Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

01 Disember 2010

Anakku di kem PERMATApintar





Dah 3 hari Syameel di Bangi. Kebanyakan pelajar mendaftar pada hari Ahad kerana program bermula pada petang Ahad itu juga. Tapi memandangkan wife ada exam di UTM pada pagi Ahad itu, aku daftarkan Syameel pada pagi Isnin.

Selepas pendaftaran ringkas, Syameel terus masuk ke kelas manakala aku dan wife menguruskan hal2 penginapannya. Penginapannya tak jauh daripada tempat belajar tetapi kena naik bukit sikit. Setiap pelajar ditempatkan 2 orang sebilik. Biliknya lengkap dan berada di tingkat bawah sekali. Roomatenya sebaya dengan umur Syameel tetapi kami tak berkesempatan nak berkenalan dengan dia.

Malam hari pertama, Syameel telefon beberapa kali. Dia menangis kerana keseorangan. Roomatenya demam dan dihantar ke klinik. Sampai pukul 10 malam pun, roomatenya belum juga balik. Wife dah risau kerana dia keseorangan di biliknya. Panggilan telefon terakhir dijawab oleh salah seorang pembantu pelajar. Dia kata akan menemankan Syameel sampai roomatenya balik.

Petang semalam Syameel telefon lagi beberapa kali. Dia mula rindu kat ahli keluarganya. Dia juga kepenatan kerana tiada sesiapa yang picit dia. Dia kata takda selera nak makan. Dia kata buat apa2 pun mesti ingat kat kampung. Roomate dia pula demam kerinduan. Kata Syameel dia asyik tengok gambar emak dia aje. Dia jarang bercakap menyebabkan Syameel rasa keseorangan.

Aku dah mengalaminya dulu. Terutama masa pertama kali aku masuk asrama di Sekolah Sains. Walaupun masa tu aku dah berumur 16 tahun, tapi setiap kali lampu dipadam dan waktu masuk tidur aku pasti terkenangkan kampung halaman. Perasaan itu hanya beransur hilang selepas beberapa minggu aku di asrama. Rasa sayu dan sedih ditinggalkan ahli2 keluarga memang ibarat hanyut di tengah lautan. Setiap kali perasaan itu datang, aku cepat2 ingatkan Tuhan dan bacalah ayat2 yang aku ingat. Setiap hari menghitung saat untuk pulang bercuti atau waktu ayah dan emak datang melawat.

Ini baru permulaan. Inilah kali pertama anakku berpisah jauh denganku. Selepas ini, banyak lagi cabaran dan dugaan akan aku lalui semula. Kalau dulu sebagai anak, kini sebagai ayah pulak. Anak masuk asrama, anak masuk kolej, anak ke luar negara, anak nak kahwin, anak nak berpindah ke rumah mertua dan sebagainya. Semua ini adalah perjalanan kehidupan. Anak2 yang aku besarkan dari kecil, akhirnya akan pergi meninggalkan aku.

Alahai, terasa makin tua pulak rasanya...


6 ulasan:

  1. Syameel masuk sekolah asrama mana?

    BalasPadam
  2. Bukan sekolahlah.
    Kem permataPINTAR di UKM.
    Program anjuran Rosmah, isteri PM tu.
    3 minggu berpisah beb.
    Sedih:(

    BalasPadam
  3. saperlar tak sayang anak kanns.. ehehe

    BalasPadam
  4. alahaiiiii.....
    kesian Syameel..
    (dan bapak dan mak dia..)

    BalasPadam
  5. sob sob sob...
    (sambil menyapu airmata yg mengalir...)

    BalasPadam