Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

09 Disember 2010

Aku dan FOMEMA

Dah lebih 5 tahun aku melayan karenah birokrasi di FOMEMA. Dah beribu2 kes yang aku luluskan dan beratus yang aku terpaksa gagalkan. Minggu ini aku ada satu kes yang pelik sikit. Tak tahu silapnya kat mana.

Ada satu mamat Pakistan. Ini kali kedua dia buat pemeriksaan kesihatan. Kali pertama dia buat kat klinik di Tampoi katanya. Dia fasih berbahasa melayu dan katanya kerja di kedai perabot. Semuanya lulus dan tiada sebarang masalah. Aku dah submitted dan luluskan pada 23 November yang lalu. Tapi hujung minggu lepas dia kata, dia masih sangkut dan tak boleh nak perbaharui permit dia. Bila aku periksa di internet, dia punya keputusan masih dalam semakan. Boss dia dah mula bising2 kat staf aku. Nasib baik staf klinik aku tu rajin menunggu untuk bercakap dengan 'somebody' di pejabat FOMEMA Kuala Lumpur. Selidik punya selidik, dia kata ada masalah dengan ujian kumpulan darah dia. Keputusannya mungkin tak sama dengan ujian kali pertama dahulu.

Aku tetap bersangka baik. Mungkin kesilapan di makmal ataupun ini kes X-files dimana kumpulan darah boleh berubah2. Jadi aku ambik semula ujian kumpulan darah dan aku hantar ke 2 makmal yang berbeza. Aku masih menunggu keputusannya.

Kalau aku tak nak bersangka baik, aku agak mamat ni guna darah orang lain masa ujian pertama ataupun mamat yang datang ke klinik aku tempohari bukan orang yang sama dalam paspot. Tapi ini kali pertama aku sangkut sebegini. Sebelum ini aku pernah musykil kat beberapa mamat Indon yang gambar di paspot memang tak sama dengan orang yang datang buat pemeriksaan. Aku masih bersangka baik jugak dan alhamdulilah, selama ini takda masalah.

Tunggulah apa keputusannya nanti.

p.s Aku tak mahu komplen macam2 pasal pemeriksaan FOMEMA. Aku juga tak mahu nak cerita pasal pemberian permit membawa masuk pekerja2 asing ke Malaysia. Tapi umur boleh diubahsuai. Alamat tempat bekerja tak sama dengan tempat bekerja sekarang. Yang kerja freelance pun ada. Yang jadi isteri orang pun ada. Warga2 India dan Indonesia berlagak macam orang Malaysia pun ada. Slang semua tukar macam orang Malaysia. Cara berpakaian pun macam orang Malaysia. Cuma kad pengenalan aje yang takda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan