Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

15 Disember 2010

Aku dan 25 Perkara

Entri ini khas untuk DaddyZiyyad.

Aku membuka banyak rahsia kehidupanku dengan entri ini. Sesiapa yang tak kenal aku, tak payahlah baca entri ini. Ianya membosankan.

1. Aku dilahirkan daripada keluarga miskin. Namun aku tidak pernah menjadikan kemiskinan sebagai satu halangan untuk aku berjaya dalam kehidupan. Jadi, aku benci dengan orang2 yang menggunakan kekurangan dan kemiskinan mereka sebagai alasan untuk meminta2 dan tidak mahu berusaha.

2. Tetapi kerana kemiskinan dan kehidupanku yang serba kekurangan menjadikan aku mempunyai self esteem yang rendah dan segan untuk bergaul dengan rakan2. Walaupun pelajaranku di sekolah rendah dan menengah cemerlang, aku tidak banyak bergaul dengan rakan2 terutama budak2 perempuan.

3. Perasaan rendah diriku berterusan kerana aku kurang mahir berbahasa Inggeris. Sedikit sebanyak ia menyebabkan aku sentiasa tertekan semasa di sekolah berasrama dan Asasi Sains dulu. Aku juga tertekan kerana aku kena pakai cermin mata bermula di tingkatan 4 lagi. Tapi ia tidak menjadi halangan untuk aku mengejar cita2 untuk menjadi doktor.

4. Aku tidak pernah ada kawan perempuan semasa di sekolah rendah, sekolah menengah malah di universiti sekalipun. Aku tak pernah berdating dengan orang lain selain wife aku. Ada juga budak perempuan tulis surat nak berkenalan denganku tapi aku jarang melayan.

5. Aku memohon memasuki Asasi Sains Universiti Malaya kerana aku bosan dengan hidup di asrama. Kalau aku masuk matrikulasi, aku kena duduk asrama di sekolah2 berasrama penuh semula dan pakai baju seragam lagi. Kalau masuk Asasi Sains, aku dapat duduk kolej dan boleh berpakaian bebas masa pergi kelas. Nasib baik aku dapat.

6. Selepas SPM, ramai kawan2 aku melanjutkan pelajaran ke luar negara. Aku langsung tidak menghantar borang permohonan kerana aku tahu bahasa Inggeris aku teruk dan aku tak nak berjauhan dengan emak aku. Faktor ekonomi juga menjadi penghalangnya.

7. Wife aku adalah kekasih awal dan akhirku. Kami mula berkenalan semenjak aku di Tingkatan 4 lagi. Kami saling berbalas surat cinta selama 4 tahun sebelum mula berdating masa aku di Tahun Dua. Cinta kami adalah cinta sejati kerana wife sanggup menunggu aku selama 9 tahun sebelum kami bernikah.

8. Aku langsung tak pandai bersukan. Aku kaki bangku. Aku hanya pernah mewakili rumah dalam pertandingan lontar peluru dan lontar lembing. Itupun dipilih sebab badan aku besar agaknya. Jangan mimpi nak menang kerana nak dapat nombor corot pun susah.

9. Tapi aku pandai melukis dan berdebat. Kalau ada pertandingan melukis kat sekolah, aku mesti menang. Kalau ada pertandingan debat atau bahas atau syarahan, aku mesti menang jugak.

10. Aku tak pernah bangga dengan kejayaanku. Tetapi seperti kata Fadzillah Kamsah, "orang yang cemerlang ialah orang yang tak henti2 mencipta sejarah."
  • Aku mula pandai membaca semasa umurku 5 tahun. Masa di darjah satu, aku yang kena mengajar rakan2ku membaca.
  • Aku sentiasa mendapat No 1 setiap kali peperiksaan di sekolah rendah. Malangnya aku cuma dapat 2A3B semasa peperiksaan pernilaian darjah 5. Aku tak tahu sebabnya.
  • Semasa di sekolah menengah, aku sentiasa menjadi pelajar terbaik dan aku diumum sebagai pelajar terbaik sekolah semasa peperiksaan SRP di sekolah kampungku.
  • Bila masuk ke sekolah asrama, aku diletakkan di kelas paling corot. Dan akulah satu2nya pelajar yang berjaya melompat kelas daripada 4M4 ke 5M1 di tahun berikutnya.
  • Aku antara pelajar yang bertuah kerana berjaya memasuki program Asasi Sains Universiti Malaya walaupun pencapaian SPM aku tidak cemerlang mana. Aku juga berjaya membuktikan kemampuanku kerana dipilih memasuki Fakulti Perubatan 2 tahun kemudian. Semuanya berkat doa dan sokongan emakku.
11. Aku suka memasak. Aku juga suka menonton rancangan masakan. Martin Yan adalah tukang masak favorite aku. Aku menonton rancangan masakan dia semenjak aku di Tingkatan 2 sampailah sekarang. Masakan aku agak terkenal dikalangan sedara-maraku dan setiap kali ada majlis2 kat rumahku, aku yang kena memasak. Resepi2 ciptaanku banyak yang telah aku turunkan kat sedara-mara aku. Masakan favorite aku ialah jenis2 stir-fry dan campak2 tanpa perlu disukat2.

12. Aku tak suka kuih2 manis, coklat dan kek. Pergi ke manapun, aku mesti nak cari nasi putih. Begitu juga wife dan anak2. Sebab itu aku jarang celebrate Harijadi. Sayang beli kek sedap2 tapi tak dimakan.

13. Aku suka menulis. Bila aku tension, aku menulis. Bila aku boring, aku menulis. Aku mula menulis diari semenjak aku di tingkatan 5 lagi. Selain menulis, diari aku juga penuh dengan keratan2 akhbar, resit2, bil2, gambar2 dan sebagainya yang menjadi hobiku. Kini, blog ini adalah diari kehidupanku. Semoga akan ada yang mengingatiku bila aku tiada di dunia ini nanti.

14. Aku kini punya hobi baru iaitu fotografi. Aku ada 2 body iaitu Canon 400D dan 60D. Aku suka mengambil gambar2 benda bukan hidup dan aku tak suka ambik gambar diri sendiri. Wife aku selalu komplen sebab aku jarang ambik gambar dia. Gambar2 kucing lebih banyak daripada gambar dia rasanya.

15. Aku suka melancong. Tapi kekangan kerja di klinik menyebabkan cita2 aku nak mengelilingi dunia belum kesampaian. Aku teringin sangat nak ke New Zealand dan Gold Coast Australia. Juga Mekah dan Madinah.

16. Aku suka menonton filem. Filem aksi dan mempunyai jalan cerita menarik adalah pilihanku. Tak kira melayu ke, tamil ke, hindi ke, orang putih ke, yang penting ada mesej yang nak disampaikan. Masa di sekolah asrama dan ketika di UM, panggung wayang adalah tempat melepakku. Rasanya semua panggung kat KL dan PJ pernah aku masuk. Rasanya setiap kali ada wayang baru, akulah yang mula2 sekali beratur beli tiket. Wayang adalah hiburan termurah dan menjadi tempat melupakan seketika kepayahan hidup.

17. Aku selalu berangan2 nak bela rambut panjang. Tapi setiap kali rambut mula jatuh kat dahi, jerawat mula timbul. Aku juga selalu berangan2 nak bela misai dan jambang tetapi misai dan janggutku tumbuh sebatu satu. Buruk benar jadinya. Jadinya, fashion rambutku sentiasa No 4,; tak perlu sikat atau bubuh minyak. Setakat bubuh air paip aje. Misai dan janggut jangan ceritalah.

18. Selain memasak, aku suka mengemas rumah. Kalau aku bosan, aku ubah dan pindah susun atur perabot kat rumah aku. Aku juga suka pada tumbuhan hijau. Laman rumah aku adalah contohnya.

19. Aku tak pandai dan tak suka bertukang. Aku juga tak pandai memperbaiki alat2 yang rosak. Hal2 enjin kereta pun banyak yang aku tak tahu. Nasib baik aku ada kenal beberapa mekanik yang aku boleh percaya.

20. Aku tak mudah percaya kat oranglain. Aku hanya percaya pada Rukun Iman dan diriku sendiri. Tapi aku mudah simpati kat oranglain. Jadi, ramailah yang cuba mengambil kesempatan dengan buat cerita2 sedih supaya aku dapat beri MC.

21. Aku jarang tidur atas katil. Aku lebih suka bentang tilam/toto dan tidur di depan tv. Tabiat ini bermula sejak azali lagi agaknya dan ianya menurun kat anak2 lelaki aku sekarang.

22. Aku bercita2 untuk mempunyai sebuah Superbike. Lepas tu aku nak memandu mengelilingi Malaysia. Aku juga bercita2 untuk mempunyai sebuah kereta sukan. Sekurang2nya Lotus Esclipse ataupun Ferrari Modena. Dapat memandu seharipun cukuplah.

23. Dalam hidupku, keluarga adalah No 1. Yang lain2 termasuk pesakit2 dan klinik adalah hal2 sampingan. Jadi dalam apa2 halpun, keutamaanku adalah isteri dan anak2ku. Aku sanggup cuti mengejut semata2 nak jaga anak ataupun nak bawa wife/anak2 jalan2. Saat2 anak2 membesar adalah sekali seumur hidup. Aku tak sanggup melepaskannya.

24. Aku jarang shopping untuk diri sendiri. Setahun boleh kira berapa kali aku beli baju dan seluar. Ada baju yang aku pakai sekarang dah lebih 3 tahun aku pakai. Seluar2 panjang pun dah lebih 5 tahun. Selagi masih muat, aku masih memakainya. Tabiat aku ialah kalau ada baju baru, aku akan pakai berulang2 kali sampailah aku jemu. Kira macam jadi baju seragam gitu. Tak percaya tanya wife aku. Mungkin dia malu kalau jalan2 dengan aku agaknya.

25. Tahun depan umurku genap 40 tahun. Ada orang kata kehidupan lelaki bermula pada usia ini. Tapi aku tak percaya. Kehidupanku bermula sejak ibuku melahirkanku. Aku dilahirkan 'kosong' dan aku bermula daripada 'kosong'. Aku ingin terus menikmati kehidupan sambil memberi sinar kebahagiaan kepada seramai orang yang mungkin.

p.s Aku takda kawan 25 orang untuk aku tag. Jadi, permainan ini berakhir di sini.

6 ulasan:

  1. Saya tak pernah menganggap diri ini sekadar doktor.
    Saya nak jadi lebih daripada itu.

    Tapi saya tak mahu menilai diri sendiri...

    BalasPadam
  2. doktor kat klinik mane?

    boleh add x blog ni dalam blog saya?

    BalasPadam
  3. Thanks Dr Zoul sebab jawap juga tag tu...hehehhee

    BalasPadam
  4. Ninie,
    Klinik saya kat belakang Hospital Kulai.
    Klinik paling famous kat Kulai.
    Ha ha ha.

    Nak buat link?
    Takda masalah.

    Berilah awak punya blog address pulak...

    BalasPadam
  5. DaddyZiyyad,

    Nak tambah lagi 25 pun boleh...

    BalasPadam
  6. oh blkg hosp kulai? nama klinik? tak penah plak terjah belah blkg hosp kulai, hehehe..

    link > tq..

    blog saye > www.dibodragon.blogspot.com.. selamat berkunjung :)

    BalasPadam