Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

12 November 2010

Aku dan Anak2ku



Aku memang jarang bercerita dengan orang lain pasal keputusan peperiksaan anak2ku. Padaku, keputusan peperiksaan tidak menjamin kejayaan di masa hadapan terutama kalau setakat peperiksaan sekolah rendah sahaja. Tapi kali ini aku nak cerita tentang realiti kehidupan. Ini kisah benar terutama jika anda seorang guru dan anak2 anda belajar di sekolah yang sama. Walaubagaimanapun keadaannya, anak tetap anak dan ibu tetap ibu. Ibu pasti akan sedaya upaya untuk memenangkan anak2nya. Ibu mesti nak pastikan anak2nya dapat keputusan cemerlang dan seboleh2nya nak dapat nombor satu dan jadi pelajar terbaik. Kejayaan anak2 adalah kejayaan ibubapa dalam mendidik anak2 mereka.

Kat sekolah wife aku, ramai cikgu2 yang mempunyai anak yang bersekolah di tempat yang sama. Mereka saling berlumba untuk memastikan anak2 mereka sentiasa di hadapan dan kalau boleh, nak jadi yang terbaik. Nak tahu terbaik ke tidak, tunggulah keputusan peperiksaan setiap akhir semester.

Sebagai pemerhati yang agak hampir dengan sekolah, banyak cerita yang aku dengar. Anak dapat soalan peperiksaan, anak dapat jawapan masa peperiksaan dan anak boleh ubah jawapan selepas ibu menanda kertas jawapan. Yang tambah beberapa markah untuk dapatkan A pun ada. Anak2 adalah insan yang jujur dan mereka jarang pandai berbohong. Kalau anak sendiri mengaku ibu beri jawapan, ibu suruh betulkan jawapan dan ibu tambah markah takkan kita tak percaya kan?

Anak bungsu aku merosot sangat keputusan peperiksaannya tahun lepas. Walaupun dapat 5A dan nombor satu dikelasnya, untuk keseluruhan kelas dia jatuh di tempat ke 8. Aku agak kecewa dengan keputusannya dan wife bising2 kat aku sebab dia kata aku terlalu memanjakannya. Tahun ini anak bungsuku masih score 5A dan mendapat tempat pertama keseluruhan kelas. Rupa2nya ada berlaku skandal tahun lepas. Guru2 kelas yang satu lagi memberi jawapan kepada anak2 muridnya semasa peperiksaan. Guru2 matapelajaran juga dengan sengaja menambah beberapa markah kat murid2nya. Sebab itu anak bungsuku jauh ketinggalan di belakang.

Allah itu Maha Adil. Tahun ini guru2 baru yang menjaga peperiksaan dan guru2 baru juga yang menanda kertas jawapan. Jadi tiada isu atau skandal memanipulasi keputusan peperiksaan. Alhamdulilah, anak bungsuku menang dengan cara adil dan saksama. Aku puji wife aku. Walaupun dia kadang2 menjadi pembuat soalan, penanda kertas jawapan dia tak pernah menyalahgunakan kedudukannya.

Sepanjang minggu peperiksaan, rumahku ibarat kapal karam. Buku2 latihan, buku2 teks dan segala macam buku bertaburan di sana-sini. Wife aku yang mengerah anak2 supaya mengulangkaji pelajaran sepanjang hari. Nak tidur pun kena pegang buku jugak. Rasanya pengorbanan wife terbalas bila anak2 semuanya cemerlang dalam pelajaran masing2. Nak harapkan aku? Siang malam pagi petang duduk kat klinik aje. Cuma sesekali aku ajar anak sulung aku yang kat sekolah menengah tu.

Anak aku yang sulung memang aku tak beri duduk asrama. Ketika anak2 cikgu yang lain sibuk masuk asrama penuh, aku relaks aje. Aku tengokkan sahaja. Jangkaanku tepat. Anak aku masih boleh cemerlang walaupun duduk kat rumah mengadap tv dan PSP sambil belajar. Anakku masih boleh cemerlang walaupun aku tak pernah hantar ke kelas tambahan.

Anakku yang perempuan aku tak nak komen apa2. Dia tekun dalam pelajarannya sebagaimana dia tekun kalau disuruh mewarnakan lukisannya. Setiap benda yang kecik2 diwarnakannya. Cuma part tolong kemas rumah dan mengaji Quran dia malas sikit. Yang lain2 OK.

Hujung bulan ini anak bungsuku akan menghadiri kursus Permata Pintar di UKM selama 3 minggu. Dialah satu2nya murid darjah 3 yang dapat menyertai kursus tersebut. Besar kecik besar kecik jantung aku dan wife nak menghantar dia ke sana. 3 minggu bukannya sekejap. Kat Bangi pulak tu. 3 jam perjalanan.

Setiap anak ada kelebihan dan kekurangan masing2. Aku bangga menjadi bapa kepada anak2ku. Semoga mereka pun begitu juga. Kalau dulu aku selalu kecewa dengan sikap ambil mudah bapakku, aku harap aku tak jadi seperti bapakku dulu. Kekurangan bapakku yang mencetus semangat dan menjadikan aku seperti sekarang ini. Alhamdulilah.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan