Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

19 Oktober 2010

Aku dan Kisah Semalam

Semalam aku mendapat perkhabaran salah seorang kawanku masa kat U dulu telah meninggal dunia. Beliau sebaya denganku. Sama2 study di Asasi Sains tapi dia sambung buat Medic kat Ireland. Dia kena kanser thyroid. Walaupun seorang doktor juga ENT Surgeon, dia tak mampu melawan takdir. Pemergian kawan2 sebaya meninggalkan dunia fana' ini menyedarkanku bahawa kehidupan dunia ini sangat singkat. Bila2 Allah Maha Pencipta akan memanggil kita pulang kepadaNya. Jadi aku kena sentiasa beringat dan bersiap sedia.

Ada beberapa orang kawan sebayaku yang pergi menunaikan Haji tahun ini. Tahun2 lepas pun ramai jugak. Kadang2 aku merasa cemburu jugak kerana mereka dapat mencari masa untuk mendekatkan diri dengan PenciptaNya sedangkan aku masih terburu2 dan terkejar ke sana sini menguruskan hal2 dunia yang tak pernah kehabisan.

Petang semalam abah datang ke klinik. Abah adalah seorang yang suka sangat makan ubat. Abah juga seorang yang tak tahan menanggung sakit. Pantang sakit atau demam sedikit, mesti nak pekena ubat. Panadol sekurang2nya. Aku dah lali dengan perangai abah. Kalau datang klinik, mesti nak kena jarum punya. Selagi tak dapat jarum, selagi itulah demam atau sakitnya takkan baik. Lepas tu bising2 dan mengeluh sahaja sebab tak tahan sakit. Emak dan adik-beradik memang dah biasa sangat dah dengan abah. Kalau aku beri ubat untuk sebulan, 2 minggu dah mintak stok baru.

Nasib baik abah takda sakit kronik seperti darah tinggi atau kencing manis. Kalau tidak, lagi pening emak nak menjaganya. Abah dah berumur 71 tahun. Tapi kalau dia sakit, perangainya mengalahkan budak2. Kadang2 aku bising2 jugak kat abah sebab makan ubat tak ikut peraturan tapi orang tua mana nak ikut cakap anak2? Dia aje yang betul. Aku sekarang diamkan saja. Ikutkan ajelah perangai dia. Yang penting dia senang hati dan aku pun senang hati jugak. Aku harap usianya masih panjang untuk terus menikmati hidup.

Malam tadi ada satu pakcik jawa. Sebelum ini dia kerja sekuriti tetapi dah pencen kira2 6 bulan yang lepas. Dia dah kematian isteri beberapa tahun yang lepas tetapi anak bungsunya baru darjah 4. Dia ada Asthma dan kencing manis. Sekarang dia termasuk dalam senarai menunggu untuk menunaikan haji tahun ini. Dia memang dah siap sedia, tinggal tunggu panggilan aje.

Dia datang ke klinik kira2 jam 9.30 malam kerana ada bisul di punggungnya. Kalau pesakit lain, aku dah hantar ke hospital dah. Tapi memandangkan pakcik ini aku kenal sangat dan ada harapan nak pergi haji tahun ini, pukul 10 malam aku buat operation kat pakcik ini. Aku cuba pujuk ke hospital dia tak nak sebab takda siapa nak uruskan hal sekolah anak bungsu dia. Lebih 100cc nanah aku keluarkan dari bisul dia. Aku sempat doakan pakcik tu supaya dapat pergi haji tahun ini dan bisulnya sempat sembuh sebelum ke sana.

Hari ini anak2 mula exam akhir tahun. Sampai hujung bulan jadual anak2 dan wife memang penuh dengan exam sahaja. Jadi takda harapan aku nak pergi jalan2 atau bercuti. Kena tunggu bulan depan. Sementara tunggu anak2 dan wife exam, terpaksalah aku melayan karenah pesakit yang pelbagai. Bila aku dah mula bosan mendengar keluhan pesakit2 aku juga malas nak bergaduh pasal MC, itu bermakna kepala otakku dah tepu. Bateri aku dah nak kena recharge semula. Aku nak kena lari daripada suasana klinik dan berehat2 tepi kolam sambil membelek2 DSLR baruku.

Esok khabarnya ada 21 orang warga asing dah buat appointment nak buat medical check up. Semuanya perempuan. Alahai, juling bijik mata aku nak cari urat darah.

5 ulasan:

  1. vah vah vahh.. dslr baru doc kannns

    BalasPadam
  2. Belum lagi daa...
    Masih berangan2.
    Tunggu bulan depan.

    BalasPadam
  3. Innalillah...
    siapa ya?
    (kot2 kenal...)

    BalasPadam
  4. Tengku Faisal.
    Pakar ENT di Hospital Universiti.
    Kerabat Johor rasanya.
    Al-Fatihah.

    BalasPadam