Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

11 November 2010

Aku Kehilangan Makcikku



Aku ada seorang makcik. Dia adik-beradik berlainan bapa dengan emak aku. Umur dia baru 67 tahun. Aku sekeluarga pernah menumpang hidup dirumahnya selama 5 tahun sebelum aku sekeluarga berpindah ke rumah kuarters. Pahit manis menumpang hidup di rumah sedara pernah aku ceritakan sebelum ini.

Makcik aku pernah kena stroke dan mati sebelah badan semenjak 10 tahun yang lepas. Dia juga ada kencing manis dan darah tinggi dan rasanya dia lebih banyak minum air2 jampi banding makan ubat2an hospital. Aku pernah check dia sekali sekala dan setiap kali aku check, paras gula dan darah tingginya memang failed punya. Anak2nya ramai. 6 orang semuanya. Aku cuma suruh dia datang klinik aku setiap bulan dan aku boleh beri ubat free tapi anak2nya semua sibuk dengan urusan masing2. Aku dah tak larat nak menasihatkan macam2 kerana mereka lebih tua daripada aku.

Hari Ahad yang lepas, makcik aku dimasukkan ke wad kerana dah beberapa hari tak nak makan. Petang semalam beliau dibenarkan pulang ke rumah. Walaupun kata anak2nya keadaan beliau masih macam tu jugak, doktor tetap mengarahkan beliau balik ke rumah.

Pagi tadi salah seorang anaknya menelefonku. Makcik sesak nafas di rumah. Aku tak dapat nak menolong apa2 jadi aku suruh dia panggil ambulan datang ke rumah. Selang 2 jam aku telefon semula. Makcik aku dah berada di unit kecemasan hospital.

Bila aku tiba di sana, aku lihat keadaan makcikku agak tenat. O2 saturation cuma 90% dengan bantuan O2. Portable Chest x-ray menunjukkan ciri2 Aspiration Pneumonia. Aku tak menyalahkan siapa2 dan aku tak mengharapkan sebarang miracle. Aku tak jangka makcik aku dapat bertahan lama dan itulah yang aku beritahu kat anak2nya.

Pukul 2.30 petang, makcik aku pergi untuk selama2nya. Aku tak terkilan apa2 kerana aku sempat menatap wajahnya sejam sebelum dia pergi. Aku tak berhutang apa2 dengan dia dan aku redha dan halalkan segala2nya.

Waktu maghrib hari ini, aku menemaninya hingga ke liang lahad. Semoga rohnya di cucuri Rahmat. Al-fatihah.

1 ulasan: