Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

19 Oktober 2010

Apa dan Nasib Liverpool



Walaupun team Johor FC dapat masuk peringkat separuh akhir Piala Malaysia, itu bukan pasukan pilihanku. Yang aku nak cerita ialah pasukan EPL favoriteku iaitu Liverpool. Menang hanya sekali dan kalah 4 kali seterusnya menduduki tangga ke 2 tercorot liga. Malunya nak mengaku penyokong Liverpool. Namun perjalanan liga masih jauh. Liverpool hanya dibezakan 8 mata untuk menduduki tangga ke 4 liga. Itu target pengurusnya Roy Hodgson yang masih bermimpi disiang hari.

Liga EPL bukan setakat menyajikan perlawanan2 bola sepak setiap hujung minggu. Ianya menjadi contoh teladan tak baik untuk anak2 muda dan remaja. Bola sepak Inggeris tidak dapat dibezakan dengan gejala2 negatif seperti rokok, arak, perempuan dan kehidupan mewah yang terlampau. Bayangkan anak2 muda berusia awal 20-an dapat duit gaji berpuluh ribu paun seminggu. Bagaimana mereka membelanjakannya? Kehidupan mewah tanpa batasan, barang2 mewah yang tak tercapai dek akal dan disiplin diri yang semakin longgar menyebabkan ramai yang tersungkur.

Tengok apa jadi kepada bintang2 terkenal mereka? Ramai jatuh tersungkur kerana wang yang terlalu banyak. John Terry yang dilabel father figure pun lingkup. Apatahlagi Ronaldo, Cole dan yang terbaru Rooney. Nampaknya hanya pasukan Arsenal yang kelihatan bersih. Yang lain2nya semua dah tercemar. Aku sokong Ferguson kalau dia nak jual Rooney. Tapi janganlah jual ke Manchester City. Kang ramai yang bakar jersi Man U karang.

Apa2pun, yang kaya bertambah kaya. Yang miskin sekadar menonton sahaja. Aku dah malas nak jadi penonton. Tidur lagi baik.

1 ulasan: