Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

26 Disember 2010

Aku dan Kisah Kasut Sekolah



Malam tadi ada Cerekarama 'Kasut' di TV3. Memang kena dengan masanya bila budak2 sekolah sedang sibuk membuat persiapan untuk kembali ke sekolah minggu depan. Cerita pasal kasut ni bukan pertama kali aku tengok. Ada satu filem daripada negara Iran " Children of Heaven" yang juga bercerita pasal kasut sekolah. Filem itu kemudian dibuat semula oleh Jack Neo yang famous tu daripada Singapura tetapi ditukar tajuknya menjadi "Homerun". Baca di sini untuk kisah selanjutnya. Memang tragis bila sepasang kasut dikongsi 2 beradik. Kasutnya pun dah buruk sangat dah. Dah layak dibakul sampahkan. Tapi disebabkan kemiskinan, ianya tetap dipakai jugak.



Anak2 sekarang sangat beruntung. Setiap kali awal tahun nak naik sekolah, masing2 dapat dua pasang kasut baru. Kasut jenama biasa2 yang murah2 dan boleh dapat di kedai Bata atau kedai apek sebelah pasar mereka tak nak. Nak beli kat kedai besar2. Nak jenis Converse atau Everlast dengan tapak merah. Sepasang dah seratus lebih. Kasut2 harga RM29.90 dan ke bawah tak cukup best. Tak cukup glamour nanti. Apatahlagi kalau yang berharga RM8.00 seperti dalam Cerekarama semalam. Mati hidup balik pun takkan pakai punya.



Zaman aku sekolah rendah dulu pun, aku pernah mengalaminya juga. Sepanjang tahun cuma ada kasut sepasang aje. Kalau musim hujan atau banjir, kasut siap letak atas tungku kayu supaya cepat kering. Kalau tak sempat kering, kenalah pakai jugak sebab takda pilihan. Masuk sekolah menengah, dapatlah kasut 2 pasang untuk digilir2kan memakainya. Masa tu budak2 yang ada2 pakai kasut Warrior tapak merah. Aku masih pakai Fong Keong biasa aje. Selain kasut sekolah, kasut itulah kasut raya juga kasut untuk jalan2. Jangan harap nak ada kasut sukan Nike untuk jogging, boot Adidas untuk main bola, kasut kulit untuk jalan2, sandal Converse untuk bersantai dan sebagainya.

Apa2pun, zaman susahku dah berlalu. Aku harap anak2ku tak perlu melaluinya.



2 ulasan:

  1. zaman saya dulu, pakai kasut Pallas Jazz aja...ada 3 pasang.

    BalasPadam
  2. saya suka part " Nak jenis Converse atau Everlast dengan tapak merah. Sepasang dah seratus lebih. Kasut2 harga RM29.90 dan ke bawah tak cukup best. Tak cukup glamour nanti."

    BalasPadam