Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

23 November 2010

Aku dan Hospital Swasta Pulak Yang Kena

Kementerian teliti caj tidak munasabah hospital swasta

KUALA LUMPUR: Sebilangan hospital swasta dikesan memberi ubat serta produk kesihatan tambahan yang kadang-kala tidak diperlukan pesakit dan harga yang dikenakan pula terlalu tinggi. Ini adalah antara perkara yang diteliti Kementerian Kesihatan dalam kajian semula terhadap kos perubatan di hospital swasta yang dikatakan melampau dan tidak munasabah.


Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata kementerian akan memastikan ubat yang diberi kepada pesakit lebih tepat dan mempunyai kaitan terus dengan penyakit yang dihidapi.
Kita akan lihat dari segi ubat-ubatan yang diguna dan diberikan kepada pesakit. Ada kalanya harga yang dikenakan terlalu tinggi dan kadang-kadang mereka diberi ubat yang tidak perlu, katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Pusat Perubatan iHEAL di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas pendedahan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) mengenai kegagalan ramai individu menjelaskan hutang kad kredit dan pinjaman bank yang digunakan untuk membiayai kos perubatan hospital swasta yang terlalu tinggi.

Berita Harian kelmarin memetik Ketua Eksekutif AKPK, Mohamed Akwal Sultan, sebagai berkata sehingga Oktober lalu 26 peratus kegagalan pembayaran balik pinjaman bank atau kad kredit yang dirujuk kepada agensi itu membabitkan perbelanjaan perubatan yang tinggi.

Liow berkata, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Ismail Merican, sudah diarah mengadakan segera perbincangan menyeluruh dengan semua pemilik hospital swasta negara ini berhubung kos perubatan yang dikatakan terlalu tinggi. Beliau berkata, kerajaan memandang serius perkara itu dan kajian semula yang dilakukan turut membabitkan yuran doktor serta perubatan hospital swasta bagi memastikan ia lebih efisien dan munasabah. Kita jangkakan kajian mengenai yuran doktor itu akan disiapkan menjelang akhir tahun ini, manakala kajian ke atas yuran perubatan hospital swasta sedang dilaksanakan, katanya. Liow berkata, peningkatan kos perubatan berlaku pada kadar 12 peratus setiap tahun dan kebanyakannya disumbangkan oleh faktor penjagaan pesakit di dalam wad.

Oleh kerana itu kerajaan menggalakkan rakyat mengambil serius langkah penjagaan kesihatan dengan memberi tumpuan kepada aspek pencegahan. Lebih banyak pengetahuan kesihatan yang kita peroleh, lebih banyak penyakit yang boleh dicegah sekali gus mengurangkan kos perubatan, katanya. Liow juga berkata, dalam Rancangan Malaysia Ke-10 sejumlah peruntukan disediakan untuk membina enam pusat penjagaan harian khusus untuk menjaga pesakit di waktu siang dalam beberapa bidang perubatan.

Pusat ini boleh membantu mengurangkan kos perubatan di hospital kerana biaya yang perlu dikeluarkan untuk tujuan ini sangat tinggi. Dengan adanya pusat ini, ia banyak membantu meringankan beban pesakit dan keluarga mereka, katanya. Beliau berkata, sehingga kini kementerian menerima 51 permohonan untuk membuka pusat seumpama itu di seluruh negara, manakala 31 pusat sudah memulakan operasi membabitkan kepakaran dalam bidang optalmologi, perbidanan dan sakit puan, endoskopi, pembedahan plastik, radioterapi dan onkologi, radiologi, perubatan sukan dan pergigian.

Semua pusat ini tertakluk di bawah Peraturan Perkhidmatan dan Kemudahan Kesihatan Swasta 2006 dan pesakit perlu segera dihantar ke hospital jika berlaku kes kecemasan yang memerlukan pengawasan rapi doktor, katanya.

Caj rawatan tidak munasabah

KUALA LUMPUR: Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) menerima purata 50 aduan setiap bulan daripada orang ramai berhubung kos rawatan yang tinggi dan tidak munasabah dikenakan hospital swasta. Setiausaha Agungnya, Muhamad Sha'ani Abdullah, berkata pihaknya merumuskan kos rawatan oleh pusat perubatan swasta ditetapkan Majlis Perubatan Malaysia, masih dianggap tinggi oleh orang ramai. Kerajaan perlu mengawal kos perubatan hospital swasta kerana orang ramai masih belum mampu menampung kos tinggi, terutama bagi rawatan kecemasan.

Ada kes di mana pengguna mendapatkan rawatan menggunakan insurans kesihatan, tetapi dimaklumkan hospital swasta ketika rawatan bahawa insurans miliknya masih tak mampu menampung kos rawatan. Justeru, pengguna terpaksa mengeluarkan duit sendiri menampung kos rawatan, katanya.

Beliau mengulas laporan akhbar ini semalam, penggunaan kad kredit atau pinjaman bank untuk membayar kos perubatan yang tinggi di hospital swasta kini menjadi punca utama kegagalan pembayaran balik pinjaman bank dan kad kredit oleh individu.

Muhamad Sha'ani berpendapat hutang perbelanjaan perubatan yang tinggi khususnya di kalangan pemegang kad kredit adalah berpunca daripada kos sara hidup yang semakin meningkat. Katanya, sepanjang tahun lalu, daripada 2,700 kes berkaitan penggunaan kad kredit yang dirujuk kepada FOMCA, kira-kira 30 peratus membabitkan perkhidmatan berkaitan kesihatan. Dalam semua kes, kebanyakan individu mendapatkan rawatan di hospital swasta selepas kecewa atau persepsi mereka berhubung perkhidmatan di hospital kerajaan.

Ini menyebabkan kebanyakan mereka menanggung bebanan hutang kad kredit antara RM5,000 hingga RM12,000 semata-mata untuk membiayai bil perubatan dan rawatan untuk diri sendiri atau keluarga mereka di hospital swasta, katanya.

Sumber Berita Harian.



1 ulasan:

  1. dah beberapa org client saya yg ade kes mula2 ke GH tp layanan tidak spt diharapkan, diagnosis kurang tepat & perlu tunggu giliran utk pembedahan (kdg2 byk kali bertukar tarikh disebabkan ade kes yg lbh kritikal)..akhirnya mereka gunakan kad perubatan di hosp swasta..

    masalahnya, ade sstgah client yg tidak mempunyai budget yg besar utk takaful maka mendapat kad perubatan dgn plan yg min atau 2nd min..maka kos rawatan yg melebihi kelayakan tahunan perlu ditambah oleh pihak client..sy sbg agen telah menjalankan tggungjawab utk mbantu setakat yg mampu..

    BalasPadam