2010

Aku dan lesen APC

APC ( Annual Practicing Certificate ) atau dalam bahasa melayunya Sijil Amalan Tahunan ialah lesen yang wajib ada bagi setiap doktor berdaftar di Malaysia. Dengan lesen ini, barulah aku boleh merawat pesakit2 aku. Seperti lesen2 lain jugak, lesen ini perlu dihidupkan setiap tahun dengan bayaran RM 50 sahaja. Nak renew tak susah sebab aku boleh download borang melalui internet. Isi biodata sikit, sain cek dan poskan ke Kuala Lumpur. Tak sampai sebulan dapatlah APC yang baru. Tapi kalau aku lambat hantar contohnya dah dekat2 hujung tahun, berbulan2lah kena tunggu. Kerani sibuk sangat masa tu agaknya.

Kalau korang perhatikan gambar2 di bawah, setiap APC ada no sirinya. Setiap tahun, aku dapat nombor yang berbeza2 dan rasanya ia bergantung kepada berapa cepat aku mendaftar dan menghantar borang. Makin kecil nombor sirinya bermakna semakin cepat atau awal aku mendaftar tahun itu. Biasanya aku hantar borang sekitar akhir bulan Ogos atau awal bulan September. Jadi aku dapat no siri sekitar 4 angka sahaja. Dulu masa kerja dengan kerajaan, permohonan APC diuruskan oleh kerani pejabat. Masa kerja kerajaan, nak dapat APC tak payah bayar apa2 dan biasanya dah nak habis tahun baru aku dapat APC aku. No siri pun dah puluh ribu. Biasalah kerja kerajaan. Semuanya slow and steady.

Walaupun no siri tu tak bermakna apa2 tapi aku rasa makin kecil no tu makin hebat rasanya. Seolah2 itulah ranking aku dalam senarai doktor2 kat Malaysia ni. Kalau dapat ranking ke 3000 berbanding ratus ribu doktor kat Malaysia ni, kira hebatlah jugak kan? Kalau aku nak target dapat no siri 2 angka, agak2 bulan berapa aku perlu hantar borang ye? Boleh ke aku hantar borang di bulan Januari?






Tiada ulasan:

Catat Ulasan