Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

22 Oktober 2010

Aku dan Ucapan Presiden UMNO

"Seandainya mempunyai majoriti dua pertiga dalam Parlimen pun, tidak akan mampu mengubah setitik apa jua, tanpa kebenaran Majlis Raja-Raja Melayu" - Datuk Seri Najib Razak, Presiden UMNO. - Foto Effendy Rashid

"Seandainya mempunyai majoriti dua pertiga dalam Parlimen pun, tidak akan mampu mengubah setitik apa jua, tanpa kebenaran Majlis Raja-Raja Melayu" - Datuk Seri Najib Razak, Presiden UMNO.

Sebahagian ayat2 ucapan beliau yang sungguh puitis:

Melayu itu, kaya falsafahnya,
Melayu itu, orang yang bijaksana,
Akal budi bersulamkan daya.

Watak Melayu menolak permusuhan,
Setia dan sabar tiada sempadan,
Maruah dan ugamanya dihina jangan,
Hebat amuknya tak kenal lawan.

Menjadi pemimpin sifatnya agung,
Syarak dipakai adat dijunjung,
Hidupnya induk kuat berdiri,
Umatnya sentosa bertuahlah negeri.

Adat memegang kepercayaan orang,
jangan sekali-kali menikam belakang.
Adat memegang kekuasaan,
jangan sekali-kali merosak binasakan.
Adat memegang kebebasan,
jangan sekali-kali lupa batasan.

Awaslah.
Terhadap saudagar mimpi
yang membuai dengan dongengan,
menjadi petualang memintal kepalsuan,
menenun kebencian memperdagang fitnah,
mengadun madu dengan tuba,
meleceh pengorbanan dan tanpa segan silu,
mengajak kita menikmati
buah khuldi yang bergentayangan di pohon rendah,
sehingga sanggup menggadai segala-galanya.

Dulu aku suka mendengar ucapan penutup Tun Mahathir semasa persidangan UMNO. Ada isi dan ilmu yang boleh dipelajari. Bila Tun Pak Lah berucap, aku lebih banyak tidur daripada jaga. Satu jam dengar syarahan beliau, satu apa pun aku tak faham. Begitu juga dengan Anwar Ibrahim. Setakat gelak2 dengan jenakanya dan lepas itu aku lupa apa isinya. Tapi Najib punya ucapan sedap didengar. Banyak kiasan2 yang menarik digunakannya.

Walaupun aku masih bengang kat dia sebab nak buat projek Menara Warisan berharga 5 billion tu, aku tetap mendengar syarahannya. Ada ilmu dan ada isi yang boleh digunapakai. Tapi rasanya hanya dia dan beberapa orang UMNO yang boleh dipakai. Masih ramai yang haprak ada dalam UMNO.

1 ulasan: