Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

08 November 2010

Aku dan Hari Ini



Hari pertama naik kerja selepas bercuti 3 hari memang memenatkan. 3 hari patient2 aku kumpul dan simpan sakit2 dan masalah mereka sebelum menyerbu klinik aku hari ini.

" Apasal doktor cuti hari Ahad aaa? Saya nak ambik ubat pun susah."
" Kakak, saya dah register dengan persatuan2 penyamun. Hari minggu cuti. Hari Sabtu sekerat hari. Kalau kakak nak ubat ke, nak MC ke tunggulah hari Isnin..."
" Kalau camtu susahlah kakak. Klinik lain ubat tak serasilah."
" Ubat2 kat klinik saya, saya siap jampi dulu sebelum beri kat kakak. Sebab tu mujarab."
" Kakak pulak jangan lari kat klinik lain. Nanti persatuan2 penyamun akan ambik tindakan kat kakak."

Itu adalah ayat2 bodoh aku sambil sibuk melayan pesakit2 yang datang. Bila dah lama bercuti, mood ada bagus sikit. Apa patient komplen macam2, aku dengar aje. Apa patient nak, aku beri aje. Pukul 12.55 tengahari pun aku masih segar melayan pesakit. Kalau tidak, pukul 12.30 dah tutup kaunter.

Petang ini wife aku tinggalkan aku lagi. Dia ada kursus 3 hari 2 malam di Kota Tinggi. Maka bermulalah kembali episod lama menjadi driver, tukang masak, tukang cuci, orang gaji kepada anak2 aku. Nasib baik exam dah habis. Jadi, kalau aku tak larat aku boleh cutikan mereka. MC sekolah dah sedia kat dalam beg aku. Malangnya, tuanpunya badan yang susah sangat nak ambik MC. Sedih.

Minggu depan dah nak raya haji. Khabarnya orang2 di Arab Saudi beraya satu hari lebih awal daripada orang2 di Malaysia. Macamana tu? Aku tak kisah pasal raya haji ni. Dapat sembahyang raya dah cukup dah. Lepas tu kalau boleh nak bukak klinik. Nak cover duit minyak dan tol masa ke KL semalam. Tapi apakan daya. Aku masih punya keluarga dan sedara-mara.

Percutian ke Kuala Lumpur memang best. Banyak hal2 yang tak dirancang berjaya dilaksanakan. Anak2 langsung tak bermimpi nak pergi Planetarium Negara. Mereka juga tak mimpi dapat naik LRT. Wife pun tak sangka dapat shopping sakan kat Jalan Tun Abdul Rahman. Famili aku mana suka bercuti ditempat2 sunyi atau pantai atau pulau. Mereka mesti nak tidur hotel yang ada kolam renang, yang ada tempat nak window shopping dan yang penting dapat sesuatu yang baru untuk dijadikan kenangan.

Apa2pun, aku suka layanan staf kat Hotel Vistana. Walaupun hotel tu YTL yang punya, majoriti stafnya melayu. Mereka tak lokek dan berkira sangat pasal charges. Bila mereka tahu aku datang daripada jauh, merekalah yang ajar aku macamana nak naik LRT. Bila mereka tengok anak2 aku dah besar2, mereka beri katil ekstra tanpa charge. Mereka juga tak charge bila aku mintak extend check out ke pukul 3. Mereka juga sanggup keluar ke tempat hujan semata2 nak tunjuk arah jalan kepadaku. Dengan itu, aku pasti akan kembali ke Vistana. Walaupun hotelnya dah lama dan kolam renangnya kecik aje, aku suka dengan suasananya. Lepas ni boleh naik LRT ke KLCC dan Midvalley pulak.

5 ulasan:

  1. Hehehe..rajin memasak bila bini outstation.Cayalah !..Kalau aku bro, memang aku tapau aja makanan.:)

    BalasPadam
  2. Ikut moodlah.
    Kalau rajin nak mengemas, masaklah apa2 yg ada.
    Kalau malas, ke kedai jugaklah jawabnya...

    BalasPadam
  3. baik punye testimoni ni dr zul!

    caye tak, GB yg dok kt sini pun tak penah masuk planetarium negara. wuwuwu~

    BalasPadam
  4. Planetarium Negara tu untuk budak2 sekolahlah.
    Yang dah dewasa ni, baik pergi tempat lain.
    Sogo ke, kedai2 kain kat Jln TAR lagi best...

    Saya pergi Tugu Negara pun sebab budak2.
    Kat sana penuh dengan warga asing.
    Orang Malaysia langsung tak nampak.

    BalasPadam
  5. kihkihkihhh.....

    boleh saya tiru alasan 'penyamun' itu???!
    :)

    BalasPadam