Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

21 Oktober 2010

Aku tak Baby Friendly

Baby-friendly hospital atau Hospital Rakan Bayi bermaksud seluruh hospital dan stafnya menyokong penyusuan susu ibu. Baby-friendly hospital bermakna hospital hanya membenarkan penyusuan susu ibu di dalam kawasan hospital. Terutamanya di bilik bersalin dan wad bersalin, alat2 yang berkait dengan susu bukan ibu seperti botol susu, susu formula dan puting kopek diharamkan sama sekali. Menjadi satu kesalahan jika ibu2 membawa atau cuba menyeludup masuk barang2 tersebut ke hospital. Walaupun tak kena saman atau kena masuk lokap, tapi merah telinga karang kena bebel dengan nurse dan sister kat wad. Setiap ibu mengandung yang masuk wad akan melalui mesin pengimbas sebelum dibenarkan masuk. Barang2 larangan seperti pistol dan ganja akan dirampas. Begitu juga dengan susu2 formula dan botol2 susu. Spot check akan dilakukan setiap pagi dimana nurse akan memeriksa laci2 dan bakul untuk mencari barang larangan.

Masa aku kerja kerajaan dulu, setiap tahun aku mesti kena hadir kursus Baby-friendly ini. Setiap staf wajib menghadiri kursus tersebut. Selagi tak cukup 12 jam duduk mendengar ceramah mengenai kebaikan susu ibu, selagi itulah asyik kena kejar dengan sister dan pengarah hospital. Mula2 aku kena jadi peserta. Lepas tu jadi fasilitator. Lepas tu kena jadi penceramah dan akhir sekali aku jadi wakil pengarah untuk sampaikan sijil dan menutup kursus. Jemu juga mendengar dan menasihatkan benda2 yang sama setiap tahun. Tapi apa boleh buat kan? Dah namanya kerja kerajaan. Kenalah ikut dasar2 kerajaan.

Baby-friendly ni memang bagus. Susu ibu memang the best. Murah, mudah, cukup khasiat dan sentiasa available. Masalahnya sekarang ialah kebanyakan ibu2 moden semuanya bekerja. Jadi tiada masa lapang untuk duduk melayan dan sentiasa berada di sisi anaknya sepanjang masa. Jadi susu formula cuba menggantikannya. Kalau tengok iklan kat tv atau suratkhabar, susu formula cuba digambarkan mempunyai khasiat menyamai atau lebih bagus daripada susu ibu. Ini salah sama sekali kerana kita tidak akan berjaya mencipta sesuatu yang sama seperti ciptaan Tuhan.

Anak sulung aku dapat susu ibu selama 2 bulan sahaja. Bila wife mula mengajar, aku terpaksa tukar ke susu formula. Tak larat nak pam susu dan simpan dalam peti ais setiap hari. Anak kedua pun setakat 2 bulan juga. Masalah timbul bila wife naik kerja, dia masih tak nak hisap botol. Siap pergi cari bomoh lagi. Jampi2 botol, jampi2 air. Siap demam dan turun berat badan sebab dia langsung tak nak susu botol. Bila dapat anak ketiga aku terus direct susu formula. Dah tak nak pening kepala mengharungi penderitaan 'bercerai susu'. Agaknya sebab tu dia ni lain sikit banding adik-beradik yang lain.

Kalau kat klinik, aku memang tak baby-friendly. Kalau orang tanya, aku cakap breastfeeding is still the best tapi kalau nak susu formula jugak, lantak koranglah. Aku tak prefer mana2 brand. Aku juga tak suka promote mana2 brand. Kalau ada sample susu, aku beri percuma. Aku tak dapat apa2 imbuhan. Pergi melancong ke, pergi tidur hotel ke, aku tak nak semua itu.

Susu formula sekarang memang mahal sungguh. Satu tin ada yang boleh capai 80 ringgit. Kononnya dah tambah macam2 vitamin yang bagus untuk tulang, untuk gigi, untuk mata, untuk IQ, untuk elak cirit-birit, untuk itu dan untuk ini. Salah satu sebab kenapa aku tak nak ada baby lagi ialah sebab harga susu dan diapers yang semakin mahal. Juga sebab wife hanya nak anak perempuan. Kalau boleh confirmed 100% lahir anak perempuan baru boleh. Habis camna?

p.s Entry ini tiada kaitan sama sekali dengan entry YB pasal susu badan ye?

Private hospitals lagging behind in being baby-friendly

By ANDREA FILMER
andrea@thestar.com.my

GEORGE TOWN: Despite being the third country in the world to have all public hospitals certified as “baby-friendly” by the United Nations Children’s Fund (Unicef) and World Health Organisation (WHO), private hospitals in Malaysia are still lagging behind, said Malaysian Breastfeeding Association president Siti Norjinah Moin. She said private hospitals accounted for a mere 4.5% or six of the 133 “baby-friendly” hospitals whose practices were supportive of breastfeeding.

“The baby-friendly hospitals consist of 123 government hospitals, two military hospitals, two university hospitals and six private hospitals.

“In many countries, it is the private sector that drives this initiative, but that is not so in Malaysia,” she said.

Siti Norjinah, who is a key member of the Baby Friendly Hospital Initiative in the country, said one of the private hospitals was in Penang, another in Ipoh and four in Kuala Lumpur.

“In 1998, Malaysia was the third country in the world to have all its public hospitals certified baby-friendly after Sweden and Oman.

“However, we still have a very low rate for exclusive breastfeeding (meaning that the baby is not given any other food or drink besides breast milk) in the first six months, only 14.7% compared to the WHO average of 35%,” she said, adding that the Health Ministry was aiming at bringing the rate to 33% in the next five years.

Siti Norjinah was speaking to reporters at the start of the three-day Expanded Global Breastfeeding Partners Forum at Bayview Beach Resort Penang. World Alliance for Breastfeeding Action (WABA) steering committee chairman Dr Felicity Savage said hospitals had to fulfil 10 criteria before being certified “baby-friendly” by the authorities.

Among them are having all staff trained to help mothers breastfeed, giving infants no formula unless medically indicated and practising “rooming in” where mothers and infants stay in the same room from delivery.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan