Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

18 November 2010

Aku dan Ini Kisah Bapakku


Bapakku dah berusia 71 tahun. Rasanya daripada muda sampai sekarang dia memang tak berhenti bekerja. Kerja berat. Kerja2 kampung dan yang terakhir memikul mesin rumput dan memotong rumput. Dengan hasil titik peluhnya itu, dia membesarkan anak2nya. Bapakku tak berpelajaran tinggi. Dan tanpa pelajaran, dia terpaksa memerah keringat untuk mencari penghidupan.

Sejak awal tahun ini, bapakku mula sakit2. 2 minggu yang lalu dia langsung tak boleh bergerak. Semua sendi2nya sakit dan bengkak. Macam2 ubat penahan sakit aku beri tapi tak mujarab. Bila aku nekad beri Prednisolone, barulah nampak ada perubahan sedikit. Beberapa kali aku bercadang nak bawak dia ke klinik pakar tetapi aku tak sampai hati nak bawak dia ke sana- sini. Semakin banyak dia bergerak, semakin bengkak sendi2nya dan semakin sakit sendi2nya terutama disebelah malam. Yang aku kasihan bukan bapakku tapi emakku yang terpaksa menjaganya.

Minggu lepas aku buat ujian darah ke atas bapakku. Seperti dijangka, Rheumatoid Arthritis adalah penyebabnya. Sebab tu dia memberi tindakbalas yang positif dengan steroid. Aku tak tahu sampai bila dia akan bergantung dengan ubat itu. Aku tak jangka dia akan sembuh. Yang penting dia boleh pergi ke bilik air, boleh bersembahyang dan tidak perlu bergantung sepenuhnya kat emakku.


Aku takda kawan2 baik yang pakar di bidang Rheumatology tetapi Dr Pagal tu junior aku masa kat HSAJB dulu. Sekarang ini dia praktis di Hospital Columbia Asia di Nusajaya. Dia akan beri ceramah mengenai RA di Paragon Hotel bulan depan. Ini peluang baik untuk minta nasihat. Aku tak nak bapak aku dapat komplikasi sebab terlebih makan steroid.

Aku sayangkan bapakku. Aku juga sayangkan emakku. Bila bapak sakit, emakku yang keletihan dan mula sakit2 badan. Dan demi anak2, emak cuba sembunyikan kesakitan dan keletihannya. Kesibukanku bekerja menyebabkan aku jarang dapat balik kampung tetapi sekurang2nya selang sehari aku mesti telefon emakku. Walaupun setiap kali telefon, emak mesti cakap bapak tak apa2, bapak dah OK tapi aku tahu emak dah keletihan melayan karenah bapak yang terlalu bergantung kepada emak.

Semoga masih ada jalan untuk aku membantu kedua2nya. InsyaAllah.

6 ulasan:

  1. Bro, Dr Pagal tu dulu my specialist zaman zaman saya HO kat HSAJB.

    The best place for RA/SLE (autoimmune diseases) is Selayang Hosp. My lil sis having SLE. Ramai rheumatologist yg bagus di Selayang. But due to your location, HSAJB is the best, nearest option.

    BalasPadam
  2. ada kawan kita yg sakit RA..muda lg.kwn sy tu perempuan, kat blog dia slalu dia cite ambik darah semua. lawa budaknya..dah nk kne,nk wat mcmane..

    BalasPadam
  3. Saya nak bawak bapak ke JB emak dah merungut. Apatahlagi kalau ke Selayang.
    Terima kasih atas cadangan.
    Kalau bapak dah boleh jalan sendiri,
    akan difikirkan alternatif ini.

    p.s Saya bengang betul kat kawan bapak.
    Disuruhnya bapak saya beli jus manggis dia.
    Kata boleh baik. 120 ringgit utk 3 botol.
    Bapak saya beli pulak tu.

    BalasPadam
  4. Kalau orang muda kena RA, memang teruk komplikasinya. Tapi orang melayu jarang kena sakit2 camni. Sebab tu ramai yg pergi jumpa bomoh dulu. Dah teruk baru pergi hospital.

    BalasPadam
  5. semoga kedua-duanya kembali sihat.. aminnn

    BalasPadam
  6. h4ni3,
    Terima kasih kerana tolong mendoakan.
    Aminnn..

    BalasPadam