Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

22 November 2010

Aku dan kawan lama: Neil Amri


Anak kesayangan Dr Neil; Sofea, 11 bulan,






Syafiq ( 11 tahun ) dan Asraf ( 6 tahun ).



Dr Neil dan famili akhirnya sampai juga ke rumahku. Janjinya tengahari tapi maghrib jugak sampainya. Percutiannya terganggu kerana bapaknya kena ke Unit Kecemasan seterusnya masuk wad kerana sakit dalam perut. Percutian 3 hari 2 malam terpaksa dipendekkan. Apa2pun Neil dah bawak familinya ke rumahku. Lepas ni giliranku pulak menyerbu rumahnya di Alor Setar. Lepas Alor Setar, ke Langkawilah jawabnya. Bila agaknya ye?

Aku, Dr Neil dan Dr Ezanee punya ahli keluarga yang sama. 2 anak lelaki dan seorang anak perempuan. Macam dah janji gitu. Cuma Ezanee anak sulungnya perempuan manakala Neil anak bungsunya perempuan. Aku 'selang bunga' kalau ikut istilah orang2 kampung.

Budak2 lelaki kalau jumpa hanya 2 benda yang menarik minat mereka. Facebook dan game PS2. Makan minum tolak tepi bila dah jumpa regu mereka. Lepas rumah aku, aku hantar Neil ke rumah Ezanee. Lepas tu aku hantar dia check in kat Hotel Sayang disebelah TESCO. Kalau wife aku takda exam, nak aje aku ajak bermalam kat rumahku. Anakku dan anak dia macam tak puas bermain. Tapi dah jadi friend dalam Facebook kira OKlah tu.

InsyaAllah, panjang umur berjumpa lagi.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan