Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

06 November 2010

Aku di Planetarium Negara



Dah beberapa kali anak2 memujuk aku nak ke Planetarium Negara.
Aku langsung tak berminat sebab padaku,
penerokaan angkasa adalah sesuatu yang sia2.
Pemergian angkasawan negara yang pertama padaku
lebih kepada membuang masa dan wang berjuta.



Hari ini aku ikutkan kemahuan anak2ku.
Penat kena berjalan dan mendaki tangga.
Kenapalah kena jalan jauh sangat?
Namun bila diberitahu tiket cuma seringgit seorang,
hilang rasa penatku.
Itupun ada cikgu2 pengiring budak2 sekolah yang mintak diskaun.
Seringgit pun nak kira jugak ke?



Banyak yang boleh dipelajari di sini.
Sekarang baru aku tak confused tentang kejadian gerhana bulan dan matahari.



Ini bilik anti-graviti.
Tak terapung pun tapi perasaan terapung ada bila masuk ke dalamnya.



Ini signboard ke bilik air lelaki.
Yang ke bilik air pompuan aku tak berani nak ambik.
Kang kena tangkap dengan pak guard pulak.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan