Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

21 November 2010

Aku dan Wife Naik Pangkat


Semalam adalah hari terakhir wife mengajar di sekolah lamanya. Mulai 1 Disember, wife akan berpindah ke Pejabat Pelajaran Daerah. Dah tak jadi cikgu lagi dah. Dah tak payah pening2 mengajar budak2. Lepas ni kena pantau kerja2 cikgu2 pulak dah. Dah kena panggil Puan kalau pergi ke sekolah2. Gurubesar pun dah kena hormat kat dia.


Bila anak2 muridnya tahu wife nak pindah, ramailah yang beri hadiah sebagai kenangan perpisahan. Macam2 hadiah yang dapat. Kasut tumit tinggi saiz 7 pun ada. Mungkin ini kali terakhir dapat hadiah daripada anak2 murid. Lepas ni dah takda lagi dah. Anak2 murid dah takda. Hari Guru pun dah tak semeriah dulu rasanya.


Apa2pun, aku ikutkan sahaja. Kerja kat mana2pun sama aje. Gajinya pun tang tu jugak walaupun jawatan tinggi sikit. Lepas ni wife kerja ikut waktu pejabat. Takda lagi cuti2 panjang. Takda lagi kelas2 ganti. Takda lagi kelas2 tambahan.


Semoga wife lebih tenang dan gembira bekerja di tempat baru.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan