Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

10 Disember 2010

Aku dan Kisah Pesakit

Cerita sedih dulu:

Ada seorang pesakit lelaki. Umur awal 40-an. Isterinya seorang guru. Anak 2 orang. Sepasang. Beliau seorang yang Happy-Go-Lucky. Begitu juga dengan isterinya. Setiap kali datang jumpa aku mesti bergurau-senda punya. Isterinya ada penyakit Anti Phospholipid Syndrome. Ala-ala SLE gitu. Tapi penyakitnya terkawal. Alhamdulilah. Cuma doktor tak benarkan dia mengandung lagi. Berisiko tinggi.

Dua tahun lepas, beliau mengalami ketumbuhan di leher kiri beliau. Beberapa bulan beliau mendapatkan rawatan di klinik kerajaan. Doktor mengesyaki penyakit TB Kelenjar tetapi lain pula diagnosisnya. Dia disahkan menghidap Kanser Kelenjar Air Liur yang serius. Sepanjang 2 tahun lepas, beliau telah menjalani beberapa pembedahan dan juga rawatan kemoterapi. Tapi kanser yang dialaminya cepat merebak dan sukar dikawal. Walaupun begitu, dia masih ceria dan langsung tidak kisah atas apa yang dialaminya.

Tiga bulan kebelakangan ini, isterinya sering datang membeli ubat tidur daripadaku. Kesihatan beliau semakin teruk kerana kansernya telah merebak ke paru2 dan hati beliau. Hari minggu yang lepas, beliau meninggal dunia di Hospital Muar.

Aku kagum dengan ketabahan dan kecekalan hatinya. Beliau sentiasa redha dengan apa yang dialaminya dan langsung tidak pernah menjadikan kesihatannya sebagai satu halangan untuk dia hidup seperti biasa. Beliau masih aktif bermain tennis juga menghantar anak sulungnya berlatih dan menyertai pertandingan squash di seluruh negara.

Semoga roh Allahyarham En Rosli dicucuri Rahmat-Nya. Al Fatihah.

Cerita lawak pulak:

Seorang pesakit perempuan awal 20-an datang ke klinik petang semalam. Dia mengadu sakit pada ibujari kanan beliau. Dia langsung tak nak gerakkan jarinya bila disuruh. Sakit sangat katanya. Rasa nak aje aku ambik gambar keadaan jari beliau tetapi tak sampai hati. Bila aku tanya apa sebabnya, dia kata tak tahu. Tiba2 aje jadi camtu. Nak kata accident takda, nak kata Gout atau Arthritis jauh sekalilah. Rupa2nya dia nak MC aje. Aku memang dah agak dah.

Yang aku tak tahan nak tergelak ialah bila dia nak buka pintu bilik aku. Selamba aje dia pusingkan tombol pintu tu guna jari yang kononnya sakit tu. Jangan harap nak dapat MC. Aku siap dah bubuh marking kat kad dia.

2 ulasan:

  1. Bro, ada vietnam ni datang, complaint 'sejuk' at both hands & feet ~ 1 bulan. Pulses semua normal, sensation normal.Temp badan normal.Takdak cynosis. Dia tak mau MC. What do u think?

    BalasPadam
  2. sakit jari pun boleh dapat mc ye..susah jugak doktor ye..

    BalasPadam