Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

21 November 2010

Aku ke Jaya Jusco Taman U



Malam minggu aku ke tempat favorite aku, Jaya Jusco Taman Universiti.
Hari ini bermula Year End Sale di seluruh negara termasuklah di Jaya Jusco.
Macam2 barang aku beli.
Tapi setiap hari Sabtu, rupa2nya Jusco tak beri beg plastik. Kena bawak beg sendiri.
Katanya dah 2 bulan camtu. Aku aje yang tak tahu.
Jadi beli barang semua campak dalam troli aje.
Tapi kalau belanja lebih RM200, dapat beg percuma.
Kalau beli barang dapur lepas tu balik naik motorsikal memang parahlah.
Kena beli beg plastik kat kaunter. RM2 sahaja.
Aku jumpa ramai Pak Arab dan Mat Afrika semalam.
Mungkin student kat UTM gamaknya.
Restoran Tomyam masih tak bukak lagi.
Dah rindu kat Tomyam Campur dan Ikan Bakar.
Jadi, ke Johnny's lah jawabnya.
Masa balik ada polis buat roadblock kat jalan utama selepas UTM.
Jem lebih 3km sebab polis tutup jalan 3 lorong jadi satu lorong.
Bukannya dia tahan sapa2 pun. Sengaja nak beri orang marah agaknya.
Bila aku lalu, semua polis tengah sibuk bersembang sesama sendiri.
Minggu lepas pun sama jugak.
Mereka buat roadblocked kat jalan besar JB-Ayer Hitam depan pencawang UTM.
Jem teruk jugak dan polisnya tak checked apa2pun.
Banyak kereta, bas dan lori potong queue sebelah kiri.
Panas aje hati.

1 ulasan:

  1. OH baru tau kene bawak beg sendiri ari sabtu.. nasib baik,,

    BalasPadam