Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2010

Aku dan Ikan Bakar Sekinchan

Hari ini aku try resepi baru.
Teringin nak makan Ikan Bakar Sekinchan yang mahal tu.
Aku dapat cari resepinya kat internet.
Banyak variasi.
Jadi aku ubahsuai ikut selera aku.
Nak cuba?



1. Ikan kembung segar dibelah dua dan bakar atas daun pisang.
Tutup dengan sesuatu supaya cepat masak.



2. Kisar Cili kering, bawang putih, bawang merah, halia, lengkuas dan belacan.
3. Tumis hingga garing.
4. Tambahkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa.
5. Tutup api bila kuah jadi agak pekat.





6. Siramkan kuah ke atas ikan, perahkan limau dan makan semasa panas.
7. Ikan kembung boleh diganti dengan ikan2 lain seperti cencaru, pari, siakap dan jenahak.
8. Kalau sedap, lain kali boleh bakar lagi.
Tak perlu susah2 nak pergi ke Sekinchan.


Aku Gila Kalender

1. Lekat kat dinding



2. Lekat kat pintu



3. Letak atas meja



4. letak atas akuarium



5. Letak atas modem Wifi




Aku dan Persiapan Naik Sekolah

Urusan pakaian sekolah, kasut, alat tulis, buku2 dan yuran semua wife aku boleh uruskan tetapi hal fesyen rambut dan hantar ke kedai gunting rambut, mati hidup balik mereka takkan pergi dengan emak mereka. Mereka nak jugak aku yang hantarkan. Sebabnya?

Hanya bapaknya yang tahu fesyen rambut anak2nya dan hanya bapaknya yang boleh supervised mamat2 warga India yang tak berapa fasih cakap melayu tu untuk potong macamana. Kalau pendek sangat, nanti merajuk bila sampai rumah. Kalau panjang sangat, nanti emaknya pulak yang marah2. Jadi kena adil. Tak boleh biar panjang sangat dan tak boleh pendek sangat. Kang ada yang segan tak nak ke sekolah pulak.

Kedai gunting ni memang favorite spot aku. Cuma tukang gunting yang biasa denganku bercuti sebulan balik kampung. Pening jugak nak cakap dengan mereka. Semua tukang gunting adalah diimport daripada India. Tak kira hari apa pun, kedai mesti bukak punya sebab mereka makan tidur di situ juga. Bayaran dikenakan adalah berpatutan dan servis mereka b…

Aku Tak Boleh Nak Cuti

TERKINI! SETELAH MENIMBANGKAN SEGALA CADANGAN, ULASAN, RAYUAN DAN JUGA MENGAMBILKIRA FAKTOR2 EKONOMI, SOSIOLOGI, GEOGRAFI DAN SEBAGAINYA, OFIS AKAN DITUTUP PADA JUMAAT, SABTU DAN AHAD. OFIS AKAN DIBUKA SEMULA TAHUN DEPAN. TERIMA KASIH.


Penyokong kita...



Pasukan kita...


Hero kita...
Najib declares Friday a holiday KUALA LUMPUR: Tomorrow has been de-clared a public holiday to celebrate Malay-sia’s first ever victory in the Asean Football Federation (AFF) Suzuki Cup championship. The Prime Minister made the announcement last night. Datuk Seri Najib Tun Razak also congratulated the Malaysian football team for making the country proud.
“Well done, Malaysian Tigers! You played well as a team and have made your country very proud. Congratulations!” Najib wrote in his Twitter yesterday.
Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin also praised the team, saying: “The victory proves that nothing is impossible if we truly want to win.”
MCA president Datuk Seri Dr Chua Soi Lek said the …

Aku dan Tips Mengurangkan Stress

Tip Kesihatan ni aku jumpa dalam diari lama aku. Aku tak tahu professor mana yang beri ni tapi ianya bagus dan boleh dipraktikkan. Tapi tak semualah. Ikut kesesuaian masing2.

Kalau hidup selalu tertekan:

1. Jangan minum kopi, Nescafe atau Tongkat Ali 5 dalam 1 banyak2. Nanti tak boleh tidur malam.

2.Mandi air suam? Yang ni aku tak pernah cuba kerana aku tak suka mandi air hangat atau panas. Walau sesejuk macamanapun, aku tetap pilih air paip jugak.

3.Kurangkan gula dalam minuman dan makanan.

4.Luahkan perasaan dengan menulis surat atau blog. Tapi jangan beri orang lain baca. Simpan atau delete.

5.Banyakkan senyuman dan sentiasa ingat kenangan2 manis. Semak entri blog yang lama2 dan tengok gambar2 masa pergi bercuti dulu.

6.Tumpukan perhatian pada pekerjaan? Mana boleh? Kalau dah tension, tutup kedai dan balik rumahlah.

7.Menangis memang boleh meredakan ketegangan. Aku sokong. Tapi janganlah tunjuk kat orangramai masa menangis. Hilang kejantanan korang.

8. Luangkan sedikit masa untuk …

Aku dan Azam 2011

Upgrade ke ACR 50.
Daripada 'mata sepet' ke 'mata ninja'.
Kita mula dengan berangan2 dulu.
Lepas tu tanamkan azam.
Capai ke tidak lain cerita...


Aku dan Cerita Diari Lama

Ini entri aku tulis pada 9 Disember 1995 bila pasukan bola sepak Malaysia kalah teruk di Sukan SEA Chiang Mai, Thailand. Semoga aku tak perlu menulis kembali hal2 negatif pasal pasukan Malaysia di masa akan datang.



Semoga Malaysia menang lagi malam ini. Malaysia Boleh!


Aku dan Diari Lama

Ini buku diari lamaku. Yang ke tiga rasanya selepas 2 lagi buku dah penuh. Masa ni aku di Tahun ke 4 Medik UM. Sekitar 1995 iaitu kira2 15 tahun yang lalu. Bila baca balik, rasa benda2 yang aku alami tu baru aje berlalu. Syahdu beb...





Bermula 1995 hingga aku jadi Houseman di Hospital Muar.
Bila aku pindah ke Johor Bahru, aku berhenti tulis diari.



Tiket bas SKS KL-Seremban pun aku masih simpan.
Sekarang tak tahulah berapa harga tiketnya.



Tiket wayang pun ada. No 118 itu bermakna kali ke 118 aku pergi tengok wayang sepanjang 7 tahun aku di Kuala Lumpur. Masa tu tiket kelas satu baru RM4.50. Masuk panggung tengok midnight pukul 11 malam dan balik ke kampus pukul 2 pagi. Apa aku kisah, aku bukan bawak awek pun. Semuanya kawan lelaki. Jemie, Ezanee, Fatahul, Neil, Tengku, Jeri dan Man Cina. Mana semuanya pergi sekarang agaknya ye?



Ini tiket bas nak balik JB. Paling best memang Ekspres Nasionallah sebab basnya baru2, air condnya sejuk dan selalunya ada tayang movie sepanjang jalan. Ceri…

Aku dan Police Brutality?

Nak percaya ke tidak? Ada duit cash 13 ribu tapi tak mampu nak bayar road tax? Pukul 11 malam pun berani bawak cash 13 ribu? Kerja buat frame gambar aje tapi duduk kat Tropicana? Kalau aku jadi polis pun, aku nak tahu jugak apa kejadahnya bawak duit banyak2 malam2 buta begitu? Rasanya mamat ni pun tak pandai sangat cakap Melayu. Aku tak tengok warna kulit tapi sebagai rakyat Malaysia, hormatilah undang2 negara sendiri. Duit banyak pun, road tax tu bayarlah...

p.s Aku masih yakin dengan polis kita.
Assaulted trader wants justiceBy WONG PEK MEI and STEVEN CHIEW
newsdesk@thestar.com.myKUALA LUMPUR: Businessman Chia Buang Hing, who recently alleged that he had been assaulted by police after being stopped for not having a valid road tax, says he does not harbour any ill-feeling towards the officers. However, he said, justice must be done. “I would rather die than be defamed,” said Chia, who broke down yesterday when saying that his reputation and business had suffered from the alleged po…

Aku, MCO dan Private Specialists

Dalam perubatan, 1+1 tak semestinya 2. Itulah nasihat seorang professor masa aku student dulu yang aku pegang sampai sekarang. Setiap pesakit adalah unik dan perawatan serta proses penyembuhan adalah berbeza antara satu sama lain. Aku tak nafikan bahawa ada sesetengah hospital yang buat ujian2 tak perlu kepada seseorang pesakit tetapi kadang2 susah nak menyakinkan pesakit terutamanya yang hypochondriac.

Bila seorang lelaki berumur 30 tahun datang mengadu sakit dada dan takut dia mungkin sakit jantung, apa yang perlu dibuat? Setelah mengambil sejarah dia, anda pasti ianya adalah sakit2 biasa sahaja tetapi kadang2 anda susah nak menghilangkan kerisauan dia. Kalau kita tak buat ECG kat dia, dia takkan rasa senang hati dan pasti akan ke klinik lain untuk buat ECG untuk menyedapkan hatinya. Mungkin ada doktor lain yang lebih berpengalaman merasakan dia perlu buat Stress Test dan complete blood test untuk pengesahan. Manalah kita tahu kan? Adakalanya dia masih tak puashati dan meminta di…

Aku dan Saman Trafik

Anda memandu kenderaan?
Anda dah check berapa banyak saman tertunggak anda?
Masuk kali ini dah banyak kali kerajaan buat Cheap Sale Mega.
Mari! Mari! Mari! Bayar saman anda!
Ada diskaun 50 %.
Cepat! Cepat! Cepat!

Apa tujuan sebenarnya?
Nak cari dana untuk menyara perbelanjaan kerajaan?
Nak cari dana untuk pilihanraya umum yang bakal menjelang?
Atau nak mendidik masyarakat?
Atau nak tunjuk bahawa kerajaan kita prihatin dengan kesusahan kita?
Apa jadi dengan kempen pemanduan berhemah?
Bagaimana nak turunkan kadar kemalangan kalau kita boleh memandu sesuka hati?
Apa susah, kalau kena saman pun boleh tunggu waktu Cheap Sale Mega?

Dah lebih 15 tahun aku memandu.
Aku tak pernah kena saman.
Pemandu berhemah gitu.
Tapi wife tak bernasib baik.
Tengok saman yang aku check kat rilek
Pukul 8.12 pagi polis dah buat speed trap.
Hari Sabtu lak tu.
Itu bukan ke nak cari duit tu?
Masa tu wife ada exam di OUM Stulang.
Tu yang terlaju tu...
Selalunya wife aku bising kalau aku bawak laju sikit.
Tapi laju2 pun, aku tak pernah ken…

Aku dan Persiapan Naik Sekolah

Lagi seminggu sessi persekolahan baru akan bermula. Bagaimana dengan persiapan anak2 anda? Baju sekolah, beg sekolah, alat tulis, kasut, buku2, yuran2 dan yang penting sekali bagaimana dengan anak2 anda sendiri? Dah bersedia ke nak ke sekolah semula? Yang bersunat dah baik ke belum?

Tahun depan anak2 aku akan naik ke darjah 4, darjah 5 dan tingkatan 2. Segala persiapan emak mereka yang uruskan. Aku cuma keluar duit aje. Segala2nya mahal. Walaupun kerajaan kata free education, senarai yuran yang kena bayar pun masih panjang berjela. Contohnya di sekolah agama. Ada yuran khairat, yuran pusat sumber, yuran kokurikulum, yuran keceriaan, yuran badan kebajikan dan yuran motivasi. Nilainya memang tak banyak tapi aku tak nampak ke mana pergi duitnya. Sekolah agama mana ada perpustakaan? Mana ada aktiviti kokurikulum? Kalau nak buat aktiviti seperti majlis Maulidur Rasul, kutip yuran lagi. Nak buat majlis Sambutan Hari Raya, kutip yuran lagi. Tapi aku malas nak berkira sangat dah. Kira derma …

Aku dan Kisah Kasut Sekolah

Malam tadi ada Cerekarama 'Kasut' di TV3. Memang kena dengan masanya bila budak2 sekolah sedang sibuk membuat persiapan untuk kembali ke sekolah minggu depan. Cerita pasal kasut ni bukan pertama kali aku tengok. Ada satu filem daripada negara Iran " Children of Heaven" yang juga bercerita pasal kasut sekolah. Filem itu kemudian dibuat semula oleh Jack Neo yang famous tu daripada Singapura tetapi ditukar tajuknya menjadi "Homerun". Baca di sini untuk kisah selanjutnya. Memang tragis bila sepasang kasut dikongsi 2 beradik. Kasutnya pun dah buruk sangat dah. Dah layak dibakul sampahkan. Tapi disebabkan kemiskinan, ianya tetap dipakai jugak.



Anak2 sekarang sangat beruntung. Setiap kali awal tahun nak naik sekolah, masing2 dapat dua pasang kasut baru. Kasut jenama biasa2 yang murah2 dan boleh dapat di kedai Bata atau kedai apek sebelah pasar mereka tak nak. Nak beli kat kedai besar2. Nak jenis Converse atau Everlast dengan tapak merah. Sepasang dah seratus lebih.…

Aku dan Apa Ada Di Anugerah Skrin 2010

Aku tak tengok sangat program2 sampai2 hadiah ni.
Bosan.
Kalau dulu,
aku teruja jugak nak tengok artis2 yang seksi2 ni.
Bila testosterone level dah mula turun ni,
naik meluat pulak tengok.
Apa agaknya perasaan mereka pakai seksi2 ni?
Tak tahu malu ke?
Kalau gatal nak berlaki pun,
tak payahlah tunjuk2 depan tv sana.
Seganlah sikit dengan budak2 dan anak2.
Menteri pun tak heran daa... Rais tegur artis berpakaian seksi KUALA LUMPUR 25 Dis. - Kumpulan Media Prima Berhad perlu membuat penilaian semula berhubung etika berpakaian dalam majlis anugerah anjurannya berikutan kekecewaan beberapa pihak mengenai artis wanita berpakaian tidak sopan dan seksi pada Majlis Anugerah Skrin TV3 2010, semalam. Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, ini kerana anugerah tersebut bertujuan memberi penghargaan kepada filem, drama dan pelakon terbaik.
"Saya sebagai Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan malam tadi hanya beri fokus kepada mutu filem …

Aku Sokong Harimau Malaya

Jumpa esok malam depan tv ya...
Aku rasa Malaysia boleh menang 2-1.





Reaching AFF Cup Final A Turning Point For Malaysian Football - Najib
KUALA LUMPUR, Dec 19 (Bernama) -- Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak today described Malaysia's ability to reach the final of the 2010 AFF Suzuki Cup as a turning point in the history of Malaysian football.

The Prime Minister who was among 5,000 odd football fans who watched Malaysia hold Vietnam 0-0 in their second leg semifinal at the My Dinh Stadium in Hanoi, Vietnam, through a 'big screen' live broadcast by Astro Supersport at Bukit Bintang here said it was also a revival of football in the country. The 0-0 draw saw Malaysia advance to the final on a 2-0 aggregate, courtesy of a 2-0 win in the first leg semifinal, at the National Stadium in Bukit Jalil on Wednesday.

"Although Malaysia did not score any goals tonight, it is not important because what is important is that it provided a turning point in the history …

Beruangku Dah Beranak

Hari cuti.
Tengah kira2 yuran, buku dan kelengkapan sekolah anak2.
Ribu2 jugak kosnya.
Teringat pulak kat beruangku.
Dah hampir setahun aku tak check perut dia.
Hari ini aku buat pengiraan.
Lepas juga duit beli pensil, pemadam, pengorek, pembaris dan pensil kaler...
Selamat bercuti. Selamat bershopping.
Nak ke IOI Mall cari keperluan sekolah.




Aku dan Kenangan Sepanjang 2010

2010 kian hampir ke penghujungnya. Bila aku belek2 balik entri blog aku sepanjang tahun ini, rasanya lebih banyak yang manis berbanding yang pahit. Alhamdulilah. Tetapi aku banyak tulis yang manis2 sebenarnya. Yang sedih2, yang pahit2, yang tak best aku jarang tulis dalam blog ini. Aku tulis dalam blog aku yang lagi satu.

Yang paling penting, Allah masih mengekalkan kesihatan dan kesenangan kepadaku sekeluarga. Yang lain2 hanyalah sampingan dan markah bonus sahaja. Walaupun aku selalu tutup kedai kerana malas nak cari locum, pendapatan klinik aku tetap mencapai target. Memang dah statik pun sejak 2-3 tahun yang lepas kerana waktu kerja aku dah makin pendek. Padaku, buat apa kerja penat2 kalau badan selalu sakit2 dan hati tak tenang? Lebih baik hidupku aman dan tenang serta boleh buat apa yang aku suka daripada duduk tension sepanjang hari di klinik. Aku dah lali dengan komplen2 daripada regular patient aku. Lagipun mereka pun dah faham dengan aku. Mereka lebih suka tunggu aku daripa…

Aku dan Darjah Khas

"Merdeka!" Itu luahan hati anak sulungku. Hari ini hari terakhir peperiksaan Darjah Khas. Kepada mereka2 yang di luar negeri Johor pasti tak tahu apa tu Darjah Khas. Ini aku nak cerita sikit.

Rasanya zaman2 dulu hanya kat Johor sahaja murid2 sekolah rendah diwajibkan bersekolah agama. Zaman aku kecik2 dulu, lepas naik darjah 2 sekolah kebangsaan baru boleh mula bersekolah agama. Tetapi sekarang tak lagi. Kalau sebelah pagi sekolah kebangsaan darjah satu, petang terus sekolah agama darjah satu. Cuma kalau tak lulus, tak boleh naik darjah. Itu yang sekolah rendah dah darjah enam, tapi sekolah agama masih sangkut di darjah 3. Mana nak naik darjah kalau Surah Al-Fatihah tak reti baca. Sembahyang pun tunggang-langgang? Disebabkan aku tak pernah sangkut mana2 tahun, masuk Tingkatan Dua aku dah sampai di Darjah Khas. Darjah Khas maksudnya kelas paling tinggi selepas Darjah Enam. Lepas darjah khas boleh memohon sambung belajar di Mesir atau boleh memohon jadi cikgu sekolah agama ka…

Aku Takda Idea Hari Ini

Ada sesiapa yang berani memakai t-shirt ini?



Cuba korang tengok tarikh yang ditulis kat surat rawatan panel ni.

Aku Dah Bosan

Ingatkan tragedi 101010 merupakan tragedi terakhir tahun ini
tetapi rupa2nya masih ada lagi bas persiaran/ekspres terlibat dalam kemalangan.
Kali ini 27 orang mati sekaligus.
Apa nak jadi ni?
Bas 2 tingkat dipandu laju menuruni bukit.
Lagipun,
stabil ke bas 2 tingkat memanjat Cameron Highland?
Aku dah tahu siapa patut dipersalahkan.
Jalan tak boleh disalahkan,
brek tak makan pun tak boleh disalahkan. Nahas paling ngeri
IPOH 20 Dis. – Percutian sekumpulan 35 pelancong warga Thailand ke pusat peranginan Cameron Highlands, Pahang bertukar menjadi tragedi apabila 25 daripada mereka maut manakala 10 lagi parah dalam nahas yang disifatkan terburuk dalam sejarah kemalangan membabitkan bas ekspres di negara ini.

Nahas ngeri kira-kira pukul 11.50 pagi di Kilometer 15, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands itu turut meragut nyawa dua rakyat tempatan iaitu pemandu bas, Omar Shahidan, 48, dan Soontorn Kian, 38, pemandu pelancong berketurunan Siam.

Ketika kejadian, terdapat seramai 37 ora…

Aku dan Senyum Pagi Ahad

Jodoh itu ditangan Tuhan.
Tapi bagaimana nak cerita kat anak2 dan cucu-cicit
bila seorang atuk berumur 74 tahun berkahwin dengan perempuan sebaya dengan umur cucunya? Peliklah dunia sekarang.
Taib marries Middle-Easterner KUCHING: Chief Minister Tan Sri Abdul Taib Mahmud, 74, has found a new love. He married a woman in her early 30s from the Middle East. The wedding ceremony took place last night. The akad nikah was a private affair that started at about 8pm at the chief minister’s residence, Demak Jaya, in Petra Jaya here. It was solemnised by Sarawak Mufti Kipli Yassin and attended by family members, relatives and close friends of the couple. Several members of the state Cabinet were also present.
The town has been abuzz over the wedding of Malaysia’s longest-serving chief minister. However, Taib and his state Cabinet colleagues remained tight-lipped about the union. The public is awaiting an official announcement from family members although the media had gone to town with t…

Aku dan kem PERMATApintar

Semalam adalah hari yang aku tunggu2. Hari berakhirnya kem cuti sekolah PERMATApintar anak bungsuku. Sepanjang 3 minggu yang lalu, dah 4 kali aku berulang-alik daripada Kulai ke Bangi. Jalan2 sekitar Bangi, Kajang dan Putrajaya kira dah expert dah.

Ramai yang terkejut bila aku cakap anak aku ada kat UKM. Tak ramai yang tahu pasal program ini rupanya. Aku pun tak tahu apa yang anak aku belajar kat sana. Tak sempat nak bertanya. Waktu dia seronok, dia langsung tak ingat kita. Tapi bila dia tak seronok, setiap setengah jam dia call wife. Aku dah malas nak melayan dah.

Tahun depan kalau ada peluang, aku belum pasti nak hantar pergi ke tidak. Walaupun semuanya free di sana, duit minyak, duit tol, duit hotel, duit makan, duit telefon, semuanya kena kira jugak. Mana ada free? Tapi demi anak2, aku korbankan juga masa kerja dan hujung minggu aku.

Country’s gifted students to begin school year at new complex


BANGI: Some of the country’s gifted students will begin their new school year at the Na…

Aku dan Fridge Magnet

Kawan wife balik daripada Qatar, dia belikan ini...



Kawan wife balik daripada Bandung, dia belikan ini...



Kawan wife balik daripada Melbourne, pun belikan ini...

Aku cuma sampai Melaka aje dan belikan ini...



Sedih...
Bilalah giliran aku nak ke luar negara?


Aku dan Koleksi Terbaru

Aku dan Amniotic Fluid Embolism

Menangani Amniotic Fluid Embolism(AFE) adalah satu pengalaman ngeri yang seboleh2nya cuba dielakkan oleh doktor2 profesional sepertiku. Ianya sangat jarang berlaku, tidak diketahui puncanya dan kematian mengejut adalah dijangkakan. Sepanjang perjalanan kehidupanku sebagai doktor, aku tak pernah menghadapinya. Alhamdulilah.

Diceritakan kepadaku, kes2 AFE memang pelik dan musykil. Pesakit yang telah bersalin normal tanpa apa2 tanda dan petanda tiba2 menjadi sesak nafas, gelisah dan kadang2 terus berhenti bernafas. Tekanan darah turun mendadak dan kadang2 berlaku pendarahan yang banyak. Kebanyakan kes2 AFE berakhir dengan kematian kerana penyakit ini jarang2 berlaku dan sebab2nya masih tidak diketahui.

Dipercayai bahawa faktor usia ibu boleh menjadi penyebab. Dipercayai juga bahawa semasa proses kelahiran, sebahagian tisu bayi berjaya memasuki sistem darah ibu menyebabkan berlaku perubahan mendadak kepada sistem fisiologi ibu seterusnya boleh menyebabkan kematian.

Kematian ibu mengandun…

Aku dan 25 Perkara

Entri ini khas untuk DaddyZiyyad.

Aku membuka banyak rahsia kehidupanku dengan entri ini. Sesiapa yang tak kenal aku, tak payahlah baca entri ini. Ianya membosankan.

1. Aku dilahirkan daripada keluarga miskin. Namun aku tidak pernah menjadikan kemiskinan sebagai satu halangan untuk aku berjaya dalam kehidupan. Jadi, aku benci dengan orang2 yang menggunakan kekurangan dan kemiskinan mereka sebagai alasan untuk meminta2 dan tidak mahu berusaha.

2. Tetapi kerana kemiskinan dan kehidupanku yang serba kekurangan menjadikan aku mempunyai self esteem yang rendah dan segan untuk bergaul dengan rakan2. Walaupun pelajaranku di sekolah rendah dan menengah cemerlang, aku tidak banyak bergaul dengan rakan2 terutama budak2 perempuan.

3. Perasaan rendah diriku berterusan kerana aku kurang mahir berbahasa Inggeris. Sedikit sebanyak ia menyebabkan aku sentiasa tertekan semasa di sekolah berasrama dan Asasi Sains dulu. Aku juga tertekan kerana aku kena pakai cermin mata bermula di tingkatan 4 lagi. T…

Aku dan Menulis Surat Sokongan

Selepas 14 tahun jadi doktor cabuk ni, macam2 jenis manusia aku jumpa. Macam2 jenis permintaan aku kena tunaikan. Antaranya ialah menulis surat2 sokongan. Tak nak kerja sif malam, tak nak kerja dalam air cond, tak nak pergi kursus, tak nak buat OT hujung minggu dan sebagainya. Yang mintak surat supaya dapat parking kereta depan ofis pun ada.

Emak bapak yang mintak surat supaya anak tak payah aktif sukan pun ada. Kena semputlah, allergik dengan rumputlah. Yang mintak surat sokongan supaya anak dapat duduk depan kat kelas pun ada. Anak dah tinggi macam zirafah pun nak mintak duduk depan? Supaya lebih penumpuan katanya.

Ada juga mintak surat laporan perubatan untuk dapatkan pembantu rumah. Emak kat kampung sihat walafiat, disuruhnya tulis dah kena stroke dan kanser ke apa. Biar senang Imigresen nak luluskan permohonan mereka.

Hari ini ada satu Untie ni datang klinik. Dah lebih 5 tahun dia tak datang klinik aku. Pening kepala aku memikirkan permintaannya. Suami dia ada buat part-time ju…

Aku dan Pesakit Hari Ini

Ini sambungan kisah Untie semalam.

Lepas dapat suntikan, Untie tu masuk semula ke wad.
Aku suruh dia makan ubat tidur yang biasa dia ambik jam 9 malam.

Baru sekejap tadi aku call anak dia.
Untie dapat tidur lena malam tadi.
Tekanan darah dah turun.
Sakit kepala dah hilang.
Doktor kata Untie boleh balik rumah hari ini.
Sekian. Habis cerita.

Aku dan Projek Hujung Tahun

Terima kasih keluarga Tam Shafik yang rajin menolong mengemaskan laman dan pokok2 kat rumah aku yang dah jadi seperti hutan simpan. Kalau ada orang kena Denggi kat kawasan rumah aku, pasti mereka datang cari jentik2 kat rumah aku dulu...