Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

08 November 2010

Aku dan GPS


Gambar pemandangan KLCC diambil semasa balik daripada rumah Samsol. Berhenti sebentar depan KLCC sambil mencari reception GPS aku yang hilang kena hujan.


Aku ada alat GPS. Garmin Nuvi 250. Aku beli kira2 3 tahun yang lepas. Mula2 pakai dulu memang best. Kemana2 nak pergi aku tak takut sesat punya. Ada suara perempuan memberi arahan menunjuk jalan. Tak payah aku susah2 nak tanya orang sana sini. Almaklumlah orang lelaki ni egonya lebih sikit. Aku lebih rela sesat daripada bertanya orang.

Aku ada masalah dengan GPS aku sekarang. Peta yang ada dalam tu dah outdated. Rasanya peta tahun 2008. Bermakna jalan2 kat bandar2 besar seperti KL, JB dan Melaka dah ketinggalan zaman. Aku tak pandai nak update. Yang aku tahu aku boleh update kat malsingmap.com. Cuma aku kena jadi ahli dulu dan aktif dalam forum2 mereka. Barulah aku boleh update peta daripada mereka. Tang tu yang aku malas tu.

Jadi, GPS tu aku dah jarang pakai. Sebab dah banyak kali aku terkena. Pompuan dalam GPS suruh belok ke kanan tapi kanan tu jalan no entry. Ada juga yang dia suruh aku masuk ikut jalan kebun. Jalan sehala pun dia suruh aku masuk jugak. Giler ke apa? Dah beberapa kali aku baling GPS tu tapi tak rosak2 jugak. Kalau rosak baru boleh beli baru kan? Nak trade in kat kedai pun belum tentu ada harga. Rasanya yang ni harganya tinggal dalam 300-400 sahaja.

Tapi aku ada GPS baru. Handphone Nokia E72 aku siap ada GPS dengan peta sekali. Free pulak tu. Petanya memang terkini dan lebih mudah banding Garmin aku. Yang bestnya, takda suara2 yang sibuk mengajar aku suruh belok kanan atau kiri. Walaupun skrinnya kecik, anak panahnya jelas. Dah yang penting petanya terkini dan hampir semua tempat yang aku nak pergi ada dalam peta. Masa aku ke One Utama, Vistana Hotel, Planetarium Negara, Taman Bukit Indah semuanya aku guna GPS yang ini. Missed satu dua simpang tu adatlah tapi cepat2 dia recover beri jalan baru. Malam minggu hujan gerimis dan pertama kali aku ke rumah baru Samsol. Aku memang nekad. Nasib baik E72 aku boleh dipercayai. Masa balik pun sama. Walaupun hujan lebat dan satelit GPS aku kejap ada kejap takda, aku masih selamat sampai.

Walaubagaimanapun, aku taklah bergantung 100% kat GPS tu. Beberapa hari sebelum pergi, aku dah study dulu Google map tu kat internet. Siap ada plan A, plan B dan sebagainya andaikata tersesat jalan. Anak2 dan wife heran jugak tengok aku macam confident aje dengan jalan2 KL. Padahal dalam hati tiada siapa yang tahu.

Terima kasih E72ku kerana memudahkan perjalananku.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan