Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

05 Oktober 2010

Hidupku tanpa isteriku



Empat hari isteriku tiada,
Pergi berkursus di Melaka,
Tinggal aku tak terkata,
Mengurus anak2 sambil bekerja.

Pukul 5.30 sudah terjaga,
Menyiapkan sarapan apa yang ada,
3 orang punya perangai berbeza,
Nasib baik dah besar2 belaka.

Pukul 6.40 kupandu kereta,
Sekolah Menengah di Bandar Putra,
Sekolah Rendah di belakang Indahpura,
Mata mengantuk kutahan juga.

Sampai rumah nak buat apa,
Kalau boleh nak tidur sahaja,
Kucing dan ikan nak sarapan juga,
Rumah bersepah buat sakit mata.

Radio Sinar teman berbicara,
Sambil mengemas macam biasa,
Pukul 9 kena pergi bekerja,
Nanti tengahari nak makan di mana?

Tengahari dan malam malas nak cerita,
Tapi semuanya kubuat dengan rela,
Demi isteri, anak2 dan kerjaya,
Segala2nya macam dah biasa.

Wahai isteriku jangan gundah gulana,
Kami di sini takda apa2,
Makan dan minum sudah sedia,
Tak perlu susah restoran mamak ada.



4 ulasan:

  1. Hah! Baru tau isteri tak ada...hehehe. Ok la tu bantu buat keja rumah dan urus anak2...bgs tu...jom jd followe kita lak...

    BalasPadam
  2. Cantik pantun yg dr karang. Menusuk kalbu. Saya pun sedang hidup tanpa anak isteri di sisi.

    BalasPadam
  3. doc saperlar tak sayang bini kan ..

    tp ader kanns.. ehehe

    BalasPadam
  4. Bila wife takda semua kerja leh buat kan....W.ever thanks sayang....

    BalasPadam