Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

05 Oktober 2010

Aku dan Pesakit Hari Ini

Ada satu kilang di Senai. Kilangnya penuh dengan pekerja2 daripada Nepal. Olehkerana berhampiran dengan kilangnya ada klinik panel, maka mereka jarang datang ke klinik aku.

Pada satu hari salah seorang Nepal datang ke klinik aku. Dia dah banyak kali ke klinik panel yang berhampiran dengan kilang untuk mendapatkan rawatan sakit perutnya. Lelaki Nepal ini berusia sekitar 30 an dan mengadu sakit perut sejak 2 bulan yang lalu. Doktor panel hanya memberi beliau ubat sakit perut, ubat gastrik dan disebabkan selalu datang ke klinik panel, dia dah dilabel sebagai malas nak kerja. Disebabkan sakit perutnya, beliau ada bercadang untuk balik ke kampung sahaja. Salah seorang sahabat dia mencadangkan beliau datang ke klinik aku.

Beliau memang sakit perut. Mukanya agak pucat dan berat badannya telah berkurangan beberapa kilo. Pemeriksaan fizikal tidak mendapati sebarang punca penyakit tetapi yang pasti dia bukannya malingerer atau sukakan MC. Dengan bantuan sahabatnya yang boleh menterjemah bahasa aku, aku cerita satu-persatu pasal penyakitnya. Pada aku bila seseorang faham tentang penyakit yang dialaminya, barulah penyakitnya itu akan mudah sembuh. Aku telah beri beberapa ubat dan aku cadang nak ambik darah dia selepas seminggu jika penyakitnya tidak juga berubah.

Aku langsung terlupa pasal beliau sehinggalah sahabatnya datang semula ke klinik pagi ini membawa mamat Nepal yang lain pulak. Dia kata mulai hari ini, kalau ada mamat Nepal yang sakit tak baik2 dia akan bawa berjumpa denganku.

Mamat Nepal yang sakit perut tempohari dah sembuh dan boleh bekerja semula. Beliau juga tak jadi nak balik kampung dan alhamdulilah telah sembuh sepenuhnya. Dia kata aku dah beri miracle medicine kat kawan dia. Bukannya ubat gastrik, ubat sakit perut, ubat tahan sakit atau ubat ajaib yang menyembuhkannya. Nak tahu ubat apa?

Ubat cacing. Selepas makan ubat cacing, badannya kembali sihat dan bertenaga. Selera makannya bertambah begitu juga dengan berat badannya.

Doktor yang bagus ialah yang mendengar cerita pesakit dan cuba memahami perasaan pesakit. Tak perlu ubat mahal2 untuk menyembuhkannya. Tak perlu cepat2 tuduh dia pemalas dan suka ambik MC. Sekian untuk kali ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan