Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

24 Disember 2010

Aku dan Kenangan Sepanjang 2010

2010 kian hampir ke penghujungnya. Bila aku belek2 balik entri blog aku sepanjang tahun ini, rasanya lebih banyak yang manis berbanding yang pahit. Alhamdulilah. Tetapi aku banyak tulis yang manis2 sebenarnya. Yang sedih2, yang pahit2, yang tak best aku jarang tulis dalam blog ini. Aku tulis dalam blog aku yang lagi satu.

Yang paling penting, Allah masih mengekalkan kesihatan dan kesenangan kepadaku sekeluarga. Yang lain2 hanyalah sampingan dan markah bonus sahaja. Walaupun aku selalu tutup kedai kerana malas nak cari locum, pendapatan klinik aku tetap mencapai target. Memang dah statik pun sejak 2-3 tahun yang lepas kerana waktu kerja aku dah makin pendek. Padaku, buat apa kerja penat2 kalau badan selalu sakit2 dan hati tak tenang? Lebih baik hidupku aman dan tenang serta boleh buat apa yang aku suka daripada duduk tension sepanjang hari di klinik. Aku dah lali dengan komplen2 daripada regular patient aku. Lagipun mereka pun dah faham dengan aku. Mereka lebih suka tunggu aku daripada berjumpa dengan doktor2 locum yang lain.

Sekarang ni kalau aku rasa malas dan takda mood, aku tak masuk klinik. Aku dah tak peduli patient2 aku. Banyak lagi klinik lain korang boleh pergi. Klinik 1Malaysia pun ada. Macam semalam contohnya. Pagi2 lagi dah berderet2 datang mintak MC. Nak pergi beli buku anak sekolah pun singgah klinik dulu ambik MC. Buang2 air 2 kali pun malas nak pergi kerja. Ada seorang mamat Kelantan lagi best. Dah 5 hari bercuti balik ke kampung. Hari ini mintak tambah satu hari sebab penat drive katanya. Maka, petang semalam aku mogok tak masuk klinik. Duduk rumah sambil main badminton dengan anak2. Nasib baik malam tadi takda lagi yang berani mintak MC dengan aku. Kalau tidak, cuti panjang aku hari ini.

Sepanjang tahun ni, puas juga aku jalan2 cari makan rupanya. Tapi semuanya dalam negeri ajelah. Kelantan, Terengganu, Melaka, Putrajaya, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur dan paling kerap ialah di Bangi, Selangor. Dalam sebulan, 3 kali aku pergi makan Sate Kajang di Kajang. Paling best ialah percutian bersama keluarga belah wife aku di Kelantan/Terengganu pada bulan 6. THE BEST sepanjang hidupku rasanya.

Tahun ini juga, laman rumahku dapat masuk majalah Laman Impiana. Rasanya berbaloi jugak penat lelah aku mengusahakan laman dan keluar modal untuk renovate bahagian luar rumah aku. Walaupun sekadar masuk majalah dan tak ramai yang tahu, sekurang2nya salah satu impian aku dah tercapai. Ianya adalah salah satu impian aku yang aku perlu capai sebelum aku mati. Ada 99 lagi impian yang masih perlu dicapai sebenarnya. Kalau dah dapat nanti aku beritahu. Tak boleh beritahu sekarang. Nanti tak tercapai.

Tahun ini juga aku dapat mengumpul barang2 yang dah lama aku idamkan. Handphone baru Nokia E72, Notebook baru MacBook Pro, kamera baru Canon 60D dan sport rim 17" untuk Toyota Estima aku. Cadangan nak beli tv LED 3D yang 60" tu masih tinggal angan2 sebab harganya masih lebih 20 ribu. Tunggu bawah 10 ribu baru boleh beli.

Untuk tahun depan, aku tak pasang target tinggi2. Cuma tahun depan usiaku genap 40 tahun. Dah kena buat persiapan untuk kehidupan di dunia yang lagi satu. Harap2 aku kekal sihat, dapat turunkan berat badan barang 4-5kg dah cukup bagus dah. Aku juga berharap dapat melancong ke tempat yang lebih jauh seperti Sarawak ataupun Langkawi. Nak belajar2 naik kapal terbang gitu.

Aku juga berharap agar negara Malaysia lebih aman dan tenteram dan ahli2 politik negara lebih beretika dan waras ketika membelanjakan harta negara. Rasanya tahun depan akan ada pilihanraya umum dan geng2 Najib pasti akan menabur semua wang yang ada untuk memastikan kemenangan mereka.

2 ulasan:

  1. turun berat badan?
    pegi la keep slim
    untung2 pasni terpampang muka kat billboard
    kekeke

    BalasPadam
  2. 99 impian lagi doc??

    banyaakknyeeee...

    BalasPadam