Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

07 Disember 2010

Aku dan Nasib Khir Toyo

Aku tak mahu jadi prejudis. Aku sepatutnya mendengar cerita daripada kedua2 belah pihak. Walaupun pihak pendakwaan dah bersedia mendakwa beliau dan akan mengemukakan saksi2 bebas, kesnya kelihatan lemah. Apa salahnya membeli hartanah pada harga murah? Siap ada report daripada penaksir lagi. Aku berani jamin, beliau akan terlepas untuk kes ini. Takda ke kes2 lain yang lebih kukuh untuk diteruskan?

Berikut sebahagian jawapan Datuk Seri Khir Toyo diblognya.

Fakta Dan Angka Tidak Boleh Menipu

Dakwaan:
i. Saya mengeluarkan belanja RM 24 juta untuk tanah dan banglo di Seksyen 7, Shah Alam
ii. Saya membuat penilaian semberono untuk hartanah tersebut
iii. saya beli tanah berharga hampir RM 4 juta dengan bayaran tunai.

Fakta:
i. Saya membeli tanah dan Banglo terbengkalai.
ii. Saya melakukan sedikit ubahsuai bagi menyelesaikan banglo terbengkalai tersebut.
iii. Penilaian dibuat oleh ejen hartanah bertauliah, Rahim & Co

Angka:
i. RM 3.5 juta - jumlah harga tanah dan banglo terbengkalai yang saya beli atas nilaian Rahim & Co.
ii. RM 3 juta pinjaman HSBC
ii. RM 600 ribu - kos pembaikan dan ubahsuai bagi menyiapkan banglo yang terbengkalai tersebut.
iii. RM 24 juta - jumlah nilaian ejen tidak bertauliah dari Sekinchan.


Komentar

1. Sungguhpun saya mahu menunggu kes di Mahkamah, namun ada yang berpendapat kes Mahkamah akan memakan masa dan mungkin ketika keputusan diperolehi ia tidak lagi ada ertinya. Dengan kata lain, persepsi politik hari ini jika tidak dibetulkan boleh membawa mudarat segera sedangkan keputusan mahkamah bagi kes sivil akan memakan masa bertahun lamanya.

2. YB Sekinchan menuduh saya memiliki sebuah banglo berharga RM 24 juta. Saya tidak menafikan banglo tersebut milik saya, namun saya menafikan ia berharga RM 24 juta.

3. YB Sekinchan mendakwa saya membeli tanah sahaja dengan harga hampir RM 4 juta dan membina banglo berharga RM 20 juta. Dengan menggunakan kiraan gaji dan elaun Menteri Besar, beliau mempersoalkan dari mana saya mendapat wang membeli tanah berharga sedemikian.

4. Berdasarkan gambar dan tuduhan-tuduhan palsu YB Ng Sue Lim, ramai yang menjadi pakar hartanah sekelip mata. Maka nilaian harta diletak sesuka hati tanpa pun mengetahui status tanah dan syarat-syarat lain ke atas tanah tersebut. Maka saya dituduh membuat anggaran sendiri. Malahan ada yang mendakwa saya menipu kononnya mengambil pinjaman bank. Ada pula yang beranggapan saya membayar secara tunai pembelian tersebut.

5. Saya menyatakan saya membeli rumah yang terbengkalai (hampir siap) dan tanah dari syarikat yang menghadapi masalah kewangan dengan harga RM 3.5 juta, di mana RM 3 juta melalui pinjaman bank HSBC. Saya menyiapkan bahagian yang terbengkalai dengan harga RM 600 ribu.

6. Faktanya, nilaian tanah dan rumah terbengkalai tersebut di lakukan oleh sebuah ejen hartanah terkemuka, Rahim & Co. (di sini saya sertakan salinan surat nilaian tersebut). Dalam surat tersebut jelas menunjukkan Rahim and co menilai tanah dan bangunan (banglo terbengkalai tersebut) dengan harga RM 3.5 juta.

Baca seterusnya di sini.

4 ulasan:

  1. Sepatutnya YB tak boleh la dakwa org semberono. Kan boleh tanya je empunya diri. Kadang saya tak faham orang politik ni. Hm..

    BalasPadam
  2. Saya ada rumah di Shah Alam. Saya tahu sangat nilai hartanah di Seksyen 7 tu. Semua orang Shah Alam tahu. Khir Toyo kalau nak menipu orang luar Shah Alam/Selangor tentang naik turun hartanah tu, bolehlah.Pasal nilai rumah + tanah 24juta tu memang exaggeration. Tapi saya memang yakin bahawa ada kes disini. Walaubagaimanapun, saya tak mahu letak harapan tinggi2, sebab sejarah pendakwaan terdahulu dah cukup mengajar rakyat Malaysia. Akhbar Kosmo semalam ada siarkan 4-5 kes berprofil tinggi melibatkan politician UMNO yang akhirnya bebas.

    BalasPadam
  3. Mana ada orang UMNO yang sangkut?
    Hampir semua terlepas.
    Diaorang dah biasa buat agaknya.
    Jadi pandai makan, pandailah simpan...

    BalasPadam
  4. btol2 ada kuasa sume blh buat....

    BalasPadam