Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

14 Disember 2010

Aku dan Kisah Bekas Staf

Ini cerita betul. Tapi macam sukar nak percaya. Percaya atau tidak, ianya betul2 terjadi.

Staf aku ini memang agak senior di dalam ranking. Dia dah bekerja denganku hampir 5 tahun. Suaminya bekerja sebagai seorang Juruteknik di sebuah kilang di Pasir Gudang. Anaknya 2 orang. Dia masih menetap bersama2 ibubapanya walaupun telah berkahwin. Aku kenal sangat dengan bapanya. Dulu dia seorang posmen dan selalu menghantar surat2 cinta wife kat aku.

Tanpa ada angin atau apa2 masalah, dia menghantar notis berhenti kerja. Dia mendapat tawaran bekerja sebagai kerani di sebuah resort di Pulau Sibu. Yang pasti gajinya lebih besar daripada sekarang. Selain daripada itu, suami dan ayahnya juga ditawarkan untuk bekerja di resort tersebut. Khabarnya resort tersebut baru di buka dan dimiliki kawan baik ayahnya. Aku takda halangan apa2 cuma pening kepala sekejap sebab nak mencari pengganti yang baru. Alhamdulilah, penggantinya lebih kurang macam dia jugak cuma dia lebih pendiam dan tak banyak soal.

Selepas 2 minggu pemergiannya, aku mendapat cerita lain pulak. Resort tempat dia sepatutnya bekerja tidak wujud dan kapal pelancong yang sepatutnya menjadi tempat ayahnya bekerja juga tidak wujud. Dia pernah datang bercerita masalah dia kat staf aku dan seperti biasa, sampai jugak ceritanya kat aku walaupun mereka cuba nak cover line. Ada patient aku beritahu aku salah seorang staf aku mintak dia tolong carikan kerja. Itu yang aku kena jadi Investigating Officer sekejap.

Sekarang ni dia bekerja di 7-Eleven sahaja. Aku malas nak campur hal2 sebegini dan pastinya, aku tidak dapat mengambilnya bekerja semula denganku.

Pengajaran daripada cerita ini ialah jangan mudah percaya cakap kawan2. Kena beza antara realiti dan fantasi, antara cita2 dan angan2. Jangan mendengar guruh di langit, air tempayan dicurahkan. Dan yang penting, kerja di tempat baru tidak semestinya lebih seronok walaupun gajinya lebih. Sekian.

2 ulasan:

  1. alahaaaai..
    kesiannn
    tunggu lah.. ada mana2 staff yg resign, bole la offer dia keje balik

    BalasPadam
  2. letih oo nak train new staff..
    but if she's good enough & b4 this tiada apa masalah, try beri dia 2nd chance...just my humble opinion.

    BalasPadam