Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

14 Disember 2010

Aku dan Pesakit Hari Ini

Ini pun cerita benar.

Ada seorang Untie. Umurnya sekitar 65 tahun. Aku dah kenal dia sejak 5 tahun yang lalu. Tengok muka dia pun aku dah tahu apa sakitnya. Anak2 dia pun dah kenal sangat denganku. Hal2 keluarga dia pun dah banyak yang aku tahu. Bila suaminya meninggal dunia, aku pun tumpang bersedih. Setiap kali hari raya dia mesti hantar SMS ucap Selamat Hari Raya. Setiap kali Deepavali, dia mesti hantar muruku kat klinik aku.

Hari Sabtu lepas dia datang ke klinik. Masa tu aku takda. Jadi dia terus ke hospital. Bila doktor check tekanan darahnya tinggi sangat diapun dimasukkan ke hospital. Masuk hari ini dah tiga hari dia kat wad tapi darah tingginya tak pernah turun. Anak2 dia ada bincang dengan doktor yang merawatnya mintak suntikan tahan sakit tetapi doktor tu tak nak dengar pandangan anak2nya. Nak dapat ubat tidur jauh sekalilah. Dah beberapa kali anak2nya jumpa doktor tapi jawapan masih sama. Kena turunkan tekanan darah dulu. Bila tekanan darah turun, barulah sakit kepalanya hilang. Doktor cuma beri pil KK aje untuk sakit kepalanya.

Untie ni memang aku dah kenal betul. Kalau dia tension dengan anak2 dan cucu2 dia, dia mesti sakit kepala. Bila sakit kepala, dia tak boleh tidur. Bila tak boleh tidur, darah tingginya naik. Ianya seperti satu pusingan dan kalau dia datang klinik, aku ikut aje apa kehendak dia. Nak inject Voltaren, aku inject. Nak ubat tidur, aku beri. InsyaAllah, esoknya sembuh punya. Tapi doktor kat wad tak nak dengar nasihat anak2nya. Dia rasa dia lebih pandai. Dia rasa anak2 pesakit menyusahkannya.

Petang tadi anak2nya dah tak tahan. Dia kesian tengok emaknya guling2 sakit kepala dan dah 3 hari tak boleh tidur. Doktor cuma beri pil KK aje. Jadi, waktu melawat petang tadi mereka kidnapped emaknya dan bawak ke klinik aku. Aku tengok muka Untie tu serabut dan rambutnya kusut masai. Koyok besar ditampal di tepi kepalanya. Dia lengkap dengan baju hijau seragam hospital dan branula di tangan. Aku nak gelak kuat2 tak sampai hati tetapi inilah rupanya rawatan hospital kerajaan.

Dia datang jumpa aku nak mintak injection dan pil tidur sebiji dua. Lepas dapat injection, baru ceria sikit muka dia. Begitu juga muka anak2 dia. Duduk 3 hari kat sebesar2 hospital, sakit tak baik2 jugak. Lepas kena satu jarum dan consultation tak sampai 5 minit, aku berjaya menceriakan mukanya. Maka kesimpulannya, dengarlah cerita pesakit. Dengarlah keluhan anak2nya. Jangan main ikut sedap hati aje...

1 ulasan:

  1. Abis tu auntie tu masuk balik wad ke, atau terus balik rumah..hahahah..

    BalasPadam