Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

29 Disember 2010

Aku dan Diari Lama

Ini buku diari lamaku. Yang ke tiga rasanya selepas 2 lagi buku dah penuh. Masa ni aku di Tahun ke 4 Medik UM. Sekitar 1995 iaitu kira2 15 tahun yang lalu. Bila baca balik, rasa benda2 yang aku alami tu baru aje berlalu. Syahdu beb...





Bermula 1995 hingga aku jadi Houseman di Hospital Muar.
Bila aku pindah ke Johor Bahru, aku berhenti tulis diari.



Tiket bas SKS KL-Seremban pun aku masih simpan.
Sekarang tak tahulah berapa harga tiketnya.



Tiket wayang pun ada. No 118 itu bermakna kali ke 118 aku pergi tengok wayang sepanjang 7 tahun aku di Kuala Lumpur. Masa tu tiket kelas satu baru RM4.50. Masuk panggung tengok midnight pukul 11 malam dan balik ke kampus pukul 2 pagi. Apa aku kisah, aku bukan bawak awek pun. Semuanya kawan lelaki. Jemie, Ezanee, Fatahul, Neil, Tengku, Jeri dan Man Cina. Mana semuanya pergi sekarang agaknya ye?



Ini tiket bas nak balik JB. Paling best memang Ekspres Nasionallah sebab basnya baru2, air condnya sejuk dan selalunya ada tayang movie sepanjang jalan. Cerita2 P. Ramlee yang paling best.

Aku rindu saat2 itu. Walaupun duit selalu takda dan tahap pokai memanjang, hatiku senang.


3 ulasan:

  1. Terbaikkk lah Dr Zul !!!!
    Kenangan lama..siap kumpul segala tiket2 tu...
    Memang suka menulis dari dulu lagi rupanya..patutlah blog ni jadi diari...

    ps: masa cerita The Assassins tu, saya ingat lagi,saya baru abis kertas English 1119. Ramai2 geng asrama pegi tengok wayang..:)

    BalasPadam
  2. rajin mencatat. kemas tersusun.. mmg dokter yang sgt unik.

    saya punye diary dah lama buang. dah taknak baca semua yg di dalamnya sebab banyaknya mengarut, cerita cinta monyet yg tak kesampaian dan kisah2 memberontak.

    tapi dalam kepala masih ada la...

    BalasPadam
  3. Inilah saya sebenarnya...

    Teruskan membaca cerita2 saya...

    BalasPadam