Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

23 Disember 2010

Aku dan Darjah Khas

"Merdeka!" Itu luahan hati anak sulungku. Hari ini hari terakhir peperiksaan Darjah Khas. Kepada mereka2 yang di luar negeri Johor pasti tak tahu apa tu Darjah Khas. Ini aku nak cerita sikit.

Rasanya zaman2 dulu hanya kat Johor sahaja murid2 sekolah rendah diwajibkan bersekolah agama. Zaman aku kecik2 dulu, lepas naik darjah 2 sekolah kebangsaan baru boleh mula bersekolah agama. Tetapi sekarang tak lagi. Kalau sebelah pagi sekolah kebangsaan darjah satu, petang terus sekolah agama darjah satu. Cuma kalau tak lulus, tak boleh naik darjah. Itu yang sekolah rendah dah darjah enam, tapi sekolah agama masih sangkut di darjah 3. Mana nak naik darjah kalau Surah Al-Fatihah tak reti baca. Sembahyang pun tunggang-langgang? Disebabkan aku tak pernah sangkut mana2 tahun, masuk Tingkatan Dua aku dah sampai di Darjah Khas. Darjah Khas maksudnya kelas paling tinggi selepas Darjah Enam. Lepas darjah khas boleh memohon sambung belajar di Mesir atau boleh memohon jadi cikgu sekolah agama kalau nak. Jadi Ustaz gitu.

Aku tak suka sekolah Darjah Khas kerana beberapa sebab. Antaranya:
  • Aku masih yang paling muda dalam kelas. Yang sebaya dengan aku cuma seorang. Itupun budak perempuan. Yang lain2 ramai yang dah nak ambik SPM masa tu.
  • Kelas diadakan hanya seminggu sekali iaitu setiap pagi Sabtu. Mula 8 pagi sampai 1 tengahari. Biasalah hujung minggu. Nak jugak rasa bangun lambat dan tengok kartun sepanjang pagi Sabtu.
  • Kelas diadakan di Felda Sg Sayong iaitu 10km daripada kampung aku. Masa tu baru Tingkatan Dua. Nak naik motor sendiri emak tak kasi. Nak tunggu teksi ataupun bas memang berjanggutlah. Kena harapkan abah yang hantarkan. Selalunya pagi2 abah dah pergi kebun. Terkebil2 aku takda kenderaan nak ke sekolah. Waktu balik pun sama. Abah selalu terlupa nak ambik aku. Masa tu telefon mana ada lagi? Jadi, macam2 cara aku nak balik rumah. Tunggu teksi, tumpang kawan dan ada kalanya jalan kaki sebelum ditumpangkan orang yang lalu-lalang. Sedih kan?
  • Ustaz yang mengajar cuma seorang. Ustaz Nawawi namanya. Dah arwah dia sekarang. Ada 14 subjek, semua subjek dia ajar. Pukul 8- 1 tengahari, dia seorang yang bercakap kat depan. Tapi dia pandai buat lawak. Lawak2 censored untuk hilangkan ngantuk. Ustaz ni kalau mengajar, dia ngadap budak2 perempuan aje. Budak2 lelaki langsung tak dipandangnya. Salah seorang anak murid dia akhirnya jadi isteri keduanya.
  • Dalam kelas ada 80 orang murid pada awalnya. 80% perempuan. Tapi bila dekat2 nak periksa, tinggal dalam 50 orang sahaja. Ada yang berhenti sebab nak kahwin, dapat kerja kilang dan majoriti sebab tak minat belajar.
  • Dalam 14 subjek yang kena belajar, majoriti aku tak faham. Bab2 ilmu perguruan, tasauf, faraid dan muamalat memang aku blur habis. Bahasa Arab lagilah. Masa tu baru Tingkatan Dua beb. Yang lain2 semua dah akil baligh tapi aku masih budak lagi. Suara pun belum pecah lagi masa tu.
Jadi, aku lebih banyak ponteng daripada menghadiri kelas. Aku lebih suka ke sekolah menengah menghadiri aktiviti2 ko-kurikulum berbanding menghadap muka ustaz. Sampai sekarang aku masih tak tahu apa yang aku belajar sebenarnya. Kitab2 semua aku pinjam daripada sepupu aku. Soalan2 latihan yang ustaz beri, aku langsung tak buat. Tapi aku masih hadir peperiksaan. Aku dapat pangkat 2 dengan markah 62%. Nak dapat pangkat satu kena score 70%. Kira boleh tahanlah kalau banding dengan budak2 lain yang rajin ke kelas tapi masih tak lulus jugak.

Anak sulung aku pun rasanya ikut jejak aku. Kalau dikejut pagi sabtu untuk ke sekolah memang liat sungguh. Nasib baik emaknya rajin menghantar ke sekolah. Nak harapkan aku, memang 2 x 5 lah jadinya. Bila dia dah habis belajar, senang sikit hidup aku. Hari sabtu boleh tutup kedai dan pergi berhibur. Juga tak perlu bangun awal untuk hantar dia ke sekolah.

"Merdeka!"

3 ulasan:

  1. agak2 tahun bila baru dapat merdeka tu?
    hehe

    BalasPadam
  2. saya sekolah ugama sampai darjah 3..
    sebab saya dah masuk sekolah MARA
    .
    ada budak sekolah saya...5 tahun sangkut kat darjah satu sekolah ugama...
    kesian sungguh!!

    BalasPadam